AADK Putrajaya

Call Website Contact the organization

AADK Putrajaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Putrajaya, Aras 3, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

AADK Putrajaya diwujudkan bagi memastikan warga Putrajaya tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah


https://www.tiktok.com/?_t=8oKlZhWW4jx&_r=1
(Jom Follow dan Support Tiktok AADK WP Putrajaya)

07/10/2026
07/10/2026

Sekali terjatuh dalam lubang yang dalam, harganya bukan sekadar rim yang pecah. Tapi, absorber pun boleh rosak.

Macam tu lah dalam hidup. Kita semua sedang dalam perjalanan. Tapi, adakah kita menuju ke destinasi yang benar? Hidup ini seperti dalam gambar. Ada jalan yang nampak macam jalan pintas, nampak macam boleh buat kita lari dari stres dunia. Tapi sebenarnya itu lorong buntu yang bakal perangkap kita sampai kita hilang arah.

Oleh itu kita kena berhati-hati. Pengaruh negatif ini sangat licik. Dia tidak datang dengan rupa yang menakutkan, dia datang dengan rupa yang menarik, akan tetapi, ia boleh merosakkan masa depan kita dalam diam.

Pastikan haluan kita jelas. Tidak perlu ikut orang kalau jalan tu kita tahu akan membawa ke arah kehancuran. Perkara yang paling menarik adalah apabila kita boleh tidur nyenyak dalam keadaan hati yang lapang dan minda yang jernih tanpa perlu bergantung pada bahan terlarang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



🔥 PUTRAJAYA, KITA ON! 🔥📍 3 Oktober 2026 | Dewan Komuniti Presint 11AADK Putrajaya turun padang memeriahkan Mini Karnival...
03/10/2026

🔥 PUTRAJAYA, KITA ON! 🔥

📍 3 Oktober 2026 | Dewan Komuniti Presint 11

AADK Putrajaya turun padang memeriahkan Mini Karnival Komuniti Putrajaya Zon 6! 🎉

🎯 Goncang & Lumba
⚡ Siapa Cepat
❌⭕ Tic Tac Toe
🧪 Pameran dadah & bahan terlarang

Tak cukup dengan aktiviti menarik, SKUAD AADK Putrajaya turut membuka kaunter pendaftaran! 💪

🤝 Jom jadi AGEN PERUBAHAN!
🏃‍♂️ Riadah • 🛠️ Bengkel • 📚 Aktiviti kesedaran

Komuniti aktif, komuniti sihat, komuniti bebas dadah! 💙

01/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78

Sempena Hari Pendaftaran Negara ke-78, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan ucapan selamat dan penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas komitmen berterusan dalam memastikan pengurusan identiti dan pendaftaran rakyat sentiasa terpelihara, cekap dan berintegriti.

Identiti yang sahih merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang selamat, teratur dan berdaulat.

Semoga semangat “Identiti Amanah Negara” terus menjadi landasan dalam memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat dan negara.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
serta seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan








30/09/2026
30/09/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail atas penganugerahan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.K.K) yang membawa gelaran Dato’.

Penganugerahan ini adalah bersempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57.

Semoga penganugerahan ini menjadi satu penghormatan yang bermakna serta menyuntik semangat untuk terus menabur bakti dan memberikan khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada:
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
serta seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

30/09/2026

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang yang kita rasa bersalah. Kita sangka kita sedang menegakkan kebenaran, tapi sedarkah kita? Kita sebenarnya sedang berkongsi dosa membunuh semangat sesama manusia.

Apabila seseorang tersilap langkah, kita beramai-ramai 'menguburkan' mereka dengan maki hamun. Adakah itu sifat kita sebagai manusia yang beradab?

Ingat, setiap perkataan yang kita taip itu akan dihisab. Jangan sampai satu hari nanti, kita tersedar yang 'hiburan' kita di media sosial telah menyebabkan seseorang kehilangan keinginan untuk hidup. Pulihkanlah komuniti kita bermula dengan lisan dan tulisan yang baik.

Agak-agak anda, adakah anda menggunakan media sosial untuk memberi kekuatan kepada orang lain, atau anda lebih selesa menjadi 'hakim' yang tidak bergaji di ruangan komen?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Aras 3, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Putrajaya:

Shortcuts

Share