17/09/2026
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPP Sabah) telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena Persaraan Pengarah JPP Sabah, Puan Ts. Jennieve Peter yang bersara rasmi pada 13 September 2026 pada 4 September 2026 bertempat di Ballroom 1, Level 6, Sheraton Kota Kinabalu.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan kemesraan itu diadakan sebagai tanda penghormatan atas segala jasa, khidmat bakti dan kepimpinan Puan Ts. Jennieve Peter sepanjang menerajui JPP Sabah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Puan Ts. Jennieve Peter telah memainkan peranan penting dalam memimpin dan memperkasakan JPP Sabah, di samping memberikan bimbingan serta dorongan kepada warga jabatan untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh komitmen, profesionalisme dan integriti.
Majlis tersebut turut menjadi ruang buat seluruh warga JPP Sabah untuk mengenang perjalanan serta sumbangan beliau, selain menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepimpinan, tunjuk ajar serta segala jasa yang telah dicurahkan sepanjang bersama jabatan.
Persaraan menandakan berakhirnya satu fasa dalam perkhidmatan, namun segala jasa, pengalaman dan legasi kepimpinan yang ditinggalkan akan terus terpahat dalam perjalanan JPP Sabah serta menjadi sebahagian daripada sejarah jabatan.
Seluruh warga JPP Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Ts. Jennieve Peter atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada jabatan dan perkhidmatan awam.
Selamat bersara, Puan Ts. Jennieve Peter. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh lembaran baharu kehidupan.
Jasamu dikenang, baktimu dihargai, legasimu kekal abadi.