27/05/2026
๐บ๐ฌ๐ณ๐จ๐ด๐จ๐ป ๐ฏ๐จ๐น๐ฐ ๐น๐จ๐๐จ ๐จ๐ฐ๐ซ๐ฐ๐ณ๐จ๐ซ๐ฏ๐จ ๐โจ
"Semoga pengorbanan kita diberkati dan membawa kebahagiaan yang berpanjangan."
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah ia adalah simbolik ketaatan, keikhlasan, dan nilai pengorbanan yang tinggi dalam kehidupan kita. Mari kita sama-sama menghayati erti pengorbanan ini untuk memacu kesejahteraan bersama demi Malaysia Madani.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia!
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia.
05/05/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PASUKAN KAJIAN BIL.1/2026 KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR DAN DESA [AKTA 172]
PUTRAJAYA, 4 MEI 2026 โ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kajian Bil.1/2026: Kajian Kaedah-Kaedah Di Bawah Pindaan Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa [Akta 172] secara hibrid yang dipengerusikan oleh Pengarah BPKSP, TPr. Zamirzan bin Puji. Seterusnya pembentangan berkaitan Draf Pindaan Akta 172 telah dibuat oleh Puan Lilian Tai Yee Chi selaku Pengurus Projek bagi kajian ini.
Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti dan memperhalusi Draf Laporan Awal yang telah disediakan oleh pihak Perunding UEP Sdn Bhd dan dibantu oleh Pasukan Teras daripada Unit Gubalan Teknikal (UGT) PLANMalaysia.
Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 58 orang yang melibatkan ahli jawatankuasa daripada PLANMalaysia ibu pejabat, PLANMalaysia Negeri, Pejabat Projek Zon, Peguam Persekutuan Bahagian Undang-Undang KPKT, Pegawai Undang-Undang Jabatan Wilayah Persekutuan dan PBT-PBT terpilih iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Bandaraya Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbandaran Putrajaya dan Perbadanan Labuan untuk mendapatkan input bagi menambahbaik dan memantapkan Laporan Awal sebelum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 1/2026yang dijadualkan pada 7 Mei 2026 nanti.
Jabatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memberi input, pandangan dan cadangan berkenaan perkara-perkara tersebut.
24/04/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐จ๐ก๐ง๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐๐ฆ๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ญ๐ต(๐ฎ),๐๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ ๐ญ๐ต๐ณ๐ฒ [๐๐๐ง๐ ๐ญ๐ณ๐ฎ] ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐(๐๐ ๐ง๐ฃ)
PUTRAJAYA, 23 April 2026 โ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Panduan Pelaksanaan Akta di bawah Subseksyen 19(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976[Akta 172] bagi Pemajuan Tidak Perlu Kebenaran Merancang (KMTP) di Bilik Mesyuarat Kesidang, Aras 8, Blok F5 Kompleks F, Presint 1, Putrajaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TPr Zamirzan bin Puji, Pengarah Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) dan pembentangan dibentangkan oleh Pn. Juliana binti Ahamat, penolong pengarah BPKSP.
Mesyuarat ini dihadiri dari pelbagai Jabatan Agensi Teknikal dan PLANMalaysia Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara fizikal dan dalam talian.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk penambahbaikan ke atas Panduan Pelaksanaan Pengecualian Kebenaran Merancang (ExPA) Di bawah Akta 172 dan akan diselaraskan di dalam Manual OSC 3.0 Plus yang digunapakai di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia.
Akhir sekali, Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua wakil Jabatan dan Agensi Teknikal, PLANMalaysia Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan yang hadir dalam mesyuarat ini secara fizikal dan talian.
15/04/2026
๐บ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ ๐๐
Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ TPr Gs. Rozita binti Hamit atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) berkuat kuasa pada 17 April 2026.
Semoga pelantikan ini akan terus memperkukuh kepimpinan strategik dalam memperkasa perancangan bandar dan desa negara ke arah pembangunan yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.
Ikhlas daripada,
Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan
20/03/2026
๐ฅ๐ Syawal Menyapa, Tulus dari Hati ๐๐ฅ
Di sebalik setiap perancangan,
terselit nilai kebersamaan dan keikhlasan.
Sempena Aidilfitri ini,
Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.
โจ Saksikan bingkisan istimewa kamiโ
secebis kenangan, seuntai harapan,
dalam menyambut Syawal yang penuh bermakna.
Semoga lebaran ini mengeratkan silaturahim
dan menyemai semangat untuk terus berkhidmat dengan dedikasi.
๐ฟ Salam Aidilfitri, ikhlas daripada kami. ๐ฟ
Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia
27/02/2026
SESI LIBAT URUS PENAMBAHBAIKAN MANUAL LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN (LCP) EDISI KETIGA
KAJANG, 26 Feb 2026 โ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah mengadakan sesi libat urus Penambahbaikan Manual Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) Edisi Ketiga bersama rakan-rakan strategik yang terdiri daripada PLANMalaysia Negeri, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), agensi -agensi teknikal, badan professional dan juga wakil dari Lembaga Pertubuhan Perancang Malaysia di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan TPr Saidin Lateh, TKP (Pembangunan). Pembentangan telah diberi oleh Tuan TPr Zamirzan Puji, Pengarah Bah.Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia.
Sesi libat urus ini adalah bagi menetapkan dasar dan halatuju penambahbaikan proses kebenaran merancang sejajar dengan kehendak ease of doing business dalam urusan permit pembinaan (dealing with construction permit) serta memberi ruang kepada semua rakan strategik untuk memberikan pendapat dan input bagi menambahbaik Manual LCP sedia ada.
Dalam mengejar arus kemodenan pembangunan negara, Jabatan tidak melupakan proses dan prosedur permohonan pembangunan yang perlu dikemaskini bagi kemudahan semua pihak penggerak projek di Malaysia bagi penjanaan Ekonomi MADANI.
Terima kasih diucapkan kepada wakil jemputan yang hadir dan diharap libat urus ini dapat mencetuskan peluang dan keterbukaan Jabatan dalam menggalas dasar Kementerian diperingkat yang lebih jauh serta memenuhi kehendak pelbagai pihak.