National Property Information Centre - NAPIC

  • Home
  • National Property Information Centre - NAPIC
Call Directions Website

National Property Information Centre - NAPIC Pusat Maklumat Harta Tanah Negara - NAPIC

30/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2026. Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur selamanya.

Semarakkan semangat kemerdekaan dengan penuh rasa syukur dan bangga sebagai rakyat Malaysia.

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

SESI PERBINCANGAN NAPIC PERLIS BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN NEGERI PERLIS (MPNPs)20 Ogos 2026 | Kangar – Unit Informasi Ha...
20/08/2026

SESI PERBINCANGAN NAPIC PERLIS BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN NEGERI PERLIS (MPNPs)

20 Ogos 2026 | Kangar – Unit Informasi Harta (NAPIC) Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perlis telah mengadakan Sesi Perbincangan Bersama Majlis Perbandaran Negeri Perlis (MPNPs) sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara kedua-dua pihak.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Sr. Azizierul bin Ramli, Pengarah Penilaian Negeri Perlis dan turut dihadiri oleh Encik Abdul Rahman Madri bin Che Ahmad, Pengarah OSC MPNPs; Encik Nazlee bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPNPs; serta Puan Aklyn Nurnatasha binti Mohamad, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPNPs.
Sesi ini juga turut disertai oleh wakil dari Unit NAPIC Alor Setar iaitu Puan Nurhaida binti Abdullah dan Puan Suharliza binti Saad.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan isu dan persoalan yang berbangkit di Laman Sesawang OSC 3 Plus Online, di samping perkara-perkara berkaitan yang memerlukan penelitian, penjelasan dan penyelarasan bersama antara NAPIC Perlis dan MPNPs.

Sesi ini turut menjadi medium untuk bertukar pandangan, memperkemas kefahaman serta memperkukuh koordinasi antara agensi, khususnya dalam menangani isu-isu yang berkaitan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara lebih cekap, responsif dan berkesan.

NAPIC Perlis komited untuk terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan dalam mendukung penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta memberi manfaat kepada rakyat.

Program Libat Urus NAPIC Jertih Bersama Pembekal Data Sepanjang Bulan Ogos 2026, NAPIC Jertih telah melaksanakan program...
19/08/2026

Program Libat Urus NAPIC Jertih Bersama Pembekal Data

Sepanjang Bulan Ogos 2026, NAPIC Jertih telah melaksanakan program libat urus bersama pembekal data NAPIC sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuhkan kerjasama strategik serta meningkatkan keberkesanan proses pengumpulan data pasaran harta tanah.

Program ini melibatkan sesi perbincangan dan perkongsian bersama pembekal data bagi memastikan maklumat berkaitan pasaran harta tanah dapat dikumpulkan secara lebih sistematik, tepat dan terkini. Kerjasama berterusan daripada pembekal data amat penting dalam menyokong penyediaan statistik serta laporan pasaran harta tanah yang berkualiti.

Pembekal data yang terlibat adalah seperti berikut:

1. MZ Primabina
2. Firsthouse Enterprise

Melalui program ini, NAPIC berharap hubungan kerjasama bersama pembekal data dapat terus diperkasakan bagi memastikan proses pengumpulan data NAPIC dilaksanakan secara lebih cekap, menyeluruh dan berkesan dalam menyokong penyediaan maklumat pasaran harta tanah yang komprehensif.

18/08/2026
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐏𝐀𝐌), 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐏𝐈𝐂18 Ogos 2026, Pu...
18/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐏𝐀𝐌), 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐏𝐈𝐂

18 Ogos 2026, Putrajaya - Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil, Pengarah Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

Pengarah NAPIC, Sr Norhisham bin Shafie bersama-sama Puan S. Zulifahalila binti Abbas @ Ahmad (Timbalan Pengarah Bahagian Inventori) serta kakitangan Bahagian Inventori NAPIC telah menerima kunjungan hormat tersebut bagi membincangkan berkenaan penerbitan-penerbitan NAPIC, perkongsian maklumat berkaitan pasaran harta tanah serta situasi semasa harta tanah negara.

