PUSPANITA Caw. MOT

PUSPANITA Caw. MOT

Share

Lantikan AJK Tahun 2021/2023

Pengerusi : YBhg. Datin Poovai a/p Karuppanna

Timb. Pengerusi I : YBhg. Datin Noorhayati binti Zakaria
Timb. Pengerusi II : YBrs.

Puan Rahimah binti Mohd Salleh

AJK Tetap : YBrs. Puan Nurulasikin binti Ramli (MIROS)
YBrs. Puan Shazlina binti Abu Bakar (CAAM)

Setiausaha : Puan Siti Nur Aina binti Norsaripuddin
Pen. Setiausaha 1 : Puan Hanumsara binti Hamid
Pen. Setiausaha 2 : Puan Norasikin binti Karim

Bendahari: Puan Nurul Idashafura binti Mohd Hatta
Pen. Bendahari : Puan Azeziemahcfuzar binti Mohd Sai

11/05/2026

"Selamat Hari Jururawat Sedunia! 🩺✨

Hari ini kita meraikan insan-insan hebat yang sentiasa berada di barisan hadapan, memberikan yang terbaik tanpa mengira penat lelah. Menjadi jururawat bukan sekadar kerjaya, ia adalah satu panggilan jiwa. Semoga segala jasa baik anda dibalas dengan kesejahteraan. Selamat Hari Jururawat 2026 ❀️ Terima kasih jururawat.

Ikhlas daripada:
YBhg. Datin Seri Poovai A/P Karuppanna,
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pengangkutan
& Seluruh Ahli PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pengangkutan

Day


Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 10/05/2026

"Selamat Hari Ibu. Terima kasih atas segala kesabaran, kelembutan, dan pelukan hangat yang diberikan kepadaku. Kasih ibu tiada gantinya".


#10052026

Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 09/05/2026

✈️ LAWATAN RASMI PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KE KLATCC & MENARA KAWALAN KLIA ✈️

Satu lawatan ilmiah yang amat bermakna telah berlangsung hari ini apabila ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan (MOT) berpeluang meninjau nadi utama pengurusan trafik udara negara di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) dan Menara Kawalan Trafik Udara KLIA, Sepang.

Lawatan yang penuh informasi ini telah diketuai oleh YBhg. Datin Seri Poovai A/P Karuppanna, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan, yang turut serta memberikan sokongan moral buat ahli-ahli dalam meneroka kompleksiti pengurusan trafik udara Malaysia.

Lensa Lawatan:
πŸ“… Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 5:00 Petang
πŸ“ Lokasi: KLATCC & KLIA Tower (West Tower), Sepang

Pengisian Program:
🎀 Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang cukup mesra oleh Puan Dyg Zarina binti Abang Alli, Ketua Operasi KLATCC. Disusuli dengan Taklimat Keselamatan oleh Encik Muhammad Shakir Ashraf bin Sulaiman bagi memastikan kelancaran sepanjang berada di zon larangan.
πŸ“– Seterusnya, para peserta diberikan taklimat mendalam mengenai Operasi KLATCC oleh Kapten T. Kanaga Seelan a/l Tarmalinggam yang menjelaskan fungsi kritikal pusat ini dalam menjamin keselamatan ruang udara.
🚁 Taklimat mengenai peranan Aeronautical Rescue Coordination Center (ARCC) p**a telah disampaikan oleh Encik Muhamad Farhan bin Sazali, memberikan kefahaman tentang kesiapsiagaan dalam situasi kecemasan udara.

Meneroka Fasiliti:
Ahli PUSPANITA dibawa melawat ke pelbagai fasiliti canggih, antaranya:
βœ… Business Continuity, Training & Simulator (BCTS): Melihat sendiri bagaimana latihan simulasi dijalankan.
βœ… Aeronautical Rescue Coordination Center (ARCC): Memahami kesiapsiagaan dalam situasi kecemasan udara.
βœ… Observation Deck, Main Operation Room: Melihat secara langsung para pegawai kawalan trafik udara bertugas dengan penuh dedikasi.

Kunjungan ke KLIA Tower (West Tower) menjadi detik paling dinantikan oleh para peserta. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah KL Air Space, Encik Syahruddin bin Mustafa serta dibantu oleh Encik Irman bin Ismail dan Encik Shahpandi bin Abdul Manan.

Sepanjang sesi lawatan, para peserta diberikan penerangan mengenai operasi Menara Kawalan Trafik Udara KLIA yang memberikan gambaran jelas tentang kepentingan peranan Air Traffic Controller dalam memastikan keselamatan, kecekapan dan kelancaran penerbangan di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan warga KLATCC atas kesudian menerima kunjungan kami. Ilmu yang diperoleh hari ini pastinya menjadi inspirasi buat semua ahli PUSPANITA MOT!

AJK Pelaksana yang terlibat (Biro Kebajikan & Kerohanian, CAAM):
🌸 Puan Nur Amalina binti Ibrahim
🌸 Puan Rosmarina binti Ibrahim
🌸 Puan Nur Raiza binti Mohd Suhardi

Terima kasih atas dedikasi dalam memastikan kelancaran program ini!





Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 01/05/2026

"Selamat Hari Lahir pada yang lahir antara Bulan Januari hingga Jun πŸŽ‚"

Dari pembuka tirai Januari yang penuh azam, sehinggalah ke pertengahan tahun di bulan Jun yang penuh warna, kehadiran anda semua adalah anugerah yang melengkapkan perjalanan tahun ini.

Doa PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan buat anda semua:

Kesihatan: Semoga sentiasa diberikan tubuh yang cergas dan minda yang cerdas.

Kebahagiaan: Semoga setiap hari anda disulami dengan tawa dan kasih sayang keluarga serta rakan-rakan.

Kejayaan: Semoga segala impian yang dirancang sejak awal tahun akan menjadi realiti satu demi satu.

Teruslah bersinar mengikut keunikan bulan kelahiran masing-masing. Anda semua adalah inspirasi bagi kami untuk terus melangkah ke separuh kedua tahun ini dengan lebih semangat!

Selamat Ulang Tahun Kelahiran! πŸŽ‚βœ¨"



Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 30/04/2026

SEMINAR KECERGASAN PUSPANITA 2026] πŸ‘ŸπŸŒŸ
Selesai program anjuran PUSPANITA Kebangsaan. Tahniah pada yang menyertai dan hadir ke seminar tersebut yang sesuai dengan tema "Strong Women, Strong Lives" yang telah diadakan di Dewan DE' Seri Endon PUSPANITAPURI pada 28 April 2026 (Selasa) dimana telah berjaya kumpulkan ahli untuk misi gaya hidup sihat.

Antara pengisian utama:
πŸ”Ή Slot Nutrisi & Kecergasan (Strength & Conditioning).
πŸ”Ή Asas Sport Massage.
πŸ”Ή Saringan Kesihatan Percuma (Kanser Payudara & Komposisi Badan).

Tahniah semua Ahli PUSPANITA❀️.
Semoga terus cergas dan produktif. πŸ’ͺ✨




Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! πŸ‘·β€β™‚οΈπŸ‘©β€πŸ’»πŸ‘©β€βœˆοΈπŸ§•πŸ‘¨πŸ»β€πŸ³
Hargai setiap pencapaian kecil kita sepanjang tahun ini. Semoga hari ini memberi inspirasi untuk kita terus cemerlang dalam kerjaya masing-masing. Selamat menyambut Hari Pekerja buat semua πŸ‡²πŸ‡Ύ.


Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 20/03/2026

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini membawa seribu rahmat, keberkatan, dan kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas daripada:
YBhg. Datin Seri Poovai A/P Karuppanna,
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pengangkutan
& Seluruh Ahli PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pengangkutan




Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 17/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh tadzim dan ukhuwah Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia bagi tahun 2026M/1447H. Program murni ini merupakan anjuran bersama Surau Wizaratun Naqli dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan.

Majlis yang diadakan di Dewan Sentral RAC ini telah menjadi saksi penyatuan warga MOT dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang paling bermakna iaitu kembali kepada mukjizat teragung, Al-Quran.

Maklumat Majlis:
πŸ“… Tarikh: 13 Mac 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8:00 Pagi – 12:15 Tengah Hari
πŸ“ Tempat: Dewan Sentral RAC, Aras 2, MOT
🀝 Anjuran: Surau Wizaratun Naqli & PUSPANITA MOT

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Haslina binti Kamaluddin, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat kepada para peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang telah terpilih daripada pelbagai bahagian dan jabatan.

Pengisian Majlis:
✨ Sesi Tadarus
✨ Khatam Al-Quran
✨ Tadabbur Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Nadzri bin Mustakim

Program sebegini bukan sahaja bertujuan mengejar pahala ibadah di bulan yang mulia, malah memperkukuh ukhuwah sesama warga kementerian selaras dengan aspirasi Generasi MADANI.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Surau Wizaratun Naqli, PUSPANITA MOT dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi syafaat buat kita di akhirat kelak. Amin YRA. πŸ€²πŸ“–


13/03/2026

Happy Birthday & Selamat Hari Lahir diucapkan buat YBhg. Datin Seri Poovai A/P Karuppanna (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan). Semoga YBhg. Datin Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang, serta terus diberi kekuatan untuk memimpin PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan ke mercu kecemerlangan. Kami di PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan sentiasa menyokong kepimpinan YBhg. Datin Seri, Have a wonderful celebration.

Ikhlas tulus suci daripada:
Ahli Jawatankuasa & Seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan

Photos from PUSPANITA Caw. MOT's post 13/03/2026

πŸŒ™ CAHAYA RAMADAN: MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN & IHYA RAMADAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN (MOT) πŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ihya Ramadan Kementerian Pengangkutan bertempat di Dewan Sentral RAC, MOT pada 11 Mac 2026.

Majlis perhimpunan kali ini tampil berbeza dengan pengisian yang menyentuh jiwa, menggabungkan agenda rasmi kementerian dengan semangat persaudaraan di bulan Ramadan yang mulia.

πŸ“… Tarikh: 11 Mac 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: Dewan Sentral RAC, Aras 2, MOT

Pengisian Bermakna:
✨ Kehadiran Pelajar Tahfiz: Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para pelajar tahfiz, yang mana alunan doa dan kehadiran mereka membawa suasana hiba serta ketenangan buat seluruh warga MOT yang hadir.
✨ Sumbangan Kasih Ibu Tunggal: PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan Bantuan Ibu Tunggal kepada ahli-ahli yang layak. Penyerahan sumbangan di atas pentas ini merupakan simbolik keprihatinan kementerian terhadap kebajikan warganya, khususnya di bulan yang penuh rahmat ini.

Sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta memberikan kegembiraan kepada para penerima dalam menyambut hari-hari mendatang di bulan Ramadan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pengangkutan dan PUSPANITA MOT atas inisiatif murni ini. Semoga ukhuwah antara warga MOT terus terpelihara dan segala amal ibadah kita diterima oleh-Nya.


08/03/2026

Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua jiwa-jiwa hebat yang tak pernah lelah memberi, yang mekar meski dalam ujian, dan yang menjadi cahaya dalam kegelapan. Teruslah bersinar dengan caramu sendiri. 🌸✨




"

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

PUSPANITA Kementerian Pengangkutan
Putrajaya
62100

Opening Hours

Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00