Jabatan Pembangunan Wanita - JPW

Call Website Contact the organization

Jabatan Pembangunan Wanita - JPW Boleh rujuk di laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkenaan JPW: http://www.jpw.gov.my

ā€œKerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.ā€..
"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."

Sesi Libat Urus Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bersama agensi kerajaan menjadi platform memperkukuh kerjasama strategi...
21/10/2026

Sesi Libat Urus Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bersama agensi kerajaan menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik serta menyelaras usaha pemantauan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 (DWN-PTPW) bagi tahun 2026 ke arah memperkasa wanita.

"Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara"





YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Puan Hanani Sapit hari ini hadir ke program yang dirasmikan oleh Y...
21/10/2026

YBrs. Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Puan Hanani Sapit hari ini hadir ke program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu ā€œKempen PINK CaRe: Program Kesedaran Kanser Payudara 2026 Peringkat Kebangsaanā€ di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).

Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2007 ini menggalakkan pengesanan awal kanser payudara dan terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang memenuhi kriteria kelayakan.

Pelaksanaan program ini disokong oleh penglibatan 67 buah pusat mamogram panel LPPKN yang merupakan agensi dibawah KPWKM.





SESI KUNJUNGAN HORMAT JKTGS UPSI KE JPW21 Oktober 2026 JPW telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Teras A...
21/10/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT JKTGS UPSI KE JPW

21 Oktober 2026

JPW telah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Teras Anti Gangguan Seksual (JKTGS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Marinah binti Awang.

Sesi ini menjadi platform perkongsian pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh usaha pencegahan gangguan seksual, khususnya dalam konteks institusi pendidikan tinggi.
Perbincangan turut menyentuh peranan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] serta Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) dalam menyediakan saluran penyelesaian yang mudah diakses kepada mangsa gangguan seksual.

JPW berharap kunjungan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama strategik yang lebih erat bersama UPSI dalam memperluas advokasi, meningkatkan kesedaran serta memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, inklusif dan bebas daripada gangguan seksual.

Bersama memperkasa advokasi, memperkukuh pencegahan dan membudayakan persekitaran bebas gangguan seksual.





Media Telus (Berita Semasa) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kegana...
20/10/2026

Media Telus (Berita Semasa)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keganasan ekonomi perlu diberikan perhatian serius kerana penderaan rumah tangga bukan hanya membabitkan kekerasan fizikal atau lisan.

Berita penuh di IG Story

20/10/2026

KEGANASAN TERHADAP WANITA: MELANGKAUI PENDERAAN FIZIKAL, PERLU PERHATIAN SERIUS

'Yang sahih di RTM'
BersamaMalaysiaku RancakkanMADANI

Bernama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan kira-kira RM1 juta tahun ini bagi...
20/10/2026

Bernama

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan kira-kira RM1 juta tahun ini bagi membantu wanita yang berdepan kesukaran kewangan, termasuk mangsa keganasan rumah tangga yang perlu membawa anak-anak dan meninggalkan pasangan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu adalah sebahagian daripada langkah memperkukuh perlindungan dan bantuan kepada mangsa, merangkumi sokongan kewangan, khidmat guaman, intervensi awal serta penempatan sementara melalui kerjasama badan bukan kerajaan.

ā€œKPWKM turut mempergiat program kesedaran bagi membantu wanita mengenal pasti bentuk penderaan, memahami hak di sisi undang-undang serta mendapatkan perlindungan dan bantuan untuk keluar daripada persekitaran rumah yang membahayakan,ā€ katanya.

Klik pautan di IG Story atau layari Bernama.com untuk berita penuh.

Harian Metro   JPW perkukuh usaha tangani keganasan terhadap wanita
20/10/2026

Harian Metro

JPW perkukuh usaha tangani keganasan terhadap wanita

Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempergiat usaha menangani keganasan terhadap wanita melalu...
20/10/2026

Jabatan Penerangan Malaysia

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempergiat usaha menangani keganasan terhadap wanita melalui program advokasi, intervensi awal dan sokongan pemulihan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta membantu mangsa mendapatkan perlindungan. šŸ›”ļø





ROTIKAYA Kadang-kadang kita nampak apa yang berlaku dalam rumah tangga orang lain sebagai masalah peribadi. Tapi hakikat...
20/10/2026

ROTIKAYA

Kadang-kadang kita nampak apa yang berlaku dalam rumah tangga orang lain sebagai masalah peribadi. Tapi hakikatnya, keganasan rumah tangga bukan isu yang boleh dipandang sebelah mata, apatah lagi disuruh ā€˜selesaikan sendiri’.

Lebih membimbangkan, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 5,278 kes keganasan rumah tangga di seluruh negara sehingga Ogos 2026. Jumlah ini meningkat berbanding 5,041 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Info lanjut klik di IG story atau terus ke website Rotikaya.

Bernama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempergiat usaha menangani keganasan terhadap wanita menerusi program advokasi,...
20/10/2026

Bernama

Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mempergiat usaha menangani keganasan terhadap wanita menerusi program advokasi, intervensi awal dan sokongan pemulihan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta membantu mangsa mendapatkan perlindungan dan membina semula kehidupan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu, dilaksanakan secara berfasa dan berterusan menerusi Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT), Program Santun Kasih Pemandiri terhadap Keganasan Rumah Tangga (SARI@KRT) dan program Road to Eliminate Violence Against Women (EVAW).

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2622897

Address

Aras 23, 25 & 28, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pembangunan Wanita - JPW posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pembangunan Wanita - JPW:

Shortcuts

Share