Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

Share

Yayasan Sukarelawan Siswa telahpun ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Me

Objektif penubuhan Yayasan adalah seperti berikut:
(i) Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;

(ii) Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;

(iii) Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap
kesejahteraan masyarakat dunia;

(iv) Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;

(v) Membina hubunga

25/01/2013

Salam dan slmt sejahtera.. Slmt hari jumaat dan selamat beribadah di hari yg mulia ini :D

22/01/2013

*REPOST
Jom semua Sukarelawan Siswa IPT turun beramai-ramai ke Majlis Pelancaran " MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY 2013 " pada 03 Februari 2013 dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kg. Medan Banting Selangor

*Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda

Post sebelum ini tiada tempat.. pada yang berminat boleh la hadir pada hari kejadian untuk menyertai program ini :D

21/01/2013

Jom semua Sukarelawan Siswa IPT turun beramai-ramai ke Majlis Pelancaran " MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY 2013 " pada 03 Februari 2013 dan akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

*Pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda

08/01/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.. Admin ingin meminta maaf kerana kurang update dan juga membalas mesej dari anda semua. Ini kerana terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Jika anda mempunyai soalan, boleh la diajukan kepada admin secara private melalui mesej. Dan juga tidak lupa kepada sesiapa yang mempunyai aktiviti terbuka dan memerlukan publisiti, sila pm ke admin dan kami akan tolong promote kan program anda. :D

Untitled album 06/01/2013

Program Misi Kesukarelawanan Siswa ke Vietnam

RENCANA

Kejayaan Misi Sukarelawan ke Vietnam yang berlangsung selama 14 hari telah mempereratkan lagi hubungan silaturahim bukan sahaja sesama sukarelawan malahan hubungan antara kedua-dua negara ini dapat diperkukuhkan lagi. Misi Sukarelawan ini disertai oleh enam (6) orang mahasiswa terpilih iaitu Iqbal Ismat Nordin dari Universiti Putra Malaysia, Abdul Na’em Suhaime dari Universiti Malaysia Petronas, Wong Kin Lun dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Syafiq Mohd Khairuddin dari Universiti Malaysia Terengganu, Adibah Farliyana Aminordin dari Universiti Malaya dan Esther Yong Hie Ping dari Universiti Sains Malaysia. Secara keseluruhan misi ini dilaksanakan dengan hasrat untuk memberi pendedahan secara komprehensif kepada mahasiswa terpilih untuk mendapatkan pengalaman dalam menjalankan program-program sukarelawan berdasarkan ‘right volunteer for the right job’ iaitu menyumbangkan kemahiran yang ada kepada komuniti setempat di luar negara terutamanya negara-negara dunia ketiga seperti Laos, Cambodia, Filipina, Timor Leste dan sebagainya .

Diari Misi Sukarelawan ke Vietnam pada 8 Disember 2012 telah bermula dari seawal 6.30 pagi di mana para sukarelawan telah memulakan perjalanan mereka menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi penerbangan ke Ho Chi Minh yang berlepas pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan mereka di Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh setelah hampir dua (2) jam perjalanan disambut oleh wakil dari Communist Youth Union, Vue serta atashee dari Education Malaysia, Pejabat Konsul Malaysia di Ho Chi Minh City iaitu Helmy Sulaiman,.

Hari kedua memperlihatkan para sukarelawan dibawa melawat ke tempat bersejarah di Vinh Loc B iaitu sebuah lokasi peringatan mangsa korban peperangan. Perjalanan ke destinasi tersebut hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Semasa lawatan ini, mereka telah diberi peluang menonton video ‘White Night’ yang merupakan paparan kisah benar peperangan tersebut. Hari seterusnya p**a menyaksikan misi ini dimulakan pada pukul 7.00 pagi dan para sukarelawan telah dibawa ke sekolah menengah di Vinh Loc B bagi mengendalikan sesi pengajaran bahasa Inggeris. Sesi pengajaran ini telah diadakan secara berterusan tiga (3) hari berturut-turut selama empat (4) jam sehari membabitkan seramai tujuh (7) orang guru dan 1,200 orang pelajar. Para sukarelawan mengaplikasikan teknik sebutan kepada pelajar sekolah menengah manakala pada peringkat sekolah rendah, para pelajar didedahkan dengan sistem sebutan abjad 26 dengan diselangi pelbagai lagu dan tarian khas yang bersesuaian.

