Majlis Daerah Saratok yang ditubuhkan pada tahun 1948 dahulunya dikenali dengan nama Kalaka Mixed Local Authority. Pada tahun 1991 Kalaka District Council sekali lagi ditukar nama kepada Saratok District Council atau Majlis Daerah Saratok yang kekal sehingga hari ini. Dari tahun 1948 hingga 1953 pejabat majlis mengunakan bangunan lama kerajaan yang terletak di tempat Perpustakaan Awam berada sekarang. Dari 1954 hingga 1961 kami telah berpindah ke bangunan lama Kerajaan yang terletak di tempat Masjid Besar, Saratok sekarang. Pada tahun 1962 Majlis Daerah Saratok mempunyai pejabatnya sendiri dengan kos pembinaannya sebanyak RM 83,000.00. Pejabat ini telah dirasmikan oleh Tuan Residen, Bahagian Kedua, Simanggang Mr. Richards pada awal tahun 1962. Ketika itu bangunan ini agak terpencil kerana tiada bangunan lain berada di kawasan tersebut. Tetapi kini lokasi pejabat ini adalah di tengah-tengah Bandar Saratok. Bangunan Pejabat Majlis diroboh dan dibina semula pada tahun 1991 dengan kos pembinaannya sebanyak RM 960,000.00 dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan, Sarawak, Datuk Amar James Wong Kim Min pada 23 Jun 1993.