Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Website Contact the organization

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Ketahui peluang dan berita terbaru bidang agromakanan dan pertanian

โ€œKerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.โ€

"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ (๐‰๐Š๐๐) ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”PUTRAJAYA, 19 OKTOBER 2026 โ€“ Kerajaan Per...
20/10/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ˆ๐€๐ (๐‰๐Š๐๐) ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

PUTRAJAYA, 19 OKTOBER 2026 โ€“ Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh kerjasama strategik bagi memperkasa sektor agromakanan negara menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Pertanian (JKPP) Sabah Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Wisma Tani, Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, YBhg. Datuk Ts. Haji Jifrin bin Haji Mohamad. Mesyuarat ini antara lainnya menetapkan tumpuan kepada keutamaan pembangunan negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan sumbangan negeri Sabah bagi memperkukuh pengeluaran sektor agromakanan negara.

Ini adalah selari dengan aspirasi menjadikan negeri Sabah sebagai salah satu Hab Pengeluaran Makanan Negara menerusi cadangan projek pemodenan infrastruktur yang berpotensi menyokong peningkatan produktiviti dan pengukuhan rantaian bekalan makanan tempatan melalui Pembangunan Pusat Teknologi Daging oleh Sawit Kinabalu.

Selain itu, mesyuarat turut mencapai keputusan bersama mengenai hala tuju penyaluran peruntukan berkaitan jalan pertanian, ladang dan sawah di negeri Sabah. Usaha ini diharap dapat mengoptimumkan penggunaan tanah bersama Kerajaan Negeri bagi memperkasa aktiviti pertanian.

Di samping itu, KPKM bersama MAFI Sabah komited memperkasa ekonomi biru negeri Sabah melalui pembangunan Kompleks Perikanan Bersepadu di Kampung Kibagu, Sepanggar sebagai Hab Pemprosesan Hiliran, serta kajian kebolehlaksanaan pelabuhan pendaratan perikanan laut dalam di Semporna.

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah merupakan elemen penting dalam memastikan perancangan pembangunan agromakanan dilaksanakan secara terselaras, berfokus dan memenuhi keperluan negeri seterusnya memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.





๐’๐Ž๐Ž๐ ๐’๐Ž๐Ž๐ ๐†๐‘๐Ž๐”๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐’๐ƒ๐€ ๐‰๐”๐‹๐”๐๐† ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“PERRY, GEORG...
20/10/2026

๐’๐Ž๐Ž๐ ๐’๐Ž๐Ž๐ ๐†๐‘๐Ž๐”๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐’๐ƒ๐€ ๐‰๐”๐‹๐”๐๐† ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“

PERRY, GEORGIA, 20 OKTOBER 2026 โ€“ Kecemerlangan sektor agromakanan negara terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa!

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Soon Soon Group, syarikat pemprosesan biji minyak dan pengilang makanan haiwan terbesar di Malaysia, atas kejayaan merangkul anugerah sulung Global Friends of American Agriculture โ€“ Trade Excellence Award (Anugerah Kecemerlangan Perdagangan) daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh Setiausaha Pertanian Amerika Syarikat (AS), Brooke Rollins, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Soon Soon Group, YBhg. Datoโ€™ Dr. Neoh Soon Bin, di Perry, Georgia.

Lebih membanggakan, Malaysia terpilih sebagai antara penerima terawal anugerah julung kali ini bersama 10 negara lain termasuk Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Filipina dan Indonesia.

Soon Soon Group diiktiraf atas peranan signifikannya yang menyumbang lebih 50% jumlah import kacang soya AS ke Malaysia serta mengimport kira-kira 500,000 tan metrik bijirin dan biji minyak setiap tahun.

Pencapaian ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala dalam perdagangan pertanian, malah menyokong industri makanan haiwan, ternakan, serta keselamatan makanan negara secara menyeluruh.

Syabas dan tahniah diucapkan!





[๐ˆ๐๐…๐Ž ๐“๐€๐๐ˆ]๐—ž๐—”๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—–๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—œ๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐— ๐—”๐—กBancuhan bawang putih boleh dijadikan sala...
20/10/2026

[๐ˆ๐๐…๐Ž ๐“๐€๐๐ˆ]

๐—ž๐—”๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—ก๐—–๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—œ๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—œ๐—› ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐— ๐—”๐—ก

Bancuhan bawang putih boleh dijadikan salah satu ikhtiar untuk membantu mengawal lalat putih (Bemisia tabaci) yang menyerang tanaman.

Gunakan bahan yang segar dan bersih. Sebelum menyembur keseluruhan tanaman, uji bancuhan pada sebahagian kecil tanaman terlebih dahulu dan pantau tindak balasnya bagi mengurangkan risiko kerosakan daun.

Elakkan semburan ketika cuaca panas terik bagi mengurangkan risiko daun melecur. Keberkesanan bancuhan ini mungkin berbeza mengikut jenis tanaman dan tahap serangan, serta tidak menjamin lalat putih dapat dihapuskan sepenuhnya.

Pantau keadaan tanaman secara berkala dan dapatkan nasihat daripada Pejabat Pertanian berhampiran sekiranya serangan berterusan.





Poster ini berkongsi kaedah menyediakan bancuhan bawang putih untuk digunakan pada tanaman yang diserang lalat putih (Bemisia tabaci)
Gunakan bahan yang segar dan bersih. Uji pada sebahagian kecil tanaman terlebih dahulu dan perhatikan tindak balasnya sebelum menyembur keseluruhan pokok.
Elakkan semburan ketika panas terik bagi mengurangkan risiko daun melecur.
Bancuhan ini merupakan ikhtiar kawalan, bukan jaminan lalat putih dapat dihapuskan sepenuhnya.
Keberkesanan boleh berbeza mengikut keadaan tanaman dan tahap serangan.
Pantau tanaman secara berkala dan dapatkan nasihat Pejabat Pertanian berhampiran jika serangan berterusan.

๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐“๐„๐‘๐Š๐ˆ๐๐ˆ | ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆLayari laman web rasmi JAS EQMS untuk Kualiti Udara terkini : h...
20/10/2026

๐’๐“๐€๐“๐”๐’ ๐Š๐”๐€๐‹๐ˆ๐“๐ˆ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐“๐„๐‘๐Š๐ˆ๐๐ˆ | ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐€๐†๐ˆ

Layari laman web rasmi JAS EQMS untuk Kualiti Udara terkini : https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main





20/10/2026

๐๐„๐‹๐€๐๐‰๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•: ๐‘๐Œ๐Ÿ.๐Ÿ”๐Ÿ ๐๐ˆ๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐’๐€๐–๐€๐‡

Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.62 bilion bagi menyokong pesawah, bersamaan kira-kira RM4,300 sehektar sawah. Bantuan ini merangkumi subsidi benih, baja dan racun, serta sokongan bagi kos pembajakan dan harga padi demi meringankan beban pesawah dan memperkukuh pengeluaran padi negara.





๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐„๐๐„๐Œ๐”๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐’๐„๐๐€๐๐‰๐€๐๐† ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!๐Ÿ“ข BERITA BAIK BUAT PENDUDUK NEGERI SEMBILAN!Jualan Agro M...
20/10/2026

๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐„๐๐„๐Œ๐”๐ˆ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐’๐„๐๐€๐๐‰๐€๐๐† ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

๐Ÿ“ข BERITA BAIK BUAT PENDUDUK NEGERI SEMBILAN!

Jualan Agro MADANI anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan kembali berlangsung di pelbagai lokasi sekitar negeri ini sepanjang Oktober 2026.

Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui penawaran hasil pertanian segar, produk agromakanan dan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan. Program ini turut membuka peluang pasaran kepada petani, penternak, nelayan serta usahawan tempatan.