Misi Sukarelawan diteruskan pada 15 Disember 2012 di mana para sukarelawan dibawa ke Ho Chi Minh untuk perjumpaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh, Hely dan Syazyll. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan panduan serta pandangan bagi penambahbaikan misi-misi yang akan datang. Para sukarelawan juga tidak melepaskan peluang melawat ke Ben Thanh Market, Uncle Ho’s Statue serta The Independence Palace yang terletak di Bandar Ho Chi Minh.

Misi diteruskan pada keesokan harinya dengan sesi pembentangan antara Sukarelawan Malaysia dan Vietnam. Sesi perbincangan selama tiga (3) jam ini telah membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan dengan negara, bahasa, budaya, bangsa, agama, matawang, institusi pengajian tinggi dan tempat tarikan pelancong. Sesi bersama kanak-kanak tadika di kawasan Vinh Loc B p**a bermula pada pukul 2.00 petang pada hari yang sama dan kanak-kanak tersebut telah diajar menyanyi dalam bahasa Inggeris, mengenal pasti huruf, nombor serta warna.

Bagi memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan, penjagaan diri dan kebersihan kepada golongan komuniti di Vinh Loc B, para sukarelawan telah mengajar teknik membasuh tangan dengan betul kepada kanak-kanak tadika, demonstrasi cara mnggosok gigi dengan betul kepada pelajar sekolah rendah dan pemeriksaan asas kesihatan bagi penduduk setempat. Misi sukarelawan ini juga telah memberi khidmat bakti kepada komuniti di kawasan perkampungan di Vinh Loc B di mana mereka telah membaik pulih, membersih serta mengecat rumah salah seorang Mother Hero. Mother Hero merupakan ibu kepada pejuang-pejuang yang terkorban semasa perang antara Vietnam dengan Amerika. Beberapa aktiviti telah diadakan untuk kanak-kanak kurang upaya dan miskin di kawasan tersebut. Selesai sesi khidmat bakti, peluang untuk makan tengahari bersama “Vietnamese Heroic Mother” tidak dilepaskan.

Malam Kebudayaan yang diadakan pada malam terakhir bermula pada pukul 6.00 petang bertempat di dewan komuniti Vinh Loc B. Majlis dimulai dengan ucapan daripada Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Dato’ Zuraidah Atan dan diikuti dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vinh Loc B, Tham serta Ketua Sukarelawan Malaysia ke Vietnam, Iqbal Ismat Nordin. Malam kebudayaan ini diceriakan dengan persembahan dari belia Vinh Loc B melalui lagu serta tarian gabungan zapin dan joget. Tidak dilupakan, Communist Youth Union menghadiahkan baju kemeja kepada para sukarelawan sebagai tanda ingatan untuk dibawa p**ang.

Disamping menimba ilmu yang berfaedah, para sukarelawan juga telah mempromosi dan memberi galakan kepada pelajar di sana untuk menyambung pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi di Malaysia. Misi ini juga telah menjadikan mereka lebih tabah dan bijaksana dalam menangani isu-isu kemasyarakatan global. Menurut Iqbal Ismat Nordin, semangat patriotik dan kenegaraan mereka bertambah tinggi kerana kekaguman mereka terhadap semangat rakyat Vietnam yang cintakan negara sehingga sanggup berkorban dalam mempertahankan negara dalam apa jua keadaan. Tambahan beliau semangat gigih mereka harus dijadikan iktibar dan diterapkan dalam diri kita dalam membangunkan negara ke arah kecemerlangan.

Walaupun berbeza bahasa dan budaya, misi ke Vietnam ini telah memberi ruang serta peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman baru bagi meningkatkan jati diri serta semangat cintakan negara serta memberi kesedaran dalam diri mereka dengan sikap toleransi, penyabar serta berkerjasama. Hal ini selaras dengan visi YSS dalam membangunkan Malaysia sebagai hub sukarelawan siswa dan melahirkan Ikon Mahasiswa dalam bidang sukarelawan di pentas global, menjadi contoh kepada mahasiswa tempatan serta meningkatkan daya saing di kalangan mereka.

