CIDB Cawangan Sandakan

Call Website Contact the organization

CIDB Cawangan Sandakan Bersama-sama kita membangunkan Industri Pembinaan Malaysia.

27/09/2026

OPERASI KHAS BAHAN BINAAN JADUAL KEEMPAT AKTA 520.

Sandakan, 23 September 2026 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Pejabat CIDB Sandakan hari ini melaksanakan Operasi Khas Bahan Binaan bagi memastikan kepatuhan bahan binaan di bawah Jadual Keempat, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) dipatuhi.

Operasi ini melibatkan anggota daripada CIDB Sandakan, CIDB Sabah dan CIDB Tawau, dengan pemeriksaan dijalankan di beberapa lokasi yang telah disasarkan.

Pemeriksaan memberi tumpuan kepada bahan binaan yang tertakluk kepada keperluan standard bagi memastikan bahan yang digunakan, dibekalkan atau dipasarkan memenuhi ketetapan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, CIDB menyeru pengilang, pengimport, pembekal, pengedar dan penggiat industri pembinaan supaya memastikan bahan binaan yang tertakluk kepada keperluan standard mempunyai Perakuan Pematuhan Standard (PPS) yang sah.

Langkah ini penting bagi memastikan bahan binaan yang berada dalam rantaian bekalan industri memenuhi standard ditetapkan serta menyokong aspek kualiti dan keselamatan dalam sektor pembinaan.

CIDB akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta 520.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69, marilah kita ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan penuh pengorbanan, keberanian dan semangat cintakan tanah air.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi merupakan amanah yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang. Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, memupuk semangat kebersamaan serta melaksanakan setiap tanggungjawab dengan penuh integriti, amanah dan dedikasi demi kemajuan negara.

Semoga Malaysia terus kekal aman, makmur, berdaya saing dan sejahtera, dengan rakyatnya sentiasa bersatu hati dalam membina masa depan yang lebih gemilang.

Bersatu kita teguh, bersama kita membina Malaysia yang maju.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
CIDB Sandakan

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”Salam Kemerdekaan daripada...
28/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾
31 Ogos 2026 | “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”

Salam Kemerdekaan daripada Pejabat CIDB Cawangan Sandakan.

Hari Kemerdekaan bukan sekadar sebuah tarikh yang kita sambut setiap tahun, tetapi merupakan lambang pengorbanan, keberanian, kesatuan dan perjuangan para pejuang terdahulu yang telah berkorban jiwa dan raga demi membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan mereka yang tidak pernah mengenal erti menyerah. Mereka berjuang dengan penuh keberanian, kesabaran dan semangat cinta akan tanah air agar generasi selepas mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang aman, berdaulat dan merdeka.

🇲🇾 Kini, perjuangan itu adalah tanggungjawab kita.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meneruskan perjuangan dengan cara kita sendiri — menjaga perpaduan, memelihara keamanan, menghormati perbezaan, bekerja dengan amanah serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam sektor pembinaan khususnya, marilah kita bersama-sama membina bukan sahaja bangunan dan infrastruktur, tetapi juga masa depan Malaysia yang lebih kukuh, selamat, berkualiti dan sejahtera.

Jangan kita lupa sejarah perjuangan mereka.
Kerana tanpa pengorbanan generasi terdahulu, tidak mungkin kita dapat menikmati kebebasan yang kita rasakan hari ini.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme dan teruskan perjuangan membina Malaysia dengan integriti, disiplin, kesungguhan dan rasa tanggungjawab.

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Malaysia Tanah Airku.
Dahulu mereka berjuang untuk kemerdekaan, hari ini kita berjuang untuk masa depan.

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69!

Ikhlas daripada,
Pejabat CIDB Cawangan Sandakan
Bersama Membina Negara, Demi Masa Depan Malaysia.

https://youtu.be/yxvktzr0EkI?si=Cl9iQ6iXCh3rwqIU


🇲🇾

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H🌙 Seluruh warga CIDB Cawangan Sandakan ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepa...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

🌙 Seluruh warga CIDB Cawangan Sandakan ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.
Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kita terus meneladani akhlak, sunnah dan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai amanah, integriti, kasih sayang dan kebaikan dalam setiap urusan dan perkhidmatan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menjadi sumber inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”
🌿 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Daripada Pengurusan dan seluruh warga CIDB Cawangan Sandakan.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Semoga kita semua memperoleh syafaat Baginda SAW di dunia dan di akhirat.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

18/08/2026

Belum terima kad hijau lagi? Ikut kaedah ini

18/08/2026

🚨 AWAS! JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN AGEN YANG MENGENAKAN CAJ BERLEBIHAN 🚨

Kontraktor, jangan terburu-buru membuat sebarang bayaran kepada pihak atau agen yang menawarkan perkhidmatan berkaitan urusan CIDB.

💡 Ingat! Jangan kerana mahu cepat, kita akhirnya membayar lebih daripada sepatutnya.

📢 Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan kontraktor supaya lebih ramai tidak menjadi mangsa penipuan atau caj perkhidmatan yang berlebihan.

