14/05/2026
Ayuh warga KPWKM yang berkelapanganโ Kita isi rohani dan jiwa dengan menyertai Program Pengukuhan Integriti bersama Ustaz Dato' Mohammad Kazim bin Elias.
Butiran program adalah seperti berikut:
๐๏ธ Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
๐ Masa: 9.00 Pagi
๐ Auditorium Aras 7, KPWKM
๐ก Program ini akan turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi KPWKM.
https://www.facebook.com/kpwkm/
Jangan lepaskan peluang ini. Bersama kita menghayati perkongsian yang akan membawa manfaat dan memperkukuh nilai integriti dalam diri serta organisasi.
Jumpa esok!
14/05/2026
โจ ๐๐๐ฎ/๐๐๐ฉ๐/๐๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐, ๐๐๐ซ๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ข๐ค ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐! โจ
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.
Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak ๐๐๐,๐๐๐ secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.
๐ Syarat kelayakan utama:
โ๏ธ Warganegara Malaysia
โ๏ธ Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
โ๏ธ Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
โ๏ธ Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah
๐Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita.
โจ ๐๐๐ฎ/๐๐๐ฉ๐/๐๐๐ง๐ฃ๐๐ ๐ ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐, ๐๐๐ซ๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ข๐ค ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ง๐๐! โจ
Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka semula bermula 15 Mei 2026 hingga 15 Julai 2026 bagi membantu meringankan kos pembelajaran anak-anak autisme.
Melalui inisiatif ini, bantuan sebanyak ๐๐๐,๐๐๐ secara one-off diberikan kepada anak autisme yang layak bagi menyokong akses kepada pembelajaran dan intervensi awal yang berkualiti.
๐ Syarat kelayakan utama:
โ๏ธ Warganegara Malaysia
โ๏ธ Anak autisme pemegang Kad OKU JKM berumur bawah 18 tahun
โ๏ธ Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
โ๏ธ Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah
๐Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa kita.
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆๆ
ง่ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
14/05/2026
POV: Bila Millenial vs Gen Z beri nasihat..๐ค
Tak kira Gen Z atau Millennial, semua orang perlukan ruang untuk berehat dan didengari ๐ซ
Kesihatan mental penting untuk semua lapisan masyarakat. Jom jadi individu yang prihatin dan peka dengan kesejahteraan emosi orang sekeliling โค๏ธ
๐ Hubungi Talian Kasih 15999 untuk bantuan dan sokongan emosi.
13/05/2026
Malaysia Perkukuh Agenda Pemerkasaan Wanita di PPWE 2026, Shanghai
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Plenary Meeting of the Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) 2026 yang berlangsung di Shanghai Expo Center, Republik Rakyat China pada 13 hingga 14 Mei 2026.
Sepanjang hari pertama hari ini, YBhg. Datuk Dr. KSU telah menyampaikan intervensi negara berkaitan tajuk berikut:
1. Advancing Gender Equality and Womenโs Economic Empowerment through Research in the Asia-Pacific Region
2. Embracing the Digital Era: Promoting Womenโs Participation and Leadership in the Digital Economy, AI and Other Emerging Industries
Delegasi Malaysia juga telah menghadiri Drafting Session of the 2026 Women and the Economy Forum Statement bagi membincangkan penyediaan kenyataan bersama yang akan menjadi antara dokumen utama forum tersebut.
Penyertaan Malaysia dalam PPWE 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita, kesaksamaan gender dan pembangunan ekonomi yang inklusif serta mampan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Maziah Che Yusoff
13/05/2026
Ayuh hargai dan raikan para ibu yang telah banyak berkorban masa, keringat dan tenaga demi membentuk keluarga serta masyarakat yang sejahtera ๐๐๐ฉโ๐ฉโ๐งโ๐ง
Bersempena Hari Ibu 2026, KPWKM melalui LPPKN telah memperkenalkan Pakej Seteguh Ibu yang menawarkan tiga komponen utama bagi menyantuni kesejahteraan para ibu secara menyeluruh.
๐ฉโ๐ผPakej Sayang Ibu
- memberi fokus kepada kesihatan wanita melalui Program Saringan Awal Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) iaitu ujian mamogram dan ujian HPV DNA serta sokongan khusus melalui Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti (BuAI).
๐ฉโ๐ผ Pakej Jalinan KASIH Ibu
- memperkukuh kesejahteraan emosi dan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif seperti terapi seni, terapi ketawa serta pengenalan lima Bahasa Cinta
๐ฉโ๐ผ Pakej Minda Tenang
- menyediakan sokongan kesejahteraan mental dan relaksasi untuk para ibu melalui urutan kesejahteraan MamaCare dan Colour Analysis
Jom manjakan permaisuri hati anda dengan mendapatkan Pakej Seteguh KASIH Ibu di lokasi-lokasi sambutan Hari Ibu peringkat negeri anjuran LPPKN di seluruh negara.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
13/05/2026
Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026 โ 2030 yang dibangunkan di bawah KPWKM berfungsi sebagai kerangka tindakan bagi memacu penyelarasan dasar, memperkukuh kerjasama antara pihak kerajaan, masyarakat sivil, komuniti dan sektor swasta, serta mempertingkatkan keberkesanan program sosial.