Konsul Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh berkata, sejarah telah tercipta kerana buat julung kalinya kedua-dua negara bekerjasama untuk menjayakan misi kesukarelawanan ini. Secara tidak langsung hubungan di antara kedua-dua Negara juga dapat dipertingkatkan. Tambah beliau lagi, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Vietnam bakal mencecah usia 40 tahun menjelang tahun 2013 dan pihak Kedutaan Malaysia akan meraikannya.

Untuk melihat gambar semasa misi ini berjalan, klik pautan di bawah

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.561739570521539.140318.394520413910123&type=1

Program Misi Kesukarelawanan Siswa ke Vietnam

Untitled album 06/01/2013

Program Misi Kesukarelawanan Siswa ke Vietnam

06/08/2012

Dear Volunteers ,

Crews Event Needed

Iftar with YB Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Deputy of Prime Minister

Date : 7 August 2012
Venue : PWTC
Time : 1600 pm
Attire : Formal (white & black)
Food & Allownce provided!

Person in-charge
Mr.Zaharrudin : 0123624181

Thank you [:)]

01/08/2012

ESK 2/8/2012. YSS AKN BUKA BOOTH KT UPM.. ADE BUKA POSE BRSAMA MNTRI PNGJIAAN TINGGI DGN PLJR2 IPTA.. :) UPM HERE WE COME..:)

01/08/2012

slmt pg sukarelwan...meh sni tgk ape tu sukarelwan..:)

PANDUAN UNTUK SUKARELAWAN KOMUNITI *
Written by Dr. Azizan Bahari
Friday, 15 July 2011 12:03





Siapa yang Bukan Sukarelawan?
Sukarelawan Komuniti
Mengapa Menjadi Sukarelawan Komuniti?
Prinsip-Prinsip Kerja Sukarela
Kenali Komuniti Anda
Sumber-Sumber Komuniti
Peranan Sukarelawan Komuniti

Siapa yang Bukan Sukarelawan?

Sebelum mengenali sukarelawan elok diperjelaskan dahulu maksud kerja sukarela yang dilakukan oleh sukarelawan.

Apakah Kerja Sukarela?

Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/pihak sasaran (Azizan, 2009).

Siapakah Sukarelawan?

Sukarelawan seorang yang mempunyai minat dan terlibat dalam sesuatu kegiatan sukarela. Sukarelawan juga harus mempunyai sesuatu yang hendak disumbangkan atau diokongsikan dengan pihak sasaran/komuniti seperti pengalaman, fikiran dan ilmu, kemahiran dan kebolehan, tenaga fizikal, dan sebagainya.

Untuk memastikan sama ada seseorang itu sukarelawan sebenar atau tidak elok jika kita cuba meneliti sifat-sifat atau ciri-ciri bukan sukarelawan. Jika kita masih mempunyai sifat-sifat berkenaan maka perlulah kita berusaha untuk memperbetulkannya atau mengatasinya agar dapat menjadi sukarelawan sebenar. Kita sendiri tentulah dapat mengenalpasti dan mengetahui sifat-sifat berkenaan sama ada ia wujud atau tidak dalam diri kita. Orang lain mungkin mengenali kita dari segi luaran sahaja.

Siapakah yang BUKAN sukarelawan sebenar?

Seorang itu bukan sukarelawan sebenar jika dia:

Melakukan kerja / khidmat sukarela dengan terpaksa, yakni bukan bersukarela dengan kehendaknya atau minatnya sendiri, tetapi lebih kerana paksaan atau desakan orang.

Tidak jelas apa yang harus dia lakukan. Dia tidak mengetahui dengan jelas apa yang harus dilakukan dan mengapa melakukannya. Dia juga tidak jelas tentang peranannya (fungsinya) dalam tugasan tersebut – kedudukan dan sumbangannya, dan kesan atau impak yang mungkin terjana daripada kerjanya.

