29/08/2026
Yang Berkhidmat, Arunarnsin Taib menghadiri Program Town Hall anjuran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP), bersama Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson, serta para peniaga dan masyarakat setempat.
Dalam sesi tersebut, Yang Berkhidmat bukan sekadar menghadiri program, malah turut membawa dan menyuarakan beberapa isu yang melibatkan kepentingan masyarakat Gum-Gum, khususnya di kawasan Batu 16, Sandakan.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah:
🔴 1. PROJEK BOMBA DI KG. GUM-GUM BATU 16
Yang Berkhidmat membangkitkan isu berkenaan cadangan pembangunan projek bomba di kawasan Kg. Gum-Gum, Batu 16, yang memberi kesan kepada sebahagian masyarakat setempat termasuk penduduk yang berdepan kemungkinan rumah mereka dirobohkan bagi tujuan pembangunan tersebut.
Perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar kepentingan dan nasib penduduk yang terlibat tidak dipinggirkan dalam proses pembangunan.
🔴 2. NAIK TARAF JALAN RAYA BATU 16, KG. GUM-GUM
Isu berkenaan projek naik taraf jalan raya di kawasan Batu 16, Kg. Gum-Gum turut dibawa kerana projek tersebut turut memberi kesan kepada masyarakat setempat.
Yang Berkhidmat menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur amat penting, namun pada masa yang sama kesan terhadap penduduk yang terlibat perlu diberi perhatian dan penyelesaian yang sewajarnya.
🔴 3. CADANGAN GUM-GUM DINAIK TARAF SEBAGAI DAERAH KECIL
Yang Berkhidmat turut mengemukakan cadangan agar Gum-Gum diberi pertimbangan untuk dinaik taraf sebagai sebuah daerah kecil.
Cadangan ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk memperkukuhkan pembangunan dan penyampaian perkhidmatan di kawasan Gum-Gum, lebih-lebih lagi apabila pihak MPS perlu mengurus dan menyelaras keperluan 7 kawasan DUN di bawah pentadbirannya.
Dengan skop kawasan dan keperluan masyarakat yang begitu luas, sudah tiba masanya kita melihat kepada struktur pentadbiran dan pembangunan yang lebih dekat dengan rakyat.
🔴 4. ISU JALAN GUM-GUM BYPASS
Yang Berkhidmat turut menyoal mengenai jalan Gum-Gum Bypass, khususnya berkaitan usaha dan perancangan untuk menjadikan laluan tersebut sebagai jalan dua hala.
Persoalan ini penting bagi memastikan aspek kesalinghubungan, keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran pergerakan masyarakat setempat terus diberi perhatian dalam perancangan pembangunan.
Kesemua isu ini bukan sekadar persoalan pembangunan, tetapi melibatkan tanah, rumah, kehidupan dan masa depan masyarakat Gum-Gum.
Yang Berkhidmat akan terus membawa suara rakyat ke meja perbincangan dan memastikan isu-isu di lapangan tidak hanya didengar, tetapi terus diberi perhatian dan diusahakan penyelesaiannya.
Datang bukan sekadar hadir.
Bersuara bukan sekadar bercakap.
Tetapi membawa suara rakyat untuk diperjuangkan.
Yang Berkhidmat, Arunarnsin Taib