Pelan ini dirangka berdasarkan Dasar Sosial Negara 2030 yang merangkumi:
โ
Empat teras utama
โ
17 bidang keutamaan
โ
18 strategi
โ
102 inisiatif
PTDSN 2026 -2030 membawa pelbagai manfaat signifikan kepada rakyat, khususnya dalam memastikan pengagihan sumber dan perkhidmatan sosial seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan dapat dilaksanakan secara lebih adil, menyeluruh dan inklusif tanpa mengira latar belakang etnik, umur, lokasi mahupun status sosio-ekonomi.
๐ฒ Dapatkan maklumat penuh mengenai pelan tindakan ini dengan mengimbas kod QR yang tertera.
Bersama kita mencorakkan masa depan sosial negara ke arah Malaysia MADANI ๐ฒ๐พ
-2030
13/05/2026
PERKONGSIAN MALAYSIA MENGENAI PENDEKATAN KEIBUBAPAAN ERA DIGITAL DI PERSIDANGAN ASEAN FAMILY DEVELOPMENT NETWORK (FAMNET) 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai Persidangan ASEAN Family Development Network (FAMNET) 2026 secara dalam talian pada 12 Mei 2026 bagi mengukuhkan komitmen strategik negara dalam agenda kesejahteraan keluarga serantau.
Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, pegawai-pegawai LPPKN, wakil dari Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang dan Naib Canselor Universiti Malaya-Wales.
Semasa persidangan tersebut, YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah telah mewakili negara sebagai Ahli Panel bagi Sesi Pleno 3 yang bertajuk Contemporary Parenting in the Digital Age.
Pembentangan strategik Malaysia menggariskan tiga (3) resolusi utama:
1. Transformasi Pendekatan Keibubapaan: Keperluan mendesak untuk beralih daripada pendekatan pemantauan siber (monitoring) kepada bimbingan aktif (mentoring) bagi membina daya tahan digital anak-anak.
2. Sinergi Ekosistem Bersepadu (Whole-of-Government): Pendekatan holistik yang dipacu oleh Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) 2026-2030, disokong oleh jaringan intervensi rentas agensi termasuk Talian Kasih 15999, Talian HEAL 15555, dan advokasi keselamatan negara,CyberSAFE.
3. Impak Berteraskan Data (Data-Driven Impact): Pelaksanaan inovasi chatbot Naungan Kasih (NKText) yang terbukti secara empirikal menurunkan kes penderaan kanak-kanak sebanyak 23%, dengan sasaran peluasan strategik kepada 280,000 penjaga menerusi rangkaian KEMAS.
Penyertaan ini memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menonjolkan kepimpinan dan inovasi negara dalam modul kekeluargaan ke pentas serantau, di samping mengukuhkan kerjasama rentas sempadan bagi melindungi keluarga daripada risiko siber.
Selain itu, ia memastikan perancangan serantau seperti ASEAN Mid-Term Work Plan for Family Development (2026-2030) dijajarkan secara langsung dengan agenda pembangunan keluarga negara bagi menyokong pelaburan kesejahteraan institusi keluarga secara berterusan.
The future of digital safety does not depend only on stronger technology. It depends on stronger families.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
13/05/2026
PRISMAnita Inisiatif Baharu KPWKM Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga
12 Mei 2026|Selasa
Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (AKU WANITA@KRT) telah disempurnakan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di Hotel Berjaya, Georgetown, Pulau Pinang.
Program yang dihadiri seramai 314 peserta termasuk juga Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Persatuan Pekak Pulau Pinang ini merupakan platform strategik bagi mendekati masyarakat melalui aktiviti berimpak tinggi yang telus dalam menangani masalah KRT bersama pemandiri.
Keganasan rumah tangga bukan sekadar isu peribadi atau hal rumah tangga semata-mata. Ia adalah satu kesalahan jenayah dan pelanggaran hak asasi manusia yang menjadi ancaman senyap terhadap kesejahteraan institusi keluarga. Melihat kepada perkembangan terkini, masyarakat dikejutkan dengan beberapa kes yang tular di media, termasuk kes seorang wanita hamil yang dipercayai dipukul suami sehingga mengalami keguguran.
Sebagai bukti dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI menangani isu ini, inisiatif PRISMAnita telah diperkenalkan sebagai intervensi awal, pemadanan rujukan, sokongan bersepadu, penyampaian maklumat serta advokasi yang mesra wanita dan mudah dicapai termasuk bagi kes yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga.
Sejak pelancarannya sehingga penghujung April tahun ini, seramai 34 klien telah mendapatkan perkhidmatan di PRISMAnita@PPWN dan ini mencerminkan keperluan serta keberkesanan inisiatif ini kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan dan bantuan.
KPWKM sentiasa komited dalam memperkukuhkan dasar, undang-undang serta mekanisma dalam menyampaikan maklumat dan sokongan kepada komuniti terutamanya mangsa keganasan rumah tangga. Usaha berterusan kementerian ini diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran, keyakinan dan keberanian kepada wanita untuk bersuara dan melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan KRT.