๐Ÿ“… ๐—๐—”๐——๐—จ๐—”๐—Ÿ ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ฅ๐—ข ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐Ÿญ๐Ÿฒโ€“๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)
๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ
โ€ข 16 Oktober โ€“ AgroBazaar Rakyat Kg. Mengkan
โ€ข 21 Oktober โ€“ AgroBazaar Kedai Rakyat Simpang Durian
โ€ข 29 Oktober โ€“ Pejabat FAMA Daerah Jelebu

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—›
โ€ข 17 Oktober โ€“ Pasar Tani Kuala Pilah
โ€ข 22 Oktober โ€“ Dewan Orang Ramai, Tanjong Ipoh
โ€ข 24 Oktober โ€“ Pasar Tani Kuala Pilah
โ€ข 30 Oktober โ€“ Perkarangan Pejabat FAMA Kuala Pilah

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐——๐—œ๐—–๐—ž๐—ฆ๐—ข๐—ก
โ€ข 23 Oktober โ€“ AgroBazaar Rakyat Taman Desa PD Sua Betong

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—จ
โ€ข 17 Oktober โ€“ Pasar Tani Rembau
โ€ข 31 Oktober โ€“ Pasar Tani Rembau

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก
โ€ข 23 Oktober โ€“ Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Sembilan
โ€ข 23 Oktober โ€“ Pasar Tani Nusari Biz
โ€ข 27 Oktober โ€“ Pasar Tani Ampangan
โ€ข 28 Oktober โ€“ AgroBazaar Rakyat Warisan Sumber Alam
โ€ข 31 Oktober โ€“ AgroBazaar Rakyat Fikos Ventures

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก
โ€ข 18 Oktober โ€“ Pasar Tani Gemencheh
โ€ข 21 Oktober โ€“ AgroBazaar Rakyat FELDA Jelai 4

๐Ÿ“ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ
โ€ข 18 Oktober โ€“ Pasar Tani Batu Kikir

โฐ ๐—ช๐—”๐—ž๐—ง๐—จ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก
Kebanyakan lokasi beroperasi mulai 8.00 pagi hingga stok habis, kecuali lokasi berikut:
โ€ข 29 Oktober - Pejabat FAMA Daerah Jelebu (8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari)
โ€ข 22 Oktober - Dewan Orang Ramai, Tanjong Ipoh (8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari)
โ€ข 23 Oktober - Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Sembilan (8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari)
โ€ข 23 Oktober - Pasar Tani Nusari Biz (5.00 petang hingga stok habis)
โ€ข 30 Oktober - Perkarangan Pejabat FAMA Kuala Pilah (8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari)

Jangan lepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan sambil menyokong hasil pertanian dan produk usahawan tempatan.

๐Ÿ“ฒ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต, ๐—น๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป.





๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐“๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐”๐‘ ๐’๐‡๐€๐™๐–๐€๐๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐’๐€๐ƒ๐€ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 โ€“ Pegawai Jabatan Pertanian, Puan...
19/10/2026

๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐“๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐”๐‘ ๐’๐‡๐€๐™๐–๐€๐๐ˆ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐’๐€๐ƒ๐€ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€

PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 โ€“ Pegawai Jabatan Pertanian, Puan Nur Shazwani binti Mohd. Salleh mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai antara 100 penerima pengiktirafan FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026 oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO).

Sebagai Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, beliau menyumbang kepada pembangunan pertanian, peningkatan produktiviti dan pendapatan petani, selain memperkasa wanita serta belia dalam sektor agromakanan melalui inovasi, bimbingan teknikal dan amalan pertanian pintar iklim.

Susulan pengiktirafan itu, beliau bersama Ketua Pengarah Pertanian, YBhg. Datoโ€™ Nor Sam binti Alwi mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu di Wisma Tani, pagi ini. Turut ditemui ialah Timbalan Menteri, YB Datuk Chan Foong Hin dan Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham bin Ishak. Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka.

Pengiktirafan ini menjadi kebanggaan Jabatan Pertanian dan inspirasi kepada warga KPKM untuk terus memperkasa komuniti tani serta memperkukuh sistem agromakanan negara yang berdaya tahan dan mampan.





