Yayasan Guru Tun Hussein Onn

Website

Yayasan Guru Tun Hussein Onn KEBAJIKAN GURU KEPENTINGAN YGTHO

📣 PENGUMUMAN RASMI🎓 Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Sumbangan Anak Guru Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ta...
30/08/2026

📣 PENGUMUMAN RASMI

🎓 Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Sumbangan Anak Guru Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 telah DITUTUP.

✅ Terima kasih kepada semua yang telah mengemukakan permohonan.

🤝 Segala perhatian, sokongan dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

🌟 Sekian, terima kasih.

🔔🔔 MAKLUMAT TERKINI 🎉 PENGHARGAAN BUAT GURU 🎉📚 Selaras dengan ucapan YB Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Pe...
06/06/2026

🔔🔔 MAKLUMAT TERKINI

🎉 PENGHARGAAN BUAT GURU 🎉

📚 Selaras dengan ucapan YB Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026, satu inisiatif khas telah diperkenalkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik.
🎓 Sebagai tanda penghargaan, guru (ibu/bapa/penjaga) yang mempunyai anak yang memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan SPM Tahun 2025 layak menerima:
💰 Sumbangan khas sebanyak RM1,000 daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO)
📌 Tertakluk kepada garis panduan & syarat yang ditetapkan.

💖 Terima kasih, cikgu! 🌟

👩‍🏫Guru Bitara, Nadi Negara 👨‍🏫

Sumbangan Smart Board Kepada Sekolah Alumni Kakitangan YGTHO
27/05/2026

Sumbangan Smart Board Kepada Sekolah Alumni Kakitangan YGTHO

Program Korban Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 1447H/2026M
27/05/2026

Program Korban Madani Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 1447H/2026M

07/02/2026

📢MAKLUMAN RASMI

📌 Merujuk kepada pengumuman tawaran ABM (Smartboard) oleh YGTHO kepada 100 buah sekolah terawal, adalah dimaklumkan bahawa permohonan kini telah DITUTUP ❌📝

📊 Ini berikutan jumlah permohonan yang diterima telah melebihi kuota yang ditetapkan ✅

🙏💙 Pihak YGTHO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas semua permohonan.

Warga YGTHO mengucapkan sekalung tahniah atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang memb...
05/02/2026

Warga YGTHO mengucapkan sekalung tahniah atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad.

04/02/2026

📢 PENGUMUMAN PENTING

📌 Selaras dengan pengumuman Yang Berhormat Fadlina Sidek, Menteri Pendidikan dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dengan sukacitanya ingin menawarkan Alat Bantuan Mengajar (ABM) kepada sekolah–sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyokong dan memperkasakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru–guru.

🖥️ ABM yang ditawarkan oleh YGTHO adalah SMARTBOARD (SB) dan terhad kepada 100 buah sekolah terawal sahaja.

📝 Syarat-syarat Permohonan ABM YGTHO

✅ Terbuka kepada sekolah–sekolah di bawah Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) sahaja.
✅ Sekolah belum pernah menerima bantuan SB daripada YGTHO atau mana-mana agensi lain.
❌ Sekolah yang telah memiliki SB hasil pembelian sendiri tidak layak memohon.
✅ Permohonan rasmi dibuat oleh pihak sekolah.
✅ Sekolah menyediakan kemudahan asas (elektrik, internet dan ruang yang sesuai).
✅ SB digunakan secara aktif oleh guru–guru dalam PdP.
✅ Satu sekolah hanya layak menerima satu (1) unit SB sahaja.
⚠️ Terhad kepada 100 buah sekolah terawal yang mengemukakan permohonan lengkap.

📄 Dokumen Permohonan ABM YGTHO

📌 Surat rasmi daripada pihak sekolah.
📌 Surat hendaklah menyertakan Kod Sekolah, nama PPD dan JPN.
📌 Surat perlu menyatakan bahawa sekolah tidak pernah memiliki atau menerima SB daripada mana-mana agensi.
📌 Maklumat pegawai yang bertanggungjawab menguruskan SB di sekolah.

⚠️ NOTA PENTING

🚚 SB akan dibekalkan oleh YGTHO.
💰 Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh YGTHO
(penghantaran ke satu lokasi yang ditetapkan oleh YGTHO).
📍 Terhad kepada 100 buah sekolah terawal yang mengemukakan maklumat lengkap.
✉️ Surat permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
•⁠ ⁠Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Guru Tun Hussein Onn
C2-1-01, Ayer@8
Jalan P8G (8C1), Presint 8
62250 Putrajaya
(u.p.: Masrina / Najwa)

📧 Permohonan dihantar melalui emel:

•⁠ ⁠[email protected]
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
•⁠ ⁠03–8890 2825
(Unit Pengurusan Kebajikan YGTHO)
🗓️ Tarikh tutup permohonan:
❗ 15 Mac 2026

Address

C2-1-01, Ayer@8, Jalan P8G (8C1)
Putrajaya
62250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Guru Tun Hussein Onn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share