Tiada kesungguhan (komitmen) terhadap kerja/khidmat. Seseorang itu bukan sukarelawan sebenar jika dia melakukan kerja sukarela secara sambil lewa, atau sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Pada zahirnya dia mungkin kelihatan melakukan sesuatu, tetapi dia tidak menjiwai (menghayati) kerja/khidmatnya. Dia boleh dikatakan melakukan sesuatu secara mekanikal, tanpa semangat dan roh (soul).

Sombong. Dia bersikap tidak menghormati komuniti, atau merasakan dirinya penting atau lebih mengetahui tentang sesuatu. Tiada perasaan rendah hati (humbleness/humility) di dalam dirinya. Dia bersikap memandang rendah terhadap orang lain.

Enggan belajar / memperbaiki diri. Tidak berminat atau bersedia untuk mempelajari sesuatu daripada orang lain dan komuniti bagi meningkatkan mutu kerja/khidmat, dan menjadi sukarelawan yang lebih berkesan dan baik.

Bersikap negatif terhadap komuniti / orang. Dia mungkin memberikan khidmatnya tetapi bersikap mencurigai komuniti/kump**an sasaran. Dia tidak yakin terhadap potensi dan kebolehan komuniti. Dia mungkin mengandaikan komuniti lemah, mundur atau tidak mampu berdikari.

Tidak perihatin. Dia tidak mengambil berat atau kurang bertimbang rasa dan sensitif terhadap permasalahan orang dan komuniti. Dia mungkin teragak-agak untuk memberikan bantuan yang diperlukan orang.

Bukan tenaga (buruh) percuma. Sukarelawan bukan buruh percuma yang boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Sukarelawan manusia mulia yang sedia berkongsi dan menyumbang untuk kesejahteraan bersama komuniti. Dia punya maruah dan harga diri. Sumbangannya harus dihargai, bukan dipergunakan untuk memenuhi kepentingan sempit pihak-pihak tertentu.

Tiada sesuatu untuk disumbangkan / dikongsikan dengan komuniti / orang. Seseorang yang ingin bersukarela perlu mempunyai sesuatu yang boleh disumbangkan/dikongsikan dengan orang. Contohnya: idea, ilmu, maklumat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, kearifan, tenaga fizikal dan sebagainya. Apa yang ingin disumbangkan seharusnya diperlukan oleh pihak sasaran, dan sukarelawan harus bersedia dengan sesuatu yang ingin disumbangkan itu.

Tiada persiapan, persediaan, latihan untuk bersukarela. Seseorang bukan sukarelawan sebenar jika dia tidak membuat persiapan untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti.

Mengapa Menjadi Sukarelawan Komuniti?

Setiap orang yang ingin menjadi sukarelawan komuniti tentu mempunyai tujuan atau sasarannya tersendiri daripada penglibatannya. Tujuan atau sasaran ini tidak semestinya sama dengan tujuan kerja sukarela umumnya. Tujuan atau sasaran ini mungkin lebih bersifat peribadi (personal) tetapi baik untuk perkembangan diri sukarelawan dan juga untuk kepentingan bersama komuniti.

Antara tujuan individu sukarelawan yang dimaksudkan ialah:

Amal jariah
Belajar dan mengetahui sesuatu
Mencari pengalaman baharu
Berkenalan
Rasa sepunya
Mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah
Ingin membantu komuniti
Peluang melawat
Meneroka kemahiran yang berbeza
Dorongan atau galakan rakan-rakan/ahli keluarga
Dll.

Prinsip-Prinsip Kerja Sukarela

Prinsip ialah pegangan atau pedoman. Prinsip juga asas penting dalam membuat keputusan atau tindakan. Prinsip membantu dan memandu seseorang dalam kerja dan kehidupannya.

Seperti mereka yang bekerja dengan orang awam, sukarelawan juga harus berkhidmat dengan berpandukan prinsip-prinsip tertentu, antaranya:

i. Sedia berkongsi

ii. Berkhidmat tanpa pilih kasih, atau diskriminasi

iii. Menyumbang/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran matrerial

iv. Bermula dari keadaan dan keperluan komuniti (kepentingan komuniti, bukan kepentingan sukarelawan atau pihak lain)

v. Melibatkan kump**an sasaran dalam sesuatu keputusan dan tindakan

vi. Akur bahawa manusia / insan merupakan sumber utama dalam kerja sukarela

vii. Percaya bahawa setiap orang boleh menyumbang!