BAKTI KEPADA PETANI BAWA NUR SHAZWANI KE PENTAS DUNIA
PUTRAJAYA, 19 Oktober 2026 โ€” Pegawai Jabatan Pertanian, Puan Nur Shazwani binti Mohd. Salleh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila terpilih sebagai antara 100 wanita yang menerima pengiktirafan FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026.
Pengiktirafan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) itu menghargai sumbangan beliau dalam bidang pertanian, sistem agromakanan dan pembangunan luar bandar.
Susulan pencapaian tersebut, Nur Shazwani bersama Ketua Pengarah Pertanian, YBhg. Datoโ€™ Nor Sam binti Alwi mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabat beliau di Wisma Tani, pagi ini.
Beliau turut berkesempatan bertemu dengan YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham bin Ishak.
Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka.
Sebagai Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, Nur Shazwani menyelia program pembangunan pertanian yang memberi manfaat kepada ribuan petani, usahawan tani dan penduduk luar bandar, selain menggalakkan inovasi, peningkatan produktiviti serta amalan pertanian pintar iklim.
Beliau turut memperkasakan penglibatan wanita dan belia dalam sektor pertanian menerusi bimbingan teknikal, sokongan keusahawanan serta peluang pembangunan keupayaan bagi memperkukuh pembangunan luar bandar yang inklusif.
Melalui pendekatan pengembangan
inovatif, inisiatif nilai tambah agromakanan serta kerjasama antara agensi kerajaan dengan komuniti, beliau membantu meningkatkan pendapatan petani, memperkukuh sistem makanan setempat dan membangunkan rantaian nilai agromakanan yang lebih berdaya tahan serta mampan.
Pencapaian itu menjadi kebanggaan Jabatan Pertanian serta inspirasi kepada seluruh warga KPKM untuk terus meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan menabur bakti kepada golongan sasar.



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

๐Š๐๐Š๐Œ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐’๐‡๐๐Ž๐€๐‘๐ƒ ๐‡.๐„.๐Œ.๐€.๐“.PUTRAJAYA, 19 OKTOBER 2026 โ€“ YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, K...
19/10/2026

๐Š๐๐Š๐Œ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐ƒ๐€๐’๐‡๐๐Ž๐€๐‘๐ƒ ๐‡.๐„.๐Œ.๐€.๐“.

PUTRAJAYA, 19 OKTOBER 2026 โ€“ YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menerima Sijil Penghargaan Penyertaan Inisiatif KPKM Dalam Dashboard H.E.M.A.T. semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini.

Sijil berkenaan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), sebagai penghargaan kepada Inisiatif Penggunaan Terminal Pembayaran Digital di bawah Jabatan Pertanian (DOA) Negeri Melaka.

Sehingga 30 September 2026, sebanyak 36 daripada 198 inisiatif telah dikenal pasti dalam kalangan Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berdasarkan pembaharuan penyampaian perkhidmatan awam melalui nilai-nilai Pegawai Awam H.E.M.A.T.

Kejayaan ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras seluruh warga KPKM yang sentiasa komited memacu transformasi perkhidmatan awam ke arah yang lebih moden, cekap dan berkesan.





๐Ÿ›’ Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta bagi memperl...
19/10/2026

๐Ÿ›’ Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta bagi memperluas pelaksanaan kedua-dua program kepada 35,000 penganjuran.

Peningkatan peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas akses rakyat kepada barangan keperluan pada harga berpatutan, di samping membantu meringankan kos sara hidup.





๐Ÿ›’ Peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta.

๐Ÿ“ˆ Peningkatan peruntukan ini menyasarkan sebanyak 35,000 penganjuran bagi kedua-dua program tersebut.





๐‰๐Ž๐Œ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€๐ˆ ๐‘๐€๐’๐€, ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐๐” ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐๐”๐‹๐€๐‘ ๐๐„๐‹๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ!Dari utara ke selatan, dari pantai timur ke barat, pelbagai ...
19/10/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€๐ˆ ๐‘๐€๐’๐€, ๐‰๐Ž๐Œ ๐’๐„๐‘๐๐” ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐๐”๐‹๐€๐‘ ๐๐„๐‹๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ!

Dari utara ke selatan, dari pantai timur ke barat, pelbagai cita rasa dan keunikan makanan popular dari seluruh negara bakal memeriahkan PROGRAM JUALAN AGRO MADANI MEGA 2026 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu!

Inilah peluang untuk anda menikmati hidangan istimewa, mencuba pelbagai menu kegemaran serta meneroka keunikan sajian yang menjadi kebanggaan setiap negeri dalam satu lokasi.

Ayuh ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menikmati kepelbagaian rasa serta kemeriahan jualan makanan popular pelbagai negeri. Jangan lepaskan peluang!

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿญโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚





Address

Wisma Tani, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan:

Shortcuts

Share