07/10/2026
π NATIONAL GRADUATE CAREER FAIR 2026: 1,401 PENCARI KERJA BERJAYA MEMPEROLEH PEKERJAAN! π
Karnival kerjaya dua hari anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersama PERKESO melabuhkan tirai dengan pencapaian yang membanggakan dalam memperluas peluang pekerjaan dan memperkukuh kebolehpasaran graduan tempatan.
π ANTARA PENCAPAIAN UTAMA:
π₯ Lebih 7,200 pencari kerja hadir sepanjang dua hari program.
πΌ 1,401 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan secara terus di tapak karnival.
π° 52.91% kekosongan menawarkan gaji melebihi RM3,000 sebulan.
π Tawaran gaji melalui temu duga terus mencecah sehingga RM8,000 sebulan, manakala jawatan berkemahiran tinggi seperti Pengurus IT menawarkan gaji sehingga RM17,000 sebulan.
π Peluang kerjaya yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor utama termasuk ICT, kewangan, pembuatan, profesional, saintifik dan teknikal, pengangkutan serta kesihatan dan kerja sosial.
Selain temu duga terus bersama majikan, pencari kerja turut mendapat manfaat melalui semakan resume profesional, kaunseling kerjaya dan akses kepada pelbagai majikan utama.
Inisiatif KESUMA x PERKESO ini mencerminkan usaha berterusan untuk memastikan pencari kerja, khususnya graduan, mendapat akses kepada peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan aspirasi kerjaya mereka.
π Tahniah kepada 1,401 pencari kerja yang berjaya!
Bagi yang masih mencari peluang, jangan berputus asa. Terus ikuti saluran rasmi KESUMA dan PERKESO untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang serta karnival kerjaya yang akan datang.
Kerjaya Kita, Masa Depan Kita. π²πΎ