Kenali Komuniti Anda

Untuk bekerja dengan komuniti sukarelawan mesti mengenali komuniti sasarannya. Dia perlu mengkaji, merujuk, dan bertanya orang-orang dan pihak-pihak berkenaan tentang komuniti tersebut. Mengenali komuniti akan memudahkan kerja. Mengenali dan memahami komuniti juga memungkinkan kerja dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Beberapa aspek penting tentang komuniti sasaran perlu diketahui, antaranya:

Siapakah anggota-anggota komuniti?
Latar belakang/sejarah komuniti
Kump**an / golongan-golongan yang wujud dalam komuniti
Taraf hidup – ekonomi, sumber pendapatan, tahap pelajaran, gaya hidup, perhubungan dan pergaulan sesama anggota komuniti
Siapakah ketua komuniti, siapa membuat keputusan
Apakah yang diperlukan komuniti?
Sumber-sumber yang terdapat di dalam dan di sekitar komuniti

Sumber-Sumber Komuniti

Apakah aset, potensi, kemahiran dan kebolehan yang terdapat di dalam dan di sekitar komuniti? Ini bermaksud sumber-sumber komuniti. Perancangan dan pelaksanaan kerja dalam komuniti mesti mengambil kira sumber-sumber komuniti sendiri, bukannya mengharapkan bantuan atau tajaan luar sahaja. Malah, dalam bekerja dengan komuniti sukarelawan seharusnya berusaha ke arah membantu komuniti agar dapat berdikari, termasuk melalui penggunaan sumber-sumber tempatan.

Pelbagai bentuk sumber terdapat di dalam dan di sekitar komuniti, dan ini harus diketahui sebaiknya. Sumber-sumber itu meliputi:

Pengalaman
Ilmu pengetahuan
Tenaga mahir
Kepakaran dan kebolehan
Pertubuhan sukarela / Jawatankuasa penduduk
Kump**an / kelompok
Jabatan / agensi Kerajaan
Sekolah, institusi pengajian, pusat latihan, pusat sumber
Sumber alam tempatan
Material dan kewangan
Teknologi (khususnya teknologi yang sesuai, menjimatkan kos, dan mudah digunakan komuniti, termasuk teknologi tradisional)
xii. Perhubungan, kerjasama, perpaduan, networking
Nilai-nilai dan norma-norma positif komuniti
Dll.

Semua sumber yang dinyatakan ini berpotensi membantu usaha-usaha sukarelawan dalam komuniti. Sesetengahnya sudahpun membantu, manakala yang lain mungkin belum diterokai potensinya. Mengetahui sumber-sumber yang ada di dalam komuniti bererti mengetahui potensi dan keupayaan komuniti yang sedia ada. Ia juga membantu memperkasakan komuniti, yakni membangunkan kesedaran dan keyakinan diri komuniti, memberanikan mereka membuat keputusan serta mengambil inisiatif dan tindakan bersama. Sudah tentu ia juga menjanjikan kelancaran dan kejayaan sesuatu usaha yang dilaksanakan.

Peranan Sukarelawan Komuniti

Dalam keadaan tertentu, sukarelawan komuniti dituntut memainkan peranan-peranan tertentu. Kadang kala beberapa peranan berikut dimainkan atau berjalan serentak. Antara peranan-peranan tersebut ialah:

Pemangkin (katalis)
Pembantu
Pendorong
Penyusun/penggerak
Perunding
Fasilitator (pemudah cara)
Jurulatih
Penyelaras
Pembela (advokat)

Untuk berupaya memainkan peranan-peranan ini maka sukarelawan komuniti perlu berusaha lebih gigih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, sikap, semangat, dan kemahiran tertentu. Dia mesti rajin belajar dan gigih memperbaiki diri.

Demikian sedikit panduan dan ingatan untuk sukarelawan komuniti. Sekian, selamat bersukarela dengan komuniti!

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

YAYASAN SUKARELAWAN SISWA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, ARAS 5, NO 2, MENARA 2, Jalan P5/6, PRESINT 5
Putrajaya
62200