26/08/2024
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia
1.Memastikan pengeluaran hasil pertanian berkualiti serta selamat dimakan
2.Menggalakkan pelaburan & 1. Seksyen Penguatkuasaan dan Inspektorat
2.
Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan
3. Seksyen Pensijilan Ladang
4. Seksyen Pengesahan Bahan Tanaman
26/08/2024
Program Bicara Niaga Tani Pengeluar & Pemain Industri Benih Zon timur merupakan usaha Jabatan Pertanian untuk menyebarluaskan rantaian perkhidmatan dibawah seliaan Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman dan sebagai kaedah pemakluman berkaitan pembangunan Rang Undang-undang Kualiti Benih Tanaman 20XX.
Program ini merupakan usaha dan komitmen Jabatan Pertanian terhadap kualiti hasil pertanian, keterjaminan dan keselamatan makanan serta kesejahteraan rakyat.
Program ini juga selaras dengan usaha Jabatan bagi mengukuhkan peranan benih unggul dalam sektor pertanian negara yang dijangka akan memberi anjakan paradigma pada senario pengeluaran benih negara.
Antara pengisian program :
🍉 Taklimat Pengesahan Bahan Tanaman & Rang Undang-undang Benih Tanaman 20XX
🍆 Taklimat Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan
🥦 Taklimat Program dan Insentif Pengeluaran Benih Tanaman
🌶️ Taklimat Prosedur Import dan Eksport Benih
🥬 Taklimat Ekonomi Sektor Pengeluaran Benih Negara
Ikuti secara live melalui media sosial Jabatan Pertanian Malaysia pada :
📅 27 dan 28 Ogos 2024 (Selasa dan Rabu)
⏰ 8.30 pagi hingga 5.00 petang
🎥 Media Sosial Jabatan Pertanian Malaysia
Tempat :
📍Kelantan (27 Ogos 2024) : Dewan Pusat Pemulihan Akhlak, Machang
📍Terengganu (28 Ogos 2024): Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
Ikuti Channel rasmi Jabatan Pertanian Malaysia di WhatsApp dan Telegram supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami.
Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029Va61FuFBPzjVDC7Nfs1f
Telegram : https://t.me/mydoa_hq
Highlight
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Arthur Joseph Kurup
YBhg Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Skim Pengesahan Bahan Tanaman
19/02/2024
Hari Paus Sedunia merupakan satu pengingatan penting untuk melindungi makhluk yang mempesona ini.
Paus adalah sebahagian daripada kepelbagaian hidupan menakjubkan di laut, ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem lautan kita.
Namun sayangnya, paus menghadapi pelbagai ancaman termasuk penangkapan ikan yang tidak terkawal secara berterusan, perubahan iklim global dan pencemaran laut.
Melalui kesedaran dan tindakan bersama, kita haruslah melindungi ikan paus dan memastikan kelestarian makhluk ini untuk generasi akan datang.
Mari kita bersama-sama mengurang atau menghentikan penggunaan plastik, mengamalkan penangkapan ikan secara holistik dan mampan serta berterusan menyokong usaha pemuliharaan paus.
Dengan tekad dan usaha bersama, kita boleh memberi impak positif kepada masa depan ikan paus dan juga ekosistem laut. Semoga kita semua menjadi pelindung alam yang bertanggungjawab.
Selamat Hari Paus Sedunia🐋🐋🐋🐋🐋
Highlight
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
02/01/2024
Selamat Tahun Baru 2024
Kita tutup buku 2023 dan coretan bagi tahun baharu 2024 akan bermula.
Semoga tahun 2024 memberi kesejahteraan untuk semua warga tani seluruh negara.
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024.
Ingatan tulus ikhlas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, YBhg. Dato’ Nor Sam Alwi serta seluruh pengurusan tertinggi Jabatan Pertanian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Putrajaya
62624
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
