RELA Daerah Kinabatangan

Call Contact the organization

RELA Daerah Kinabatangan RELA Daerah Kinabatangan

PROGRAM JOM SIHAT RELA KOLABORASI PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 | 10 OKTOBER 2026 B...
10/10/2026

PROGRAM JOM SIHAT RELA KOLABORASI PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2026 | 10 OKTOBER 2026

Bertempat di Padang SK Bukit Garam 2, Kinabatangan, RELA Daerah Kinabatangan telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kinabatangan yang melibatkan penyertaan orang awam serta agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah.

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara anggota RELA, masyarakat setempat dan agensi kerajaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mohd Ismail bin Haji Ayob, ADUN N.58 Lamag.

Semoga penglibatan RELA Daerah Kinabatangan dalam program ini dapat terus menyemarakkan semangat perpaduan, kecergasan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah



Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026, Ayuh warga RELA Daerah Kinabatangan, kita meriahkan program ini bersama-sama!!πŸ“… 10...
28/09/2026

Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2026, Ayuh warga RELA Daerah Kinabatangan, kita meriahkan program ini bersama-sama!!

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.15 Pagi
πŸ“Parkir Pejabat Daerah Kinabatangan

βœ…οΈ Eratkan silaturahim
βœ…οΈ Tingkatkan kecergasan
βœ…οΈ Semarakkan semangat kesukanan
βœ…οΈ Bersama menjayakan Hari Sukan Negara 2026!





MESYUARAT DAN PERJUMPAAN PRD BERSAMA BARISAN KPRK/KPR DAN JL DAERAH KINABATANGAN 2026Bertempat di bilik mesyuarat Pejaba...
18/09/2026

MESYUARAT DAN PERJUMPAAN PRD BERSAMA BARISAN KPRK/KPR DAN JL DAERAH KINABATANGAN 2026

Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan, telah berlangsung Mesyuarat dan Perjumpaan Pegawai RELA Daerah (PRD), PgR Ak Damit bin Pg Yusof (PRD), bersama barisan KPRK/KPR serta JL Daerah Kinabatangan bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan, kebajikan, pembangunan serta kesiapsiagaan anggota RELA. Turut hadir Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD), PPgR Elly Aleeyah binti Aziri@Azri.

Antara perkara yang dibincangkan adalah :

- Penetapan dan pencapaian KPI RELA
- Perancangan Kursus Lanjutan RELA
- Pengisian dan pengemaskinian Insurans dan profiling anggota RELA
- Pematuhan syarat serta keperluan lesen memandu bagi petugas yang membawa kenderaan semasa bertugas
- Persiapan menghadapi Pertandingan Kawad Peringkat Zon yang melibatkan Zon Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Tongod
- Penyusunan serta penyelarasan kawasan mukim platun

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkemas pengurusan organisasi, meningkatkan disiplin serta memastikan kesiapsiagaan anggota RELA sentiasa berada pada tahap yang baik.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN HARI SABAH 2026 DAERAH KINABATANGAN | 18 OGOS 2026Bertempat di Dewan Baris Ma...
19/08/2026

PROGRAM KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN HARI SABAH 2026 DAERAH KINABATANGAN | 18 OGOS 2026

Bertempat di Dewan Baris Manik, SMK Bukit Garam II, Kinabatangan, Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Hari Sabah 2026 Daerah Kinabatangan telah diadakan. Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Kurniawan Naim Mokhtar, Ahli Parlimen P.187 Kinabatangan.

Program turut dihadiri oleh YB Mohd Ismail bin Hj Ayob, ADUN N.58 Lamag, Ketua Pengarah Penerangan Sabah, ketua jabatan dan agensi, pemimpin masyarakat, guru serta pelajar.

Pelbagai pengisian aktiviti turut diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


PERTANDINGAN KAWAD PERINGKAT PLATUN DAERAH KINABATANGAN | 15 OGOS 2026Pertandingan kawad peringkat platun daerah kinabat...
15/08/2026

PERTANDINGAN KAWAD PERINGKAT PLATUN DAERAH KINABATANGAN | 15 OGOS 2026

Pertandingan kawad peringkat platun daerah kinabatangan telah diadakan bertempat di Perkarangan Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan. Pertandingan ini merupakan penganjuran julung kali di peringkat daerah dan melibatkan penyertaan daripada lima mukim, iaitu Mukim Bukit Garam 1, Mukim Bukit Garam 2, Mukim Kota Kinabatangan 1, Mukim Kota Kinabatangan 2 dan Mukim Sukau.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kekemasan, kerjasama, semangat berpasukan serta kemahiran kawad dalam kalangan anggota RELA di setiap platun yang terlibat. Penganjuran pertandingan ini juga menjadi satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat setiakawan antara anggota RELA di seluruh daerah Kinabatangan.

