03/06/2026
PUTRAJAYA, 20 - 21 Mei 2026 - Kursus Asas Perlembagaan Persekutuan Vol. 5 telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan pada 20 dan 21 Mei 2026 di Dewan Jamuan 1, Aras 11, Jabatan Peguam Negara.
Ceramah bagi kursus ini telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam, ahli akademik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu.
Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai di Jabatan Peguam Negara dan agensi awam yang lain.
01/06/2026
Sekalung Tahniah kepada YAA TUN WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH, KETUA HAKIM NEGARA atas pengurniaan DARJAH SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) yang membawa gelaran TUN sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.
Ikhlas daripada;
YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar
PEGUAM NEGARA
dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara.
31/05/2026
πππ¨πππ§ π§π¨ππ‘ππ¨
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada:
YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar
PEGUAM NEGARA
dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara
30/05/2026
Jabatan Peguam Negara mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha.
Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua, serta terus menyemai nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati dalam masyarakat majmuk negara kita.
Selamat Hari Wesak.
Ikhlas daripada;
YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar
PEGUAM NEGARA
dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara
30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Selamat Hari Gawai buat semua yang meraikannya.
Ikhlas daripada;
YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar
PEGUAM NEGARA
dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara
26/05/2026
SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, marilah kita bersama-sama menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia serta mengukuhkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam perkhidmatan awam.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ikhlas daripada;
YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar
PEGUAM NEGARA
dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara
24/05/2026
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2026 β YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah menghadiri Sesi Penutupan Program Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam yang berlangsung di The Vertical, Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, Kuala Lumpur.
YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah hadir dan menyempurnakan sesi Perasmian Penutup tersebut. Turut hadir dalam Sesi Penutupan tersebut ialah Peguam Cara Negara, YBhg. Datoβ Suzana binti Atan, Ketua Bahagian Pendakwaan, YBhg. Datoβ Masri bin Mohd Daud serta beberapa Timbalan Pendakwaraya, Bahagian Pendakwaan, AGC.
Program Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam yang berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2026 ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia.
Penganjuran program ini bertujuan mengkaji trend terkini jenayah penipuan dalam talian (online scam), membincangkan cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasaan dari aspek teknikal, operasi, siasatan dan pendakwaan serta memperkukuh kolaborasi dan kerjasama strategik antara agensi yang terlibat.
Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi memperincikan pendekatan dan penyelesaian terbaik dalam usaha memperkasakan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan mencabar.
Diharap program ini dapat memperkukuh kerjasama antara agensi dalam membanteras jenayah penipuan dalam talian demi melindungi masyarakat daripada ancaman scam siber.
24/05/2026
KUALA LUMPUR, 23β24 Mei 2026 β YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah selesai menghadiri program βAI Leadership for Public Sector Stewardshipβ di Asia School of Business.
Kursus yang turut disertai oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan yang lain dianjurkan bagi mengetengahkan peranan dan fungsi kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Penyertaan dalam kursus ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan sektor awam untuk memahami serta memanfaatkan teknologi AI secara bertanggungjawab dan berkesan.
21/05/2026
KLANG, SELANGOR, 21 Mei 2026 β Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor Darul Ehsan Kali Ke-87 Bil. 1 Tahun 2026
YBhg. Tan Sri Peguam Negara hari ini hadir sebagai salah seorang ahli dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor Darul Ehsan Kali Ke-87 Bil. 1 Tahun 2026 yang telah diadakan di Balai Pengampunan Negeri, Istana Alam Shah, Klang.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut dihadiri antaranya oleh YAB Menteri Besar Selangor, Datoβ Seri Amirudin bin Shari, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, YB Tuan Mohamad Onn bin Abd. Aziz, serta beberapa ahli Lembaga Pengampunan yang lain.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung dengan penuh tertib dan membincangkan perkara-perkara berkaitan selaras dengan peranan serta tanggungjawab Lembaga Pengampunan Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.