Wawasan Negara Bahagian Larut

  • Home
  • Wawasan Negara Bahagian Larut

Wawasan Negara Bahagian Larut Wawasan Negara Bahagian Larut Ada lah kesinabungan dri gerakan RESET yg diasaskan oleh YB DS HAMZAH

Parti Wawasan Negara Bahagian Larut (PENAJA) telah membuka keahlian utk org2 Larut. Bagi orang² Larut yg ingin mendaftar...
19/08/2026

Parti Wawasan Negara Bahagian Larut (PENAJA) telah membuka keahlian utk org2 Larut.
Bagi orang² Larut yg ingin mendaftar blh hubungi penama2 berikut.

1. Sdra Mat Nor Piah - Dun Selama
019 4779936
Wasap.my/60194779936/KeahlianWawasanNegara

2. Cikgu Mat Nor - Dun Batu Kurau
016 3520042
Wasap.my/60163520042/KeahlianWawasanNegara

3. Sdra Hazani - Dun Kubu Gajah
019 5057640
Wasap.my/60195057640/KeahlianWawasanNegara


09/08/2026
09/08/2026

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐏𝐍 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐁𝐍 𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧?

Kemelut politik dan ekonomi negara yang melanda sejak kebelakangan ini telah membuka mata ramai pihak, terutamanya golongan anak muda. Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini bukan sekadar proses memilih wakil rakyat biasa, tetapi merupakan pentas penting untuk generasi muda menyuarakan manifestasi keresahan dan hala tuju sebenar yang mereka mahukan.

Terdapat beberapa faktor utama mengapa gabungan dan kerjasama jajaran politik Melayu-Bumiputera menerusi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan paling relevan buat anak muda di Negeri Sembilan hari ini:

1. Dahagakan Penyatuan Melayu Dan Islam Yang Kukuh

Anak muda hari ini semakin sedar bahawa perpecahan politik hanya merugikan bangsa dan negara. Apa yang diinginkan oleh generasi baharu bukanlah perbalahan sesama sendiri, sebaliknya penyatuan Melayu yang kukuh di bawah satu payung kepimpinan. Gabungan suara dan sokongan kepada parti-parti berasaskan Melayu-Islam seperti PN dan BN dilihat sebagai wadah paling stabil untuk menyatukan semula kekuatan ummah yang kian terhakis.

2. Mendedikasikan Semula Kuasa Politik kepada Kelompok Majoriti

Demokrasi yang sihat perlu mencerminkan realiti demografi negara. Anak muda mahukan kuasa politik dikembalikan secara dominan kepada kelompok majoriti Melayu-Bumiputera demi menjamin kestabilan sosial dan keselamatan institusi penting negara. Apabila kepimpinan majoriti berada di kedudukan yang stabil, hak serta kebajikan semua kaum di Malaysia termasuk di Negeri Sembilan dapat dipelihara dengan lebih adil dan saksama tanpa wujudnya rasa terancam.

3. Serik Ditipu Janji "Bulan dan Bintang"

Generasi muda kini sudah letih dan muak ditipu oleh manifesto manis yang ditabur menjelang pilihan raya. Janji-janji melangit yang akhirnya dimungkiri sebaik sahaja memperoleh kuasa telah menimbulkan rasa kecewa yang mendalam. Anak muda tidak mahu lagi disogok dengan retorik kosong atau formula yang tidak menjadi. Mereka mahukan pentadbiran yang berintergriti, realistik, dan berpijak di alam nyata seperti yang pernah dibuktikan menerusi trek rekod pentadbiran BN dan PN sebelum ini.

4. Tertekan dengan Peningkatan Kos Sara Hidup

Kegagalan sesetengah polisi kerajaan semasa telah memberi impak langsung kepada poket anak muda. Kenaikan kos sara hidup daripada peningkatan harga barangan keperluan, bil utiliti yang melambung