Sesi perbincangan turut memberi pendedahan berkaitan peranan NAPIC dalam penyediaan data dan laporan pasaran harta tanah yang komprehensif bagi menyokong perancangan serta pembangunan sektor perumahan negara.

Kunjungan ini juga membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama strategik antara NAPIC dan PPAM pada masa akan datang, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan penyampaian data harta tanah yang berkaitan.

03/08/2026

Minat dalam bidang hartanah? Kerjaya profesional anda boleh bermula seawal selepas SPM! 🏘️📚

Tahukah anda, Institut Penilaian Negara (INSPEN) menyediakan laluan pendidikan yang membuka peluang kerjaya dalam industri hartanah yang semakin berkembang?

Ikuti perkongsian eksklusif dalam Inspirasi Pagi IKIMfm bertajuk:

🎙️ INSPEN: Laluan Pendidikan Lepasan SPM dan Profesional – Kerjaya Hartanah Bermula di Sini

Bersama:
Sr Rosliza Binti Ramli
Pengarah, Institut Penilaian Negara (INSPEN)

🗓️ 3 Ogos 2026 (Isnin)
🕤 9.30 pagi
📻 IKIMfm
📱 Tonton juga secara LIVE di Facebook IKIMfm

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali prospek pendidikan dan kerjaya dalam bidang hartanah serta mengetahui bagaimana INSPEN dapat membantu anda membina masa depan yang cemerlang.

01/08/2026

🇲🇾 16 September 1963 merupakan detik bersejarah apabila Malaysia secara rasminya ditubuhkan.

Marilah kita terus menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta memperkukuh semangat perpaduan demi kemajuan dan kemakmuran negara.







Sumber: Kementerian Komunikasi

Regional Housing Conference 2026NAPIC telah dijemput untuk membuat pembentangan sempena Regional Housing Conference 2026...
29/07/2026

Regional Housing Conference 2026

NAPIC telah dijemput untuk membuat pembentangan sempena Regional Housing Conference 2026 anjuran REHDA INSTITUTE dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dalam sesi bertemakan Smart & Urban Cities, Puan S. Zulifahalila binti Abbas @ Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Inventori Harta Tanah telah menyampaikan pembentangan bertajuk:

“Turning Property Data into Better Housing Outcomes : A strategic perspective from NAPIC on diagnosing, tracking, and resolving Malaysia’s unsold property challenge through advanced analytics and industry collaboration.”

Pembentangan tersebut mengetengahkan pendekatan NAPIC dalam memanfaatkan data harta tanah nasional, kecerdasan buatan (AI) dan analitik data bagi menyokong perancangan strategik serta intervensi berasaskan bukti dalam menangani isu unit kediaman siap tidak terjual di Malaysia.

NAPIC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada REHDA Institute dan KPKT atas jemputan serta penganjuran persidangan ini yang menjadi platform penting untuk perkongsian ilmu, idea dan amalan terbaik ke arah pembangunan sektor perumahan yang lebih mampan, pintar dan berdaya saing.

KUNJUNGAN HORMAT DARI BAHAGIAN BANCI PENDUDUK DAN DEMOGRAFI, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) KE PUSAT MAKLUMAT HARTA ...
23/07/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARI BAHAGIAN BANCI PENDUDUK DAN DEMOGRAFI, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM) KE PUSAT MAKLUMAT HARTA TANAH NEGARA (NAPIC)

23 Julai 2026 - S. Zulifahalila binti Abbas @ Ahmad (Timbalan Pengarah Bahagian Inventori Harta Tanah) bersama-sama Pegawai-Pegawai Bahagian Inventori Harta Tanah telah menerima kunjungan hormat dari Ketua Delegasi, En Jefri bin Ab Ghani, Ketua Penolong Pengarah . Bahagian Banci Penduduk dan Demografi dan pasukannya.

Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perolehan data berkaitan pembangunan harta tanah baharu siap di Malaysia untuk dilestarikan bersama Pelan Pemetaan Tempat Kediaman bagi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030 yang lebih sistematik dan komprehensif.

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60388869000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Property Information Centre - NAPIC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share