25/09/2026
Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Wabak Denggi di Keratong 2
Tarikh : 24/9/2026 (Khamis)
Tempat : Keratong 2
Aktiviti yang dijalankan :
- Hebahan suara kesedaran wabak denggi di sekitar Keratong 2
- Menggantung banner denggi (4pcs Banting)
- Pondok Panas pencegahan penyakit Denggi di Masjid Keratong 2
- Edaran Risalah Denggi 35 pcs dan nasihat individu 35 orang
Pendekatan aktiviti :
1. Memberi penekanan dan mempertingkatkan pengetahuan, sikap serta amalan kebersihan diri dalam mencegah penyakit demam denggi.
2. Memperkukuhkan kesedaran dengan mempergiatkan program pergedaran risalah serta nasihat individu, kelompok berkaitan DENGGI.
3. Meningkatkan pengetahuan orang awam tentang bahayanya penyakit DENGGI.
Orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut :
📍Periksa dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk di dalam dan sekitar rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
📍Pastikan bekas yang boleh menakung air seperti pasu bunga, baldi, tayar terpakai dan talang air sentiasa dikosongkan atau ditutup.
📍Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik (abate) atau semburan aerosol bagi membantu mengurangkan populasi nyamuk di kawasan kediaman.
📍Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti demam panas, sakit sendi, sakit kepala atau ruam.
📍Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes, seterusnya membantu mengekang penularan demam denggi dalam komuniti.
Ingat! Nyamuk Aedes membiak di air bersih dan tidak mengenal masa. Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa kawasan rumah anda
Tiada Aedes, Tiada Denggi!