KEPKA Cawangan Putrajaya

Website

KEPKA Cawangan Putrajaya Kesatuan Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) Semenanjung Malaysia Cawangan Putrajaya

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 | 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧𝗜 🇲🇾
30/08/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟵 | 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧𝗜 🇲🇾

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗣𝗞𝗔 : 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗞𝗔 𝗚𝗢𝗘𝗦 𝗧𝗢 𝗥𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 🌊🏝️(𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗶 • 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 & 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗕...
30/08/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗠𝗘 𝗣𝗞𝗔 : 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗞𝗔 𝗚𝗢𝗘𝗦 𝗧𝗢 𝗥𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝟮𝟬𝟮𝟲 🌊🏝️(𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗿𝗶 • 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 & 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻)

Kesatuan Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPKA) Cawangan Putrajaya akan menganjurkan Program Pemantapan Jati Diri PKA 2026 di Pulau Redang pada ketetapan seperti berikut:

📅 Tarikh : 5 – 7 Oktober 2026 (Isnin – Rabu)
📍 Tempat : Pusat Kokurikulum Pulau Redang, Terengganu
🚌 Bertolak : 4 Oktober 2026 (Ahad), jam 9.30 malam
📌 Tempat berkumpul : Kompleks E, Putrajaya
👥 Penyertaan terhad kepada 38 orang peserta sahaja

📝 𝗕𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡

Sila lengkapkan borang penyertaan melalui pautan di bawah. 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗶𝘀𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗸𝗲 𝗲𝗺𝗲𝗹 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻.

🔗 𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗻𝘀𝘂𝗿𝗮𝗻. Pemohon boleh mengemas kini maklumat bayaran bagi setiap ansuran melalui pautan yang sama.

👉 https://forms.gle/6R27twySmsvFWi5q9

✨ Aktiviti Menarik • Pengalaman Bermakna • Kenangan Bersama ✨

☎️ Pertanyaan / Urusetia Program:
📱Puan Hanim : https://wa.link/ugb6ac

Terima kasih

🎳 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗢𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗠 (𝗣𝗞𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 & 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 🏅🎳📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)📍 U-Bowl X, Alama...
29/08/2026

🎳 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗢𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗠 (𝗣𝗞𝗔) 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 & 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 🏅🎳

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 U-Bowl X, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya

Program Kejohanan Jom Boling Pembantu Khidmat Am (PKA) 2026 anjuran KEPKA Cawangan Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang meriah, santai dan penuh semangat kesukanan.

Menghimpunkan Pembantu Khidmat Am (PKA) dari pelbagai jabatan, program ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat serta memperkukuh hubungan dan kebersamaan dalam kalangan PKA.

Sebelum pertandingan bermula, para peserta turut bersama dalam sesi bersalaman dan bergambar sebagai simbolik semangat persahabatan dan kesukanan. Seterusnya, pertandingan Perseorangan Lelaki & Wanita PKA 2026 berlangsung dengan penuh semangat, sporting dan gelak tawa.

🏆 TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG

KATEGORI LELAKI

🥇 Johan — En Ishak bin Abd Rahim
(SK Seksyen 9 Shah Alam, Selangor)
🥈 Naib Johan — En Hasrul bin Hassan
(Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM)
🥉 Tempat Ketiga — En Mohd Fadli bin Johar
(Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM)
4️⃣ Tempat Ke-4 — En Shaiful Aizat bin Abdullah
(Bahagian Pendidikan Islam, KPM)
5️⃣ Tempat Ke-5 — En Mohd Hanapi bin Jaafar
(Bahagian Pembangunan, KPM)

KATEGORI WANITA

🥇 Johan — Pn Noor Azashazwanie binti Azhar
(SJKT Ladang Confields, Selangor)
🥈 Naib Johan — Pn Noor-Sita binti PA
(SMK Putrajaya Presint 15(1), Putrajaya)
🥉 Tempat Ketiga — Pn Nurhafizah binti Jaafar
(SJK(C) St. Teresa Brickfields, Kuala Lumpur)
4️⃣ Tempat Ke-4 — Pn Nurfarahain binti Mohd Hanafiah
(Hospital Tengku Permaisuri Norashikin)
5️⃣ Tempat Ke-5 — Pn Noor Izzaidah binti Hj. Injau
(Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM)

🌟 PEMENANG KHAS | SEMANGAT SPORTING

🎁 Lelaki — En Muhammad Zakireen bin Yusof
(Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya)
🎁 Wanita — Pn Shuzana binti Mohamed Shukor
(SMK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya)

Pemenang khas berdasarkan jumlah longkang terbanyak dan markah terendah, sebagai tanda penghargaan atas semangat penyertaan dan sporting sepanjang pertandingan. 😄

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat kesukanan sepanjang program.

