10/07/2026
PROGRAM CAPEE PERKUKUH KOMPETENSI TENAGA PENGAJAR KEUSAHAWANAN IPT
KUALA LUMPUR, 9 Julai 2026 – Program Certified Advanced Programme Entrepreneurship Educators (CAPEE) 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berakhir dengan jayanya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Fazidah binti Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT.
Program ini merupakan program pensijilan keusahawanan peringkat lanjutan yang melibatkan tenaga pengajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang bermatlamat memperkukuh kompetensi mereka dalam bidang keusahawanan melalui pembangunan modul yang sistematik serta kolaborasi strategik dengan industri, bagi memastikan pendidik keusahawanan IPT adalah bertauliah, berwibawa dan berkesan dalam membimbing pelajar di IPT masing-masing. Seramai 43 peserta yang terdiri daripada wakil universiti awam, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta SME Corporation Malaysia telah mengikuti program ini.
Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026–2030, Program CAPEE menzahirkan komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di IPT khususnya menerusi pemerkasaan tenaga pengajar keusahawanan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta program dan barisan penerima anugerah:
1. Anugerah Keusahawanan Cemerlang
• YBrs. Encik Ahmad Syakir bin Junoh @ Ismail (Universiti Malaysia Kelantan)
• YBrs. Dr. Johanna binti Abdullah Jaafar (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
• YBrs. Dr. Azlini binti Chik (Universiti Sultan Zainal Abidin)
• YBrs. Dr. Norzalizah binti Bahari (Universiti Malaysia Kelantan)
• YBrs. Dr. Iszan Hana binti Kaharudin (Universiti Kebangsaan Malaysia)
2. Anugerah Pembentang Terbaik
• YBrs. Dr. Al Amirul Eimer bin Ramdzan Ali (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
3. Anugerah Bitara Perunding Keusahawanan
(Kumpulan 1)
• YBrs. Dr. Azlini binti Chik (Universiti Sultan Zainal Abidin)
• YBrs. Dr. Johanna binti Abdullah Jaafar (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
• YBrs. Puan Lailatul Faizah binti Abu Hassan (Universiti Teknologi MARA)
• YBrs. Encik Aminuddin bin Mohamed (SME Corporation Malaysia)
(Kumpulan 2)
• YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Norliyati Binti Mohd Amin (Universiti Teknologi MARA)
• YBrs. Dr. Norzalizah Binti Bahari (Universiti Malaysia Kelantan)
• YBrs. Dr. Al Amirul Eimer Bin Ramdzan Ali (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
• YBrs. Encik Mohd Naim Bin Kamaruzaman (Universiti Malaysia Sarawak)
• YBrs. Puan Zainebbeevi Binti Kamalbatcha (Universiti Malaysia Terengganu)
• YBrs. Puan Nur Hanani Binti Daud (Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti)
4. Anugerah Emas
• YBrs. Encik Ahmad Syakir bin Junoh @ Ismail (Universiti Malaysia Kelantan)
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdulllah, Naib Canselor UMK, YBrs. Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff, Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, YBrs. En. Czarif Chai bin Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Perniagaan, SME Corp. Malaysia selaku rakan strategik program dan YBrs. En. Hazlan Bin Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT.