Perkep Batalion 16 Official Kota Kinabalu

Perkep Batalion 16 Official Kota Kinabalu Persatuan Keluarga Polis Batalion 16 PGA Kota Kinabalu

19/10/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-34 BRIGED SABAH PGA! 🇲🇾

Tanggal 19 Oktober 2026 menjadi detik bermakna dalam lipatan sejarah Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang kini genap berusia 34 tahun sejak penubuhannya.

Sepanjang 34 tahun perjalanan, Briged Sabah PGA terus komited dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan negara, mempertahankan kedaulatan tanah air serta memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, khususnya di Negeri Sabah.

Pengorbanan, keberanian dan kesetiaan setiap warga Briged Sabah PGA menjadi lambang kekuatan pasukan dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ancaman keselamatan. Segala jasa dan bakti warga pasukan terdahulu menjadi inspirasi kepada generasi masa kini untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, disiplin dan semangat setiakawan.

Semoga Briged Sabah PGA terus unggul, mantap dan disegani dalam mendukung tanggungjawab sebagai benteng keselamatan negara.

Selamat Ulang Tahun Ke-34 Briged Sabah PGA!

Teruskan perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur demi agama, bangsa dan negara.

CEKAL • BERANI • SETIA

SPEED • RELIABLE • INTEGRITY











KUNJUNGAN HORMAT PEMANGKU PENGERUSI PERKEP BATALION 16 KEPADA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 16KOTA KINABALU, 15 OKTOBER 20...
19/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PEMANGKU PENGERUSI PERKEP BATALION 16 KEPADA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 16

KOTA KINABALU, 15 OKTOBER 2026 – YBhg. Puan Normala binti Jais, Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Batalion 16 PGA Kota Kinabalu, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH Supt. Jaswent Singh A/L Sadu Singh, Pegawai Pemerintah Batalion 16, bertempat di Bilik Mesyuarat IP Batalion 16 PGA, Kota Kinabalu.

Turut Hadir bersama, Puan Dainam Abdul Jalil (Setiausaha Perkep), Puan Fatimah Serin (Bendahari Perkep), Puan Radhiah Latif (Biro Multimedia), ASP Bickley Jude (Ajutan Bn16) dan Insp Salihan Lem Matin (Pengerusi Kelab Polis Bn16).

Kunjungan hormat ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta memantapkan kerjasama antara kepimpinan PERKEP dengan pihak pengurusan Batalion 16. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi idea berkaitan peranan PERKEP dalam melaksanakan aktiviti persatuan, khususnya yang melibatkan kebajikan, pembangunan serta kesejahteraan ahli dan keluarga warga pasukan.

Selain itu, kunjungan ini mencerminkan komitmen PERKEP Batalion 16 dalam menyokong usaha memperkukuh institusi keluarga dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sokongan dan kerjasama yang erat antara PERKEP dengan pihak pengurusan batalion amat penting bagi memastikan setiap perancangan dan aktiviti persatuan dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan serta memberi manfaat kepada semua ahli.

Melalui kunjungan ini, diharapkan hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli PERKEP. Usaha berterusan ini juga diharap dapat menyumbang kepada pembentukan keluarga warga pasukan yang harmoni, sejahtera dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada anggota dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen PERKEP Batalion 16 untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan keluarga warga pasukan, selaras dengan matlamat memperkukuh hubungan kekeluargaan serta semangat berpasukan dalam organisasi.

KEHADIRAN PERKEP BATALION 16 KOTA KINABALU KE MESYUARAT AJK INDUK PERKEP BRIGED SABAH BIL. 3/2026SEMPORNA, SABAH | 6 OKT...
18/10/2026

KEHADIRAN PERKEP BATALION 16 KOTA KINABALU KE MESYUARAT AJK INDUK PERKEP BRIGED SABAH BIL. 3/2026

SEMPORNA, SABAH | 6 OKTOBER 2026

Ahli Majlis Tertinggi PERKEP BN16 PGA Kota Kinabalu yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi, Puan Normala Binti Jais telah menghadiri Mesyuarat AJK Induk PERKEP Briged Sabah Bil. 3/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Markas Operasi Marin, Semporna, Sabah. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Siti Dalila binti Mohd Yasin merangkap Pengerusi PERKEP Briged Sabah dan turut dihadiri oleh semua AJK Induk PERKEP Briged Sabah bagi membincangkan perkara berkaitan PERKEP Briged Sabah.

Antara perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat adalah pengurusan dan pentadbiran PERKEP, kebajikan ahli, perancangan serta pelaksanaan aktiviti yang akan datang, penyelarasan program dan perkara-perkara berbangkit serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh peranan PERKEP.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Kursus Pembuatan Roti anjuran PERKEP Batalion 22 PGA Kunak yang berlangsung di Rumah Kelab Batalion 22 PGA Kunak. Kursus tersebut juga telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Dalila binti Mohd. Yasin dan dihadiri oleh semua Pengerusi PERKEP serta semua AJK, bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam bidang pembuatan roti.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama dalam kalangan ahli PERKEP, malah turut membuka ruang untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta meningkatkan kemahiran yang bermanfaat dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, mesyuarat ini telah menjadi platform penting untuk menyelaras pengurusan, memperkukuh pentadbiran serta membincangkan kebajikan dan perancangan aktiviti PERKEP Briged Sabah secara lebih teratur. Mesyuarat ini juga membolehkan setiap batalion berkongsi pandangan, pengalaman dan cadangan penambahbaikan demi memastikan peranan PERKEP dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Antara manfaat mesyuarat ini adalah meningkatkan kerjasama dan kesepaduan antara barisan kepimpinan PERKEP, memperkemas penyampaian maklumat, menyelaras pelaksanaan program serta memperkukuh usaha menjaga kebajikan ahli.

Semoga segala usaha dan aktiviti yang dilaksanakan dapat terus memperkasakan PERKEP sebagai wadah kebajikan, perpaduan dan pembangunan potensi ahli, selaras dengan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi keutamaan.


18/10/2026
Selamat Petang , Salam SejahteraYBhg.Puan Normala Binti Jais(Pemangku Pengerusi PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu)Pegawai P...
13/10/2026

Selamat Petang , Salam Sejahtera

YBhg.Puan Normala Binti Jais
(Pemangku Pengerusi PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu)

Pegawai Penyelaras PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu

1️⃣Program
Lawatan Kebajikan Adik Mohammad Aydan Rizq bin Mohd Fitri Aidid anak Konst RF/251191 Mohd Fitri Aidid bin Morshidi

1️⃣Tarikh/Masa
◼️13/10/2026 @ 1300-1330 hrs

2️⃣Lokasi
◼️Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Kota Kinabalu

3️⃣Kehadiran:

1.SM RF/135387 Denny Wilson John @ Alai
(SM Kompeni B, BN 16 PGA)

2.SM RF/124075 Sazari bin Zainudin
(Platun Sarjan 6 Kompeni B, BN 16 PGA)

3.Sjn Zamlan Bin Zakaria
(Sjn Kebajikan BN 16 PGA)

4.Norimah Binti Rafee
(Biro Kebajikan Perkep BN16 PGA)

5.Radhiah Binti Latif
(Biro Multimedia Perkep BN 16 PGA)

6.Raftah Binti Julai
(Biro Rumah tangga Perkep BN 16 PGA)

7.Jairin Binti Dolah
(Biro Aset Perkep BN 16 PGA)

4️⃣Ulasan

- Lawatan bertujuan untuk memberi sokongan moral dan semangat kepada pesakit.

- Adik Mohammad Aydan Rizq telah dimasukkan ke Hospital wanita & Kanak-kanak Likas pada 09/10/2026@ 0730 hrs akibat penyakit Biliary Atresia dan sehingga kini masih dalam pemantauan & rawatan doktor.

- Sumbangan Sagu hati telah disampaikan oleh SM RF/135387 Denny Wilson@Alai (SM Komorni B Bn 16 PGA) dan Puan Norimah binti Rafee yang mewakili Puan Normala Binti Jais (Pemangku Pengerusi Perkep Bn 16 PGA) yang tidak dapat turut serta dalam lawatan. Sumbangan diberikan sebagai tanda sokongan dan tanda keprihatinan dari warga Perkep Bn 16 PGA.

Sekian, terima kasih.

PERKEP BN 16 PGA

10/10/2026
10/10/2026
Selamat Petang , Salam SejahteraYBhg.Puan Normala Binti Jais(Pemangku Pengerusi PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu)Pegawai P...
01/10/2026

Selamat Petang , Salam Sejahtera

YBhg.Puan Normala Binti Jais
(Pemangku Pengerusi PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu)

Pegawai Penyelaras PERKEP Bn 16 PGA Kota Kinabalu

1️⃣Program
Lawatan Kebajikan Puan Rohayu Binti Tamrin isteri Kpl RF/187650 Alfie Shafizan Liew @ Osman Abdullah

1️⃣ Tarikh/Masa
◼️01/10/2026 @ 1240 - 1315 hrs

2️⃣ Lokasi
◼️Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu

3️⃣Kehadiran:

1.Puan Normala Binti Jais
(Pmg Pengerusi Perkep BN 16 PGA)

2.Sjn Zamlan Bin Zakaria
(Sjn Kebajikan BN 16 PGA)

3.Fatimah Serin
(Bendahari Perkep Bn 16 PGA)

4.Norimah Binti Rafee
(Biro Kebajikan Perkep BN16 PGA)

5.Radhiah Binti Latif
(Biro Multimedia Perkep BN 16 PGA)

6.Raftah Binti Julai
(Biro Rumah tangga Perkep BN 16 PGA)

7.Jairin Binti Dolah
(Biro Aset Perkep BN 16 PGA)

8.Melania Binti Mokial
(Biro Pendidikan Perkep BN 16)

4️⃣Ulasan

- Lawatan bertujuan untuk memberi sokongan moral dan semangat kepada pesakit.

- Puan Rohayu Binti Tamrin telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles pada 30/09/2026@0030hrs Infectious Gastroenteritis Andcolitis Unsoecified. Keadaan Puan Rohayu stabil tetapi masih dalam pemantauan & rawatan doktor.

- Sumbangan Sagu hati telah disampaikan oleh Puan Normala Binti Jais (Pemangku Pengerusi Perkep Bn 16 PGA) sebagai tanda sokongan dan tanda keprihatinan dari warga Perkep Bn 16 PGA.

Sekian, terima kasih.

PERKEP BN 16 PGA

PEMANGKU PENGERUSI PERKEP BN16 PGA MENYERTAI CABARAN KOMANDO WALK 36KM V3 2026Kepimpinan PERKEP Bn16 terus mempamerkan k...
28/09/2026

PEMANGKU PENGERUSI PERKEP BN16 PGA MENYERTAI CABARAN KOMANDO WALK 36KM V3 2026

Kepimpinan PERKEP Bn16 terus mempamerkan komitmen tinggi bukan sahaja dalam memastikan kebajikan ahli diutamakan, malah dalam memperkasakan gaya hidup sihat dan kecergasan fizikal menerusi penglibatan dalam cabaran Komando Walk 36km Anjuran IPD Kota Marudu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Normala Bt Jais, Pemangku Pengerusi PERKEP Batalion 16 PGA Kota Kinabalu atas kejayaan menyempurnakan cabaran tersebut.

Cabaran lasak ini telah dilepaskan pada 25 September 2026 jam 10:30 malam dari Sub Station Serinsim dan berakhir di IPD Kota Marudu. Dengan kekuatan mental dan fizikal yang luar biasa, beliau telah berjaya menamatkan larian sejauh 35.63km dengan laluan berbukit total ketinggian mencecah 404m pada jam 3:26pagi, 26 September 2026 dengan catatan masa rasmi 4 jam 56 minit 39 saat.

Kejayaan ini lebih bermakna apabila persiapan hanya dengan larian 5-7km sehari akibat keadaan jerebu di Sabah menyebabkan beliau tidak dapat membuat latihan Long Slow Distance (L*D), namun dengan izin Allah beliau berjaya menamatkan cabaran tanpa sebarang kecederaan mahupun kekejangan otot.

Penglibatan Pemangku Pengerusi ini membawa masej perpaduan dan gaya hidup aktif kerana bagi membina keluarga yang sejahtera,amalan gaya hidup sihat itu sebahagian dari membina keluarga polis yang bahagia dan kuat ia selari dengan cogan kata PERKEP "Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera". Pentingnya kepimpinan melalui teladan.

Semangat kental ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga PERKEP Bn16.

Tahniah Puan Normala!

PERKEP Batalion 16, Pasukan Gerakan Am Kota Kinabalu.

Address

Batalion 16 Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia
Sabah
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Batalion 16 Official Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share