Sesungguhnya, kemenangan bukanlah satu-satunya ukuran. Semangat untuk mencuba, kebersamaan dan kenangan yang tercipta turut menjadi kejayaan kita bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia, Jawatankuasa KEPKA Cawangan Putrajaya serta para penaja atas sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

📸 Program turut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama, merakamkan detik kebersamaan yang pastinya menjadi memori manis buat semua yang terlibat.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan kita berjumpa lagi dalam program-program KEPKA Cawangan Putrajaya yang akan datang.

Terima kasih dan tahniah kepada semua 🎳







29/08/2026

🎳🔥 𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 | 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗝𝗢𝗠 𝗕𝗢𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 🏅

🗓️ 29 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 U-Bowl X, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya

Meriah, santai dan penuh semangat, Kejohanan Jom Boling PKA anjuran KEPKA Cawangan Putrajaya ini terbuka kepada Pembantu Khidmat Am (PKA) dari pelbagai jabatan, sebagai wadah untuk mengeratkan silaturahim, menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan PKA. 🤝

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urusetia serta para penaja atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.

🌙 12 Rabiulawal 1448 HijrahKEPKA Cawangan Putrajaya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.Mar...
25/08/2026

🌙 12 Rabiulawal 1448 Hijrah

KEPKA Cawangan Putrajaya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan, di samping memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan sesama kita.

Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT serta mendapat syafaat Baginda SAW. 🤍

Ikhlas Daripada
KEPKA Cawangan Putrajaya

✨ 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 ✨YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, atas pengurniaan Darjah Gemilang Ser...
24/08/2026

✨ 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 ✨

YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa & Ahli
KEPKA Cawangan Putrajaya

- Fadhlina Sidek




TAKLIMAT KAMUS KOMPETENSI GENERIK PERKHIDMATAN BUKAN GURUAnjuran Cawangan Latihan & Kompetensi BPSM, Kementerian Pendidi...
12/08/2026

TAKLIMAT KAMUS KOMPETENSI GENERIK PERKHIDMATAN BUKAN GURU

Anjuran Cawangan Latihan & Kompetensi BPSM, Kementerian Pendidikan bersama wakil-wakil kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru.

📅 Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Masa : 9.00 Pagi
📍 Tempat: Prima Bunga Raya, Blok E14, Kementerian Pendidikan

Wakil-wakil kesatuan yang terlibat:

1. Kesatuan Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPKA)

2. Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK)

3. Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPTAN)

4. Kesatuan Pembantu Pengurusan Murid Semenanjung Malaysia (KPPMSM)

5. Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia (KSKM)

6. Pembantu Penyediaan Makanan

Taklimat ini merupakan satu ruang perbincangan dan perkongsian bersama berkaitan Kamus Kompetensi Generik Perkhidmatan Bukan Guru, khususnya dalam usaha memperkukuh kefahaman serta pembangunan kompetensi warga kerja Perkhidmatan Bukan Guru di Kementerian Pendidikan.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU KHIDMAT AM (PENDIDIKAN): LAWATAN KE KWAP DAN TAKLIMAT PERSARAAN DALAM PERKH...
05/08/2026

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU KHIDMAT AM (PENDIDIKAN): LAWATAN KE KWAP DAN TAKLIMAT PERSARAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

📅 5 Ogos 2026 (Rabu)
📍 Pejabat KWAP, Cyberjaya

KEPKA Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah berjaya menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisme Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) melalui Lawatan ke KWAP dan Taklimat Persaraan Dalam Perkhidmatan Awam yang melibatkan seramai 40 orang delegasi KEPKA Cawangan Putrajaya.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) berkaitan pengurusan persaraan dalam perkhidmatan awam, sama ada bagi yang baharu memulakan perkhidmatan, yang sedang berkhidmat mahupun yang bakal bersara.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Encik Glenn Ahcang Henry bersama pegawai-pegawai KWAP. Encik Glenn turut memberikan penerangan ringkas mengenai perjalanan program. Seterusnya, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil KWAP, Encik Ahmad Muizz Yusoff, Naib Presiden, Jabatan Komunikasi Korporat, KWAP diikuti ucapan daripada Pengerusi KEPKA Cawangan Putrajaya.

Dalam ucapannya, Pengerusi KEPKA Cawangan Putrajaya memaklumkan bahawa program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuh kefahaman jawatankuasa dan warga PKA berkaitan pengurusan persaraan supaya maklumat yang tepat dapat difahami serta disampaikan kepada ahli dan rakan sekerja apabila diperlukan.

