Parlimen Putrajaya P-125

Parlimen Putrajaya P-125

Share

Perkembangan semasa Parlimen Putrajaya P125. Kami anti-fitnah!

16/11/2022

Kempen yang tidak bertamadun. PH, Perikatan merosak minda bangsa. Tekad

16/11/2022

Insan. Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Kampung. Ia bukan untuk pop**ariti, ia akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Tekad.

14/11/2022

Selamat mengundi awal kepada semua pengundi Putrajaya. Jangan lupa undi Ketua Kampung kita ya.

11/11/2022

Penjawat Awam Ibarat Buangan di mata PH. Masihkah kau ingat?

1) Penjawat awam adalah aset negara. Tanpa penjawat awam, sistem di dalam negara tidak dapat berfungsi dengan baik. Penjawat awam inilah kelompok yang seharusnya kita pelihara dan jaga. Tetapi, apabila PH menjadi kerajaan, tindakan pelik p**a mereka lakukan.

2) Pertama PH ingin memansuhkan pemberian pencen kepada penjawat awam kerana PH menganggap pemberian pencen adalah satu bebanan. Skim pencen akan digantikan kepada skim lantikan kontrak. Jadi apa fungsinya bergelar penjawat awam tetapi tidak menerima pencen? Tujuan PH memilih untuk menamatkan skim pencen adalah untuk mengurangkan saiz dan jumlah penjawat awam di Malaysia. Yang peliknya, kadar penggangguran semakain meningkat pasca Covid-19, tetapi PH masih nak kurangkan penjawat awam?

3) Kedua, menghalang kenaikan gaji penjawat awam. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kenaikan gaji kepada penjawat awam pasti akan dapat membantu meringankan beban penjawat awam. Tetapi, sewaktu PH menjadi kerajaan, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam bersabar dengan kenaikan gaji kerana ianya sebahagian daripada pengorbanan rakyat. Persoalannya, pengorbanan rakyat atau rakyat yang dikorbankan?

4) Ketiga, PH menghapuskan program Perumahan Penjawat Awam. Sewaktu PH menjadi kerajaan, mereka tidak lagi membina Perumahan Penjawat Awam (PPA1M) yang berharga sehingga 30% dibawah harga pasaran untuk memastikan penjawat awam memiliki rumah. Sudah lah skim pencen ingin ditamatkan, bantuan rumah juga tidak diteruskan. Jadi, apakah kelebihan menjadi seorang penjawat awam di bawah pentadbiran PH?

5) Keempat, PH menuduh penjawat awam pengkhianat kerana melakukan ‘deep state’. Beberapa menteri di bawah kerajaan PH menyalahkan penjawat awam sebagai alasan kepada kegagalan mereka untuk menjalankan tugas sebagai menteri. Mereka menyatakan penjawat awam perlu taat pada pemerintah dan mereka juga diingatkan bahawa mereka yang menyokong pembangkang telah dikenal pasti.

6) Kesemua siri siri tindakan pelik yang dilakukan PH terhadap penjawat awam seolah olah PH tidak mempercayai penjawat awam serta ingin merendahlan martabat mereka sebagai penjawat awam. Adakah kelebihan kelebihan yang dimiliki oleh penjawat awam dilihat sebagai suatu pembaziran dan perlu ditarik serta merta sekiranya PH menjadi kerajaan? Pelik, tetapi benar! Itulah PH!

04/11/2022

Semboyan telah dibunyikan!

Photos from Parlimen Putrajaya P-125's post 03/11/2022

Ini laluan utama, laluan protokol. Dr Radzi Jidin ni semangat betul ya kempen? Tak sabar betul pacak bendera dalam kawasan larangan. Ni ada kelulusan ke Perbadanan Putrajaya ? Hari tu ada kawan kita bukan main marah post dekat fb nak tolong cabut bendera BN secara percuma. Kali ni pemuda nak offer p**ak.

Photos from Parlimen Putrajaya P-125's post 03/11/2022

Keadaan dalam dewan sekarang. Keluarga Emas Putrajaya Sejahtera Bersama KuNan. Semua ni dah tekad pilih

29/10/2022

Sopan-santun, Anak melayu
Senyum terukir, senyum terukir bila disapa

Dalam pantun, Ku kirim rindu
Rindu mengalir, Rindu mengalir di dalam kata.

Photos from Parlimen Putrajaya P-125's post 28/10/2022

Jangan lupa esok anak muda Putrajaya bersama KuNan dan Ahad Karisma Wanita Putrajaya bersama KuNan. Pilih

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Putrajaya
62250