Batalion 15 PGA

Contact the organization

Batalion 15 PGA Selamat Datang ke Laman Rasmi Batalion 15 Pasukan Gerakan Am Sandakan

๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐†-๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐’๐„๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐SANDAKAN, 23 OKTOBER 2026 โ€“ Seman...
23/10/2026

๐†๐Ž๐“๐Ž๐๐†-๐‘๐Ž๐˜๐Ž๐๐† ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐”๐Š๐‡๐”๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐’๐„๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐

SANDAKAN, 23 OKTOBER 2026 โ€“ Semangat kebersamaan dan kerjasama warga Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan terserlah menerusi Program Gotong-Royong yang dilaksanakan di Pangsapuri PGA Batu 10, Jalan Sungai Batang, melibatkan seramai 73 orang pegawai, anggota dan pegawai awam batalion.

Program yang turut disertai Pegawai Pemerintah BN 15 PGA Sandakan, Supt. Raji Hussin bin Hj. Suhodin, memberi tumpuan kepada pembersihan kawasan persekitaran serta pembaikan sementara beberapa bahagian pagar yang rosak demi menjamin kebersihan, keselamatan dan keselesaan penduduk.

Penglibatan warga batalion dalam aktiviti ini mencerminkan semangat gotong-royong yang tinggi, di samping memupuk sikap saling membantu, mempererat hubungan silaturahim dan memperkukuh kesepaduan sebagai satu pasukan.

Program ini turut menyokong penerapan amalan nilai melalui Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) PDRM, sekali gus menyemai budaya kerja berpasukan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga batalion.

Semangat gotong-royong menjadi cerminan kekuatan pasukan โ€” bersatu tenaga, berganding bahu dan bersama-sama menjaga kesejahteraan komuniti.

SPEED. RELIABLE. INTEGRITY

Jurugambar : Kpl Hafiz Afeezan (Komp. C)

๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐Ž๐ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐„๐’๐’๐™๐Ž๐๐„SANDAKAN, 23 OKTOBER 2026 โ€“ Pegawai Pemerinta...
23/10/2026

๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐Ž๐ ๐“๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐„๐’๐’๐™๐Ž๐๐„

SANDAKAN, 23 OKTOBER 2026 โ€“ Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan, Supt. Raji Hussin bin Hj. Suhodin, telah melaksanakan lawatan tinjauan keselamatan ke Pos Pulau Libaran, Platun Taktikal Pulau Selingan dan Pos Platun Taktikal Pamaguan pada 22 hingga 23 Oktober 2026.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan anggota, keadaan pos serta pelaksanaan penugasan OP TARING di kawasan ESSZONE.

Sepanjang lawatan, Pegawai Pemerintah menerima taklimat berkaitan penugasan, meninjau kemudahan pos serta beramah mesra dan menyampaikan amanat kepada anggota agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri, mengekalkan disiplin dan menjaga nama baik pasukan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Batalion 15 PGA dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, memantapkan semangat berpasukan dan memastikan penugasan keselamatan dilaksanakan dengan teratur serta berkesan.

SPEED, RELIABLE, INTEGRITY

Jurugambar : L/Kpl Khairul Azmi (Platun Teknikal)

23/10/2026

๐‹๐ƒ๐ ๐…๐ˆ๐๐”๐€: ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐€๐๐’๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ

SANDAKAN, 22 OKTOBER 2026 โ€“ Dalam usaha mempertingkatkan keupayaan taktikal dan kesiapsiagaan operasi, Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) melibatkan seramai 63 orang pegawai dan anggota Kompeni C.

Latihan merangkumi sesi teori dan amali, dengan penekanan terhadap kefahaman persekitaran kawasan terbina, koordinasi berpasukan, komunikasi taktikal serta pematuhan prosedur keselamatan.

Pelaksanaan latihan ini mencerminkan komitmen berterusan Batalion 15 PGA dalam memperkukuh profesionalisme, disiplin dan kecekapan anggota bagi mendepani cabaran penugasan operasi yang semakin mencabar.

Secara keseluruhannya, latihan berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan berterusan seumpama ini menjadi elemen penting dalam memastikan setiap warga batalion sentiasa bersedia, berdisiplin dan berkeupayaan melaksanakan amanah pasukan dengan penuh dedikasi.

SPEED โ€ข RELIABLE โ€ข INTEGRITY

Video : Kpl Hafiz Afeezan (Komp C)

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-๐Ÿ’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘...
23/10/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Š๐„-๐Ÿ’ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐‘๐„๐๐‰๐„๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐„๐‘๐€๐“๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐

SANDAKAN, 22 OKTOBER 2026 โ€“ Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan, Supt. Raji Hussin bin Hj. Suhodin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Memerintah Batalion Ke-4 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Lt. Kolonel Mohd Shamsul Rizal bin Rozamin, di Markas Taktikal Batalion, Pulau Berhala, Sandakan.

Ketibaan beliau bersama rombongan pegawai Batalion 15 PGA pada jam 1030 hrs disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Keempat RRD bersama pegawai dan anggota pasukan berkenaan.