17/08/2026

CIDB ZON SANDAKAN: PERKUKUH INDUSTRI PEMBINAAN BERKUALITI DAN SELAMAT

📍 Sandakan, Sabah | 17 Ogos 2026

Komitmen untuk memperkukuh industri pembinaan yang berkualiti, selamat dan mampan terus menjadi keutamaan CIDB Zon Sandakan.

Menerusi usaha berterusan dalam aspek pematuhan standard, keselamatan dan kualiti pembinaan, CIDB sentiasa menggalakkan pemain industri agar memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut peraturan, piawaian serta amalan terbaik yang ditetapkan.

Kerjasama erat antara CIDB, kontraktor, penggiat industri dan semua pihak berkepentingan amat penting bagi mewujudkan persekitaran pembinaan yang lebih selamat, profesional dan berkualiti, sekali gus menyumbang kepada pembangunan infrastruktur yang memberi manfaat kepada masyarakat.

🎥 Perkembangan mengenai perkara ini turut mendapat liputan Berita RTM menerusi segmen Berita Wilayah.

CIDB Zon Sandakan — Bersama memperkukuh industri pembinaan yang berkualiti dan selamat.

🏢 PENILAIAN KESELAMATAN, KESIHATAN & KEKEMASAN PEJABAT (3KP) CIDB NEGERI DAN CAWANGAN TAHUN 2026Sandakan, Sabah – CIDB C...
11/08/2026

🏢 PENILAIAN KESELAMATAN, KESIHATAN & KEKEMASAN PEJABAT (3KP) CIDB NEGERI DAN CAWANGAN TAHUN 2026

Sandakan, Sabah – CIDB Cawangan Sandakan telah menerima kunjungan dua orang pegawai daripada Ibu Pejabat CIDB bagi melaksanakan penilaian Keselamatan, Kesihatan & Kekemasan Pejabat (3KP) Tahun 2026.

Penilaian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan 3KP di pejabat, khususnya dari aspek keselamatan, kesihatan, kebersihan, kekemasan serta persekitaran tempat kerja bagi memastikan suasana kerja sentiasa selamat, selesa dan kondusif.

Hasil penilaian dan semakan yang telah dilaksanakan mendapati bahawa tahap pelaksanaan 3KP di CIDB Cawangan Sandakan adalah sangat memuaskan. Lebih membanggakan, tiada sebarang penemuan serius atau ketidakpatuhan yang dikenal pasti sepanjang sesi penilaian tersebut.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada kerjasama, komitmen dan kesedaran seluruh warga CIDB Cawangan Sandakan dalam memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kekemasan pejabat sentiasa diberi perhatian.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga CIDB Cawangan Sandakan atas komitmen yang diberikan. Semoga budaya kerja yang selamat, sihat, kemas dan berkualiti ini terus dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 👏🏻💪🏻

“Keselamatan, Kesihatan dan Kekemasan Tanggungjawab Bersama.”






PROGRAM BACAAN YASIN, DOA TAHLIL & DOA SELAMATAlhamdulillah, telah berlangsung Program Bacaan Yasin, Doa Tahlil dan Doa ...
17/07/2026

PROGRAM BACAAN YASIN, DOA TAHLIL & DOA SELAMAT

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Bacaan Yasin, Doa Tahlil dan Doa Selamat anjuran CIDB Malaysia Cawangan Sandakan yang melibatkan penyertaan warga kerja CIDB Sandakan.

Program ini diadakan sebagai wadah untuk mengeratkan ukhuwah sesama warga kerja di samping memohon keberkatan, keselamatan, kesejahteraan serta kelancaran urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Turut dipanjatkan doa tahlil buat ahli keluarga,semoga segala amal kebajikan mereka diterima Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Selain itu, doa selamat turut dipohon agar seluruh warga CIDB Sandakan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, perlindungan, rezeki yang berkat serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga program seumpama ini terus menjadi amalan yang memperkukuhkan nilai-nilai murni, semangat kebersamaan dan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan warga CIDB.

Ucapan Penghargaan Majlis Tamat Latihan IndustriSeluruh warga CIDB Malaysia Cawangan Sandakan merakamkan setinggi-tinggi...
17/07/2026

Ucapan Penghargaan Majlis Tamat Latihan Industri

Seluruh warga CIDB Malaysia Cawangan Sandakan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nurul Syahiera binti Abdul Majid, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Pemasaran, atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang menjalani latihan industri di CIDB Malaysia Cawangan Sandakan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan ini menjadi bekalan yang berharga untuk menempuhi alam pekerjaan serta mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Warga CIDB Sandakan mendoakan agar Nurul Syahiera terus cemerlang dalam pengajian, dipermudahkan segala urusan dan berjaya menggapai cita-cita yang diimpikan.

Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa. Selamat maju jaya! 🌹

Address

Cidb Sandakan
Sandakan
90000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6089668015

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIDB Cawangan Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to CIDB Cawangan Sandakan:

Shortcuts

Share