Sesi diteruskan dengan Taklimat Teman Persaraan Anda oleh Encik Ahmad Muizz Yusoff dan Taklimat Pengurusan Dokumentasi & Persaraan oleh Puan Nasya Mohd Suradee, Pegawai Eksekutif, KWAP Cyberjaya.

Antara perkongsian penting yang diterima peserta ialah peranan dan fungsi KWAP, tanggungjawab bakal pesara, jenis-jenis persaraan, kelayakan pencen bulanan, kepentingan tempoh perkhidmatan serta makluman bahawa tempoh cuti tanpa gaji tidak diambil kira dalam pengiraan tempoh perkhidmatan tersebut.

Peserta turut diberi penekanan mengenai kepentingan memastikan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) sentiasa lengkap, tepat dan dikemas kini bagi memastikan urusan persaraan berjalan dengan lancar.

Program turut diserikan dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan secara terus daripada pegawai KWAP berkaitan urusan persaraan dan pengurusan dokumen. Sebagai tanda penghargaan, Pengerusi KEPKA Cawangan Putrajaya turut menyampaikan cenderamata kepada pihak KWAP dan penceramah.

Selepas sesi taklimat, delegasi menikmati jamuan tengah hari sebelum meneruskan lawatan ke Kaunter Khidmat Pelanggan KWAP bagi mendapatkan penerangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan serta maklumat pada Kad KWAP. Program turut diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan.

KEPKA Cawangan Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi KWAP, pegawai KWAP yang terlibat serta seluruh warga KWAP atas kesudian menerima kunjungan delegasi, layanan yang mesra dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasa pengetahuan, meningkatkan profesionalisme serta memberi manfaat berterusan kepada warga Pembantu Khidmat Am (Pendidikan).

KWAP Malaysia

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Bachik atas pelantikan sebagai Ketua P...
01/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Bachik atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) yang berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga diberikan kekuatan dan kejayaan dalam menggalas amanah serta terus memperkukuh peranan JHEKS demi kebajikan dan kepentingan warga pekerja di Malaysia.

Ikhlas daripada
Kesatuan Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (KEPKA) Cawangan Putrajaya

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia

KUNJUNG HORMAT & LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN KESATUAN KE NUTP📅 24 Julai 2026 (Jumaat)📍 Ibu Pejabat NUTP, Kuala Lumpu...
24/07/2026

KUNJUNG HORMAT & LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN KESATUAN KE NUTP

📅 24 Julai 2026 (Jumaat)
📍 Ibu Pejabat NUTP, Kuala Lumpur

Jawatankuasa KEPKA Cawangan Putrajaya telah mengadakan Kunjung Hormat dan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kesatuan ke Ibu Pejabat NUTP. Kunjungan ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP serta turut disertai oleh wakil KEPKA Induk.

Lawatan ini merupakan satu platform untuk mendapatkan perkongsian dan pandangan berkaitan pengurusan kesatuan, tadbir urus organisasi serta kebajikan ahli sebagai panduan dalam memperkukuhkan pengurusan KEPKA.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Pengerusi KEPKA Cawangan Putrajaya, diikuti ucapan aluan daripada Presiden KEPKA.

Seterusnya, KEPKA Cawangan Putrajaya menerangkan latar belakang, maklumat kesatuan serta peranan KEPKA sebagai kesatuan yang mewakili Pembantu Khidmat Am (Pendidikan) di bawah Kementerian Pendidikan. Penerangan ini menjadi asas kepada fokus perbincangan penanda aras pengurusan kesatuan bersama pihak NUTP.

Sesi diteruskan dengan tayangan video pengenalan NUTP sebelum disusuli dengan sesi ucapan dan perkongsian daripada pihak NUTP.

Dalam sesi perkongsian tersebut, Presiden NUTP berkongsi pengalaman serta pandangan berkaitan pengurusan kesatuan, kemudahan dan kebajikan ahli, strategi memperkukuhkan keahlian, platform menyuarakan suara ahli serta amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan oleh KEPKA dalam memperkukuhkan organisasi.

Perkongsian yang diberikan amat bermanfaat dan menjadi panduan kepada KEPKA dalam mempertingkatkan pengurusan, pentadbiran serta perkhidmatan penyampaian terbaik kepada ahli.

KEPKA Cawangan Putrajaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NUTP atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat bermakna. Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh kakitangan NUTP yang terlibat atas segala bantuan, kerjasama dan layanan baik sepanjang kunjungan ini berlangsung.

Semoga hubungan silaturahim dan kerjasama antara KEPKA dan NUTP terus diperkukuhkan demi manfaat serta kepentingan ahli.

NUTP Malaysia

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEPKA Cawangan Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share