Program diteruskan dengan sesi perbincangan berkaitan pengoperasian dan kawasan tanggungjawab, diikuti tinjauan sekitar markas serta kubu kawalan. Sesi turut diserikan dengan pertukaran cenderahati dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua pasukan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan profesional, meningkatkan perkongsian maklumat keselamatan dan risikan serta memantapkan koordinasi operasi antara pasukan keselamatan, khususnya dalam memastikan keselamatan Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara.

Selesai program, rombongan Batalion 15 PGA meneruskan tinjauan keselamatan ke Pos Op Taring, Zon Utara, Sektor Delta.

Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kerjasama erat antara PGA dan ATM terus menjadi elemen penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta menjamin keselamatan kawasan tanggungjawab.

SPEED โ€ข RELIABLE โ€ข INTEGRITY

Jurugambar : L/Kpl Khairul Azmi (Platun Teknikal)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 365 HARI KEPIMPINAN, SATU AMANAH, SATU PERJUANGAN! ๐ŸซกTanggal 22 Oktober 2026 menandakan genap setahun YDH SAC Datuk No...
22/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 365 HARI KEPIMPINAN, SATU AMANAH, SATU PERJUANGAN! ๐Ÿซก

Tanggal 22 Oktober 2026 menandakan genap setahun YDH SAC Datuk Nor Omar bin Sappi menerajui kepimpinan sebagai Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA).

Setahun memimpin bukan sekadar tentang masa, tetapi tentang amanah, pengorbanan dan komitmen dalam memperkukuh kesiapsiagaan pasukan demi keamanan serta kedaulatan negara.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam meneruskan kepimpinan yang cemerlang.

CEKAL โ€ข BERANI โ€ข SETIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Bersatu dalam perjuangan, teguh demi pertiwi.

โšก SPEED โ€ข RELIABLE โ€ข INTEGRITY

๐Ÿ๐Ÿ’œ AMANAT DIGENGGAM, SEMANGAT DIJULANG! ๐Ÿ’œ๐Ÿ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SESI PENYAMPAIAN AMANAT PP BN 15 PGA SANDAKAN & PENYERAHAN BENDERA PASUKAN ...
21/10/2026

๐Ÿ๐Ÿ’œ AMANAT DIGENGGAM, SEMANGAT DIJULANG! ๐Ÿ’œ๐Ÿ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SESI PENYAMPAIAN AMANAT PP BN 15 PGA SANDAKAN & PENYERAHAN BENDERA PASUKAN BOLA TAMPAR SEMPENA HARI ULANG TAHUN BRIGED SABAH PGA KE-34

SANDAKAN, 21 OKTOBER 2026 โ€“ Satu sesi penyampaian amanat oleh Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan, Supt. Raji Hussin bin Hj. Suhodin, telah diadakan bagi menyuntik semangat, memperkukuh disiplin dan meningkatkan motivasi pasukan bola tampar yang bakal membawa cabaran Batalion 15 PGA sempena sambutan Hari Ulang Tahun Briged Sabah PGA ke-34.

๐Ÿ† Majlis turut menyaksikan penyerahan bendera Batalion 15 PGA sebagai simbol amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepada setiap pemain untuk mengharumkan nama pasukan.

๐Ÿ’ฌ Amanat yang disampaikan menekankan kepentingan semangat berpasukan, komitmen tinggi, disiplin serta kesungguhan dalam setiap perlawanan. Kejayaan bukan sekadar diukur melalui kemenangan, malah turut mencerminkan kesatuan, daya juang dan profesionalisme warga pasukan.

๐Ÿ”ฅ Dengan sokongan padu barisan pegawai dan seluruh warga batalion, diharapkan pasukan bola tampar Batalion 15 PGA Sandakan mampu memberikan persembahan terbaik serta membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

SATU PASUKAN, SATU SEMANGAT, SATU MATLAMAT! ๐Ÿซก๐Ÿ

๐Ÿ’œ BATALION 15 PGA SANDAKAN โ€” BERJUANG DENGAN SEMANGAT, BERGERAK DEMI KEJAYAAN!








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-34 BRIGED SABAH PGA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œ34 TAHUN BERJUANG, KEKAL GAGAH MENJADI BENTENG KESELAMATAN ...
19/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-34 BRIGED SABAH PGA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œ34 TAHUN BERJUANG, KEKAL GAGAH MENJADI BENTENG KESELAMATAN NEGARA!โ€ ๐Ÿซก๐Ÿ’ช

Seluruh warga Batalion 15 PGA Sandakan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Briged Sabah PGA sempena ulang tahun ke-34 pada 19 Oktober 2026.

Semoga Briged Sabah PGA terus unggul, teguh dan disegani dalam memelihara keselamatan serta kedaulatan negara.

SPEED โ€ข RELIABLE โ€ข INTEGRITY ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada,

Supt. Raji Hussin bin Hj. Suhodin
Pegawai Pemerintah
Batalion 15 PGA Sandakan

๐Ÿซก

๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH WIRA SUKAN BATALION 15 PGA SANDAKAN! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ†Sempena Majlis Apresiasi Sukan PDRM Kontinjen Sabah Tahun 2026, Pega...
19/10/2026

๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH WIRA SUKAN BATALION 15 PGA SANDAKAN! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ†

Sempena Majlis Apresiasi Sukan PDRM Kontinjen Sabah Tahun 2026, Pegawai Pemerintah, Supt. Raji Husin bin Hj. Suhodin dan seluruh warga Batalion 15 PGA Sandakan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada:

๐Ÿฅˆ INSP G/27968 AKMA IDDIN BIN MASINI
Cemerlang meraih Naib Johan Acara Berkumpulan, kategori Beregu Terbuka Lelaki dalam Kejohanan Badminton Ketua Polis Negara 2024 di Kuala Terengganu, Terengganu.

๐Ÿฅ‡ SJN 147319 MAHADIR BIN GAFFAR
Gemilang meraih Johan Kategori Individu dalam Kejohanan Karate Ketua Polis Negara 2026.

๐Ÿ’ช Kejayaan ini membuktikan bahawa disiplin, semangat juang dan komitmen tinggi merupakan kunci kecemerlangan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Batalion 15 PGA untuk terus mengukir kejayaan dan mengharumkan nama pasukan!

ANDA KEBANGGAAN PASUKAN, KEJAYAAN ANDA INSPIRASI KAMI! ๐Ÿซก๐Ÿ”ฅ

BATALION 15 PGA SANDAKAN
Berdisiplin โ€ข Berintegriti โ€ข Berprestasi

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐…๐ˆ๐…๐“๐„๐„๐ ๐‹๐„๐€๐†๐”๐„ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”SANDAKAN, 16 Oktober 202...
16/10/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š ๐…๐ˆ๐…๐“๐„๐„๐ ๐‹๐„๐€๐†๐”๐„ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐†๐€ ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

SANDAKAN, 16 Oktober 2026 โ€“ Kejohanan Bola Sepak Fifteen League Piala Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Tahun 2026 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 Oktober di Padang Bola Sepak Sepilok Batu 14, Sandakan.

Kejohanan yang melibatkan lapan pasukan iaitu Alpha โ€˜Aโ€™ FC, Alpha โ€˜Bโ€™ FC, Bravo FC, Charlie FC, Transport FC, HQ FC dan Officer FC bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan warga batalion, malah turut memperkukuh semangat setiakawan, kerjasama berpasukan, kecergasan fizikal dan hubungan silaturahim antara pegawai serta anggota.

Perlawanan akhir menyaksikan Bravo FC berdepan Alpha โ€˜Aโ€™ FC dalam aksi penuh sengit bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan Tahun 2026.

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘

โณ ๐ŸŽ๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐‡๐‘๐’
โšฝ ๐๐‘๐€๐•๐Ž ๐…๐‚ ๐•๐’ ๐€๐‹๐๐‡๐€ โ€˜๐€โ€™ ๐…๐‚
๐Ÿ† ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ : ๐Ÿ โ€“ ๐Ÿ

Lebih manis, kejayaan tersebut menyaksikan Bravo FC berjaya merampas Piala Pusingan Pegawai Pemerintah daripada pasukan Alpha โ€˜Aโ€™ FC, yang merupakan juara pada tahun sebelumnya.

Turut menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang sepanjang kejohanan ialah:

๐Ÿฅ‡ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐‘๐๐€๐๐˜๐€๐Š : ๐‹/๐Š๐๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ” ๐’๐”๐‡๐€๐ˆ๐™๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐‚๐‡๐„ ๐‘๐€๐Œ๐‹๐ˆ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ‘๐†๐Ž๐‹
๐Ÿงค ๐๐„๐Œ๐€๐ˆ๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š : ๐’๐‰๐ ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐ŸŽ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐€๐๐ƒ๐”๐‹ ๐…๐€๐“๐€๐‡ ๐๐ˆ๐ ๐€๐๐ƒ๐”๐‹๐‹๐€๐‡
โญ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€ ๐†๐Ž๐‹ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š : ๐‹/๐Š๐๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŽ๐Ÿ”๐Ÿ‘ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐๐”๐‘ ๐ˆ๐Š๐‡๐–๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐๐€๐™๐ˆ๐‘

Secara keseluruhannya, kejohanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan ini telah berjalan dengan lancar dan teratur, di samping berjaya mencungkil bakat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal warga Batalion 15 PGA Sandakan.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah menjadi kemuncak kejohanan, sekali gus menzahirkan komitmen Batalion 15 PGA Sandakan dalam memperkasakan aktiviti sukan sebagai medium membina semangat berpasukan, disiplin, kerjasama dan kesejahteraan warga pasukan.

Tahniah diucapkan kepada Bravo FC selaku Juara Kejohanan serta semua pasukan yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan. Semoga semangat kesukanan dan setiakawan yang dipupuk terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga Batalion 15 PGA Sandakan.

"๐‘บ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘ซ, ๐‘น๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ฌ, ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป๐’€"

16/10/2026

Address

Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 15 PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Batalion 15 PGA:

Shortcuts

Share