22/04/2026
π’Hebahan : Kursus Pengauditan dan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPNIN 2026π’
Unit Inovasi dan Kualiti (UNIQ) dengan kerjasama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menganjurkan Kursus Pengauditan dan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPNIN 2026 seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 28 hingga 30 April 2026
π Tempat: Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur
π©βπ» Sasaran: Juruaudit EKSA baharu
Kursus ini memberi penekanan kepada pemantapan pengetahuan, kemahiran pengauditan serta persediaan ke arah pensijilan EKSA di peringkat jabatan.
ποΈ*Topik utama:*
* Pengenalan kepada Audit dalam EKSA
* Tatacara Pengauditan
* Pemarkahan EKSA
* Laporan Penemuan Audit dalam EKSA
Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster.
Tarikh akhir permohonan: sebelum 28 April 2026
13/04/2026
π’IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) 2026: SIRI #3π’
π Topik: BULI DI TEMPAT KERJA? JOM AMBIL TAHU
π€ Penceramah: Tuan Haji Muhammad Izuddin bin Ghazali, Ketua Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Tuanku Jaafar Seremban
π Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
π Masa: 2.30 hingga 4.30 petang
π Platform: Cisco Webex
π Pendaftaran & Pautan Mesyuarat:
Pautan pendaftaran: https://forms.gle/fyYrU2zP8ZQu8yUA8
Pautan Webex: https://jpnin.webex.com/jpnin/j.php?MTID=m1c80b200e8f8809a918cf00850ea13fc
β‘ Buli di tempat kerja bukan perkara kecil.
Ia boleh menjejaskan emosi, kesejahteraan dan persekitaran kerja secara keseluruhan.
Adakah kita benar-benar peka terhadap tanda, kesan dan cara menanganinya?
05/03/2026
π’Hebahan IKLIN ETS #2/ 2026 π’
π©βπ¦°π§βπ¦°Belia hari ini bukan sekadar βbakal pemimpin masa depanβ. Mereka adalah pemimpin hari ini β sama ada kita sedar atau tidak. Namun, adakah kita benar-benar memperkasa mereka atau sekadar memberi ruang simbolik?
Ikuti kupasan mendalam dalam IKLIN ETS Siri 2 bertajuk βBelia Nadi Komuniti Progresifβ.
Jangan lupa temujanji kita pada 12 Mac 2026, jam 10.00 pagi!!
27/02/2026
BENGKEL PEMURNIAN JURNAL
Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat (BPKM), Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Jurnal Perpaduan yang melibatkan penyertaan agensi luar bagi memperkukuh kandungan serta kualiti penerbitan jurnal.
π
27 Februari 2026 (Jumaat)
π Bilik Mesyuarat Utama IKLIN, Aras 7
π©βπΌ Dipengerusikan oleh Puan Suraya binti Wen, Pengarah IKLIN
27/02/2026
SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN MODUL MEMASYARAKATKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN BINA NEGARA BANGSA
Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat (BPKM), Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pembangunan Modul Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan dan Bina Negara Bangsa dengan penglibatan agensi Kerajaan, agensi luar serta badan bukan kerajaan (NGO).
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan pandangan, perkongsian kepakaran serta cadangan penambahbaikan daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi memperkukuh pembangunan modul yang memfokuskan kepada pemahaman Perlembagaan Persekutuan serta pembinaan negara bangsa yang berteraskan perpaduan, integrasi nasional dan nilai kenegaraan.
π
26 Februari 2026 (Khamis)
π Bilik Mesyuarat Integrasi, Aras 9
π©βπΌ Dipengerusikan oleh Puan Suraya binti Wen
Pengarah
Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)
25/02/2026
π’ HEBAHAN KURSUS PEMAHAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL 2026
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menganjurkan:
Kursus Pemahaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2026
π 26 Februari 2026 (Khamis)
β° 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
πDalam talian
Kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan pelaksanaan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih teratur, kondusif dan profesional.
Semua kakitangan JPNIN serta guru dan pendidik Tabika dan Taska Perpaduan dijemput menyertai.
Sila berhubung dengan JK Latihan EKSA bagi mendapatkan maklumat lanjut dan kaedah penyertaan.
24/02/2026
β¨ Terima Kasih atas Penyertaan Anda!
Penghargaan kepada semua peserta IKLIN Executive Talk Series 2026 (ETS #1).
Semoga sesi Wawancara Integriti: Kesedaran dan Pemahaman Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] memberi manfaat dan memperkukuh komitmen kita terhadap budaya integriti.
Jumpa lagi dalam siri ETS seterusnya.
23/02/2026
π’ PEMAKLUMAN TERKINI
IKLIN EXECUTIVE TALK SERIES (ETS) #1 TAHUN 2026
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua, terdapat perubahan platform bagi pelaksanaan IKLIN Executive Talk Series (ETS) #1 Tahun 2026.
Sesi ini kini akan dijalankan melalui Webex (bukan lagi Google Meet) seperti butiran berikut:
π Meeting Link:
https://jpnin.webex.com/jpnin/j.php?MTID=mb14cd1a2a43223dacd2669e4aaf4e045
π’ Meeting Number:
2556 207 9945
π Meeting Password:
iklin
Mohon semua peserta memastikan akses menggunakan pautan Webex yang dikemas kini ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada hari program.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. Jumpa anda di sesi ETS #1! πΌβ¨