Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)

Share

Ini Adalah Laman Facebook Rasmi Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) JPPM merupakan salah sebuah organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada 21 Disember 1972. JPPM pada asalnya adalah sebahagian daripada Jabatan Buruh dan Perhubungan Perusahaan. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia, yang bertanggungjawab kepada Menteri Sumber Manusia melalui Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia mengenai semua fungsi dan tugas jabatan. Di peri

Photos from Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)'s post 12/05/2026

HEBAHAN: PEGAWAI PERTUKARAN MASUK & PERTUKARAN KELUAR JPPM

Seluruh warga kerja Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada En. Dedua Anak Taim@Tiam dan En. Jexicon Muhaimin.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya!

Ikhlas daripada: YBrs. Puan Meriam binti Mohd Noor, TKP JPPM & Warga Kerja JPPM

Photos from Kementerian Sumber Manusia's post 15/04/2026

Tahniah Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor

01/04/2026

𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 ✨

Pergi ke taman memetik melati, 🌸
Singgah sebentar di tepi perigi,
Jasa puan tetap di hati,
Kenangan indah kekal abadi. ✨

Warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

𝐏𝐧. 𝐌𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐡𝐚𝐢𝐧𝐮𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐆𝐚𝐟𝐟𝐚𝐫,
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧
(𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑 – 𝟑𝟎 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔)

Terima kasih atas segala jasa bakti, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang bersama kami 🤍
Segala usaha dan dedikasi puan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Selamat maju jaya di tempat baharu di 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 🌟
Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih atas segalanya, puan! 💐

Ikhlas daripada
Seluruh warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

30/03/2026

Sesi Clock-Out Hari Persaraan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)🌷🌷

Sesi Clock-Out sempena persaraan YBrs. Encik Aminuddin bin Ab Rahaman yang bersara wajib 30 Mac 2026.

Menabur bakti selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau seorang pemimpin yang berdedikasi, prihatin, berkhemah dan pemudahcara dalam menjalankan tugas.

Setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini.

Selamat Bersara 💐💐💐
YBrs. Encik Aminuddin bin Ab Rahaman
Jasamu dikenang, budimu disanjung.

Ikhlas Daripada
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

30/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀
𝐘𝐁𝐑𝐒 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁 𝐑𝐀𝐇𝐀𝐌𝐀𝐍
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐓𝐮𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤, 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐲𝐮-𝐥𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧;
𝐈𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤, 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮-𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧.

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐭𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐤𝐡𝐨𝐝𝐚 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚, 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐬𝐚, 𝐧𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐫𝐚𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢, 𝐧𝐚𝐦𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐟𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐛𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚. 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡, 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏 !!

𝐉𝐚𝐬𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐛𝐮𝐝𝐢𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠. 𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚
𝐒𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

20/03/2026

TAKBIR RAYA AIDILFITRI
1 SYAWAL 1447H | 2026

TAKBIR RAYA AIDILFITRI BERSAMA ENCIK AMINUDDIN BIN AB RAHAMAN DAN WARGA KERJA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

🌙✨
Takbir Raya adalah laungan mengagungkan kebesaran Allah SWT (Allahu Akbar) yang dilaungkan sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran umat Islam setelah berjaya menyempurnakan ibadah puasa Ramadan.
Ia bukan sekadar tradisi, malahan merupakan perintah Allah dalam Surah Al-Baqarah: 185 untuk membesarkan-Nya atas petunjuk yang diberikan. Gema takbir ini menyatukan hati kita dalam semangat ukhuwah dan ketaqwaan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam yang meraikannya. Semoga kegembiraan ini diraikan dengan penuh kesyukuran.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
(La-in shakartum la-azidannakum)
Maksudnya:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepadamu."

20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M ✨🌙

Pergi ke desa memetik kelapa,
Kelapa muda dibuat hidangan;
Syawal tiba penuh gembira,
Disambut meriah penuh keceriaan. 💚

Syawal tiba membawa kebahagiaan,
Momen untuk kita berkongsi kegembiraan,
Raikan hari yang mulia ini dengan penuh syukur. Semoga Syawal kali ini memberi keceriaan kepada semua. 🌸

Ikhlas Daripada
Encik Aminuddin bin Ab Rahaman
Ketua Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

18/03/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 & 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagian serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐢 𝐛𝐮𝐬𝐚𝐧𝐚,
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐚,
𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐝𝐢𝐩𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚,
𝐌𝐨𝐠𝐚 𝐮𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐢𝐧𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛 𝐑𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

17/03/2026

Saksikan Video Rangkuman Lawatan Tapak Projek Kampung Angkat Madani JPPM Tahun 2026

11 Mac 2026 - Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) telah memilih Kampung Serom 3, Tangkak, Johor sebagai kampung angkat dalam pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) bagi tahun 2026. Pada tahun ini, beberapa projek baik pulih dan naik taraf telah dikenalpasti di beberapa lokasi di sekitar kawasan Kampung Serom 3.

Bagi tujuan tersebut, satu (1) sesi lawatan tapak telah diadakan pada 11 Mac 2026 (Rabu) jam 10.30 pagi di beberapa lokasi cadangan projek yang turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Daerah Tangkak Pejabat Daerah Tangkak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak (MDT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Serom 3. Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan dan mempunyai kemahiran teknikal sebelum projek tersebut mula dilaksanakan.

JPPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah Tangkak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak (MDT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Penghulu Mukim dan pihak JPKK Kampung Serom 3 di atas kerjasama dan pandangan yang dikongsikan semasa lawatan tapak ini diadakan.

JPPM berharap agar projek ini dapat memperkukuh infrastruktur tempatan, meningkatkan kualiti hidup penduduk Kampung Serom 3 dan menggalakkan kerjasama berterusan antara jabatan, agensi serta komuniti setempat.

Photos from Kementerian Sumber Manusia's post 14/03/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Setia Perkasa 4
Putrajaya
62530

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00