05/08/2025
Pujian yang tepat dapat membuatkan anak-anak berasa dihargai, difahami dan lebih yakin untuk terus belajar. 💬
Cuba ucapkan 1-2 ayat ini setiap hari - mungkin nampak kecil di mata kita, tapi besar maknanya bagi mereka
25/07/2025
RM10 Bilion Skim Jaminan Kredit Perumahan - Lebih Mudah Untuk Rakyat Miliki Rumah Pertama
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja ekonomi gig, usahawan kecil, dan mereka yang bekerja sendiri, untuk memiliki rumah pertama mereka.
Melalui SJKP, pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan perumahan sehingga 100% daripada harga hartanah, dengan had maksimum RM500,000
25/07/2025
RM100 juta untuk Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI memanfaatkan rakyat dengan kemudahan Rawatan Sakit-sakit Ringan dengan mengurangkan kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI (SPM).
01/04/2025
RM300 Juta Untuk Tambah Baik 200 Buah Kampung Seluruh Negara
RM200 juta di bawah Inisiatif KAM ini untuk menambahbaik 200 buah kampung seluruh negara dengan kerjasama pelbagai pihak serta RM100 juta untuk perkhidmatan baik pulih dan pendawaian elektrik kepada komuniti luar bandar.
Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini di
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/komuniti/kpgangkatmadani
31/03/2025
Salam Aidilfitri Buat Semua! 🌟
Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon sena,
Syawal tiba meriah gemilang,
Salam lebaran penuh ceria.
29/03/2025
Bantuan Tunai RM600 Sebulan Demi Kesejahteraan Warga Emas Berkeperluan
Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan tunai untuk warga emas miskin tegar yang layak untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Bagi tahun 2025, Kerajaan menaikkan kadar sumbangan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2024.
Layari Portal Manfaat untuk mklumat lanjut mengenai bantuan ini di https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/bwe
28/03/2025
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Untuk Memantapkan Persediaan Murid Ke Sekolah
RM791 juta disediakan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Bantuan tunai sejumlah RM150 ini disalurkan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 tanpa mengira had pendapatan ibu bapan anak-anak.
Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan di atas:
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/bantuan-awal-persekolahan
27/03/2025
STR & SARA Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah Hadapi Cabaran Kos Sara Hidup
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tunai, khusus untuk membantu golongan individu dan isi rumah berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup dan bebanan kewangan.
Bagi tahun 2025, Kerajaan meningkatkan kadar peruntukan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.
Layari Portal Manfaat untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bantuan di atas:
STR: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/str
SARA: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
14/03/2025
Kiosk Sentuhan MADANI Kini di KL Sentral!
Pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti JPJ, KWSP, Pos Malaysia, TNB, ASNB serta MyDigital ID kini lebih mudah diakses di lokasi strategik.
📍 Lokasi: Stesen Sentral KL
🕕 Waktu Operasi: 6:00 pagi – 12:00 tengah malam