Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS

Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS

Share

Bahagian Pembangunan Industri Hiliran,Wisma Tani, Aras1, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62630 Putrajaya.

Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 07/09/2018

TAHUKAH ANDA?

Prinsip β€œpersonal hygiene” di dalam abatoir

1) Memakai pakaian yang bersih serta di lengkapi dengan β€œPersonal Protective Equipment (PPE)” seperti apron, sarung kepala, topi keselamatan, sarung tangan getah dan but.

2) Menbasuh tangan sebelum memulakan kerja penyembelihan dan kerap membasuh tangan semasa kerja-kerja lain dijalankan di dalam abatoir

3) Tidak memakai barangan kemas seperti cincin, jam tangan dan gelang tangan.

4) Memastikan memasuki bahagian penyembelihan dengan memakai pakaian kerja dan peralatan keselamatan yang lengkap sahaja

5) Membasuh dan nyahkuman tangan, peralatan, pakaian sekiranya terdapat sentuhan dengan bahan terkontaminasi yang mungkin mempunyai patogen merbahaya

6) Sebarang luka perlu dibalut dengan pembalut luka kalis air, dan pekerja yang mempunyai luka bernanah p**a tidak boleh ditugaskan dengan kerja berkaitan daging bagi mengelakkan kontaminasi berjangkit bakteria seperti staph aureus

7) Kebersihan dan penggunaan tandas perlu dipantau, serta memastikan kakitangan sentiasa menjaga kebersihan sebelum dan selepas penggunaan tandas bagi mengelakkan kontaminasi berjangkit bakterian salmonella

8) Penjadualan pemeriksaan kesihatan terhadap kakitangan perlu dijalankan

Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 22/08/2018

Program sembelihan korban di kompleks abatoir kota bharu, kelantan pagi ini... lebih mudah dan pantas ibadah korban dilaksanakan dengan menggunakan kemudahan disini... yang penting ianya lebih bersih dan selesa...

Kompleks abatoir kota bharu menyediakan antara kemudahan terbaik di kelantan dan kaedah penyembelihan menepati aspek kebajikan haiwan dan keselamatan pekerja...

Selamat bertugas kepada semua kakitangan kompleks abatoir kota bharu... 😎



Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 22/08/2018

Program sembelihan korban di kompleks abatoir shah alam pagi tadi... penuh kawasan sekitar rumah sembelih dengan pengunjung yang menjalankan ibadah korban seawal pagi...

Kami menggalakkan sembelihan korban untuk dijalankan di rumah2 penyembelihan jabatan bagi memastikan sembelihan yang selamat, suci dan halal serta pengurusan buangan yang lebih teratur...

Lawa dah kompleks abatoir ni... dah mcm ikea... huhu... 😎



22/08/2018

Hukum menyimpan daging korban lebih dari 3 hari...
Rujuk Sumber Asal: https://bit.ly/2MrO3jm

Pastikan juga kaedah penyimpanan daging korban yang baik bagi memastikan daging sentiasa dalam keadaan segar dan selamat untuk dimakan... 😎


21/08/2018

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam, ikhlas daripada warga kerja Bahagian Pembangunan Industri Hiliran...

Selamat menjalankan ibadah korban... pastikan peraturan sembelih, kebajikan haiwan dan keselamatan awam diutamakan... πŸ˜ŽπŸ‘Œ



Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 19/08/2018

Kursus Art of Butchery di Kompleks Abatoir Jejawi, Perlis telah berlangsung pada 13 dan 14hb ogos 2018...

Peserta terdiri daripada kakitangan jabatan dan penternak diterangkan dan di ajar berkenaan kaedah sembelihan, potongan daging premium, pembungkusan dan masakan daging...

Semoga kursus ini bermanafaat untuk semua peserta yang terlibat...



Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 18/08/2018

Program pemantauan sembelihan daripada pegawai2 Jabatan Agama Negeri Pahang di Kompleks Abatoir Kuantan... pastikan premis dan teknik sembelihan yang terbaik, suci dan halal untuk pengguna2 berdaftar rumah sembelih...
Tahniah kepada Kompleks Abatoir Kuantan atas kelulusan pensijilan premis halal...
πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Kepada yang berminat menjadi pengguna berdaftar di Kompleks Abatoir Kuantan, sila berhubung dengan pengurusan kompleks...

14/06/2018

Yeahhh... Esok Raya...!!!πŸŒ‘πŸŒ’πŸŒ“πŸŒ”πŸŒ™
Kami warga Bahagian Pembangunan Industri Hiliran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pelanggan2 dan rakan fb kami....
Semoga anda bergembira dan ceria menyambut hari raya pada tahun ini... 😎




09/06/2018

Perkara 13 kaedah2 binatang kawalan penyembelihan 2009 menyatakan adalah menjadi kewajipan penyembelih ternakan mendapatkan permit sembelihan bagi penyembelihan perayaan sekiranya tidak menyembelih di rumah sembelih jabatan, bagi mengelakkan penularan penyakit ternakan dan kawalan penyembelihan secara levih baik...

*tertakluk kepada arahan dan syarat2 kebenaran sembelih oleh dvs negeri



Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 09/06/2018

Persediaan untuk mantai perdana 2018 negeri sembilan di rumah sembelih senawang... malam ni nak mula program sembelihan... lombu dah ado...

Kepada semua rumah2 sembelih yang terlibat dengan program sembelihan sempena hari raya harap bertabah menjalankan tugas...

*berbuka kopi O mlm ni Norarmi Nordin
*kredit gambar daripada Norarmi nordin




Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 09/06/2018

Selepas seharian sibuk decorate ruang dibahagian... inilah hasilnya... pre-raya...


Photos from Bahagian Pembangunan Industri Hiliran DVS's post 24/05/2018

Berikut merupakan fi yg dikenakan di rumah penyembelihan jabatan berdasarkan kaedah-kaedah penyembelihan (kawalan penyembelihan) 2009. Fi dikenakan adalah utk rumah penyembelihan kategori 3 dan 4 iaitu RM20 dan RM16 bagi lembu/kerbau... perkhidmatan lain disediakan utk bayaran yg berpatutan...
Utk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pengurus rumah penyembelihan jabatan berhampiran anda...


Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Bahagian Pembangunan Industri Hiliran, Wisma Tani, Aras1, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62630