Pertandingan ini turut dihadiri oleh PgR Ak Damit bin Pg Yusof, Pegawai RELA Daerah, serta PPgR Ally Aleeyah binti Azri@Aziri, Penolong Pegawai RELA Daerah yang bertindak sebagai juri pertandingan kawad, bersama kakitangan Pejabat RELA Kinabatangan.

Secara keseluruhannya, pertandingan yang julung kali diadakan ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkukuhkan disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan anggota RELA serta diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai aktiviti tahunan di peringkat daerah.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


03/07/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπ„-πŸ“πŸ’ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π‘π„π‹π€π–π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (𝐑𝐄𝐋𝐀)

Hari ini, 3 Julai 2026 merupakan detik penuh bermakna yang menandakan 54 tahun penubuhan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam memperkukuh semangat kesukarelawan dan menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Di sebalik setiap penugasan, terpahat semangat kebersamaan, keikhlasan dan pengorbanan seluruh warga RELA yang sentiasa setia berbakti demi masyarakat. Sempena ulang tahun ke-54 ini, marilah bersama-sama untuk terus memperkukuh iltizam demi negara yang kita cintai.

Terima kasih kepada seluruh warga RELA, sama ada pegawai, kakitangan dan juga anggota atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan demi agama, bangsa dan negara.

β€˜Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat’








20/06/2026

RANGKUMAN VIDEO SEMPENA PERJUMPAAN PRD DAN PEMANTAPAN LATIHAN KAWAD RELA SIRI 02 TAHUN 2026 | 20 JUN 2026

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


PERJUMPAAN PRD DAN PEMANTAPAN LATIHAN KAWAD RELA SIRI 02 TAHUN 2026 | 20 JUN 2026Perjumpaan PRD dan Pemantapan Latihan K...
20/06/2026

PERJUMPAAN PRD DAN PEMANTAPAN LATIHAN KAWAD RELA SIRI 02 TAHUN 2026 | 20 JUN 2026

Perjumpaan PRD dan Pemantapan Latihan Kawad RELA Siri 02 Tahun 2026 telah berlangsung pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi di Perkarangan Parkir Pejabat Daerah Kinabatangan dengan jayanya. Program ini telah dihadiri oleh seramai 36 orang anggota lain-lain pangkat.

Latihan yang dijalankan bertujuan untuk memperkukuhkan disiplin, meningkatkan kerjasama berpasukan serta memantapkan kemahiran kawad dalam kalangan anggota RELA. Sepanjang latihan berlangsung, semua anggota memberikan komitmen yang baik dan menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi.

Secara keseluruhannya, latihan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan, disiplin dan profesionalisme anggota RELA sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sekian.

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Selamat Hari Raya Aidiladha1447 | 2026"Semoga Aidiladha tahun ini mengajar kita erti keikhlasan dan kesabaran yang seben...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
1447 | 2026

"Semoga Aidiladha tahun ini mengajar kita erti keikhlasan dan kesabaran yang sebenar dalam setiap langkah kehidupan."

Ikhlas Daripada :
Warga Kerja
Pejabat RELA Daerah Kinabatangan
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


20/03/2026

"Dalam kegembiraan menyambut Syawal, jangan dilupa mereka yang telah tiada dan yang memerlukan.

Semoga Aidilfitri kali ini menguatkan lagi ikatan silaturahim sesama kita dan memberi semangat baru untuk terus berbakti demi kesejahteraan rakyat dan negara"

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
-1447 H | 2026 M -

RELA Malaysia
RELA Negeri Sabah


Address

Pejabat RELA Daerah Kinabatangan, Bangunan Urisetia Tingkat Bawah No. 06, WDT No 69
Sandakan
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089561455

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RELA Daerah Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RELA Daerah Kinabatangan:

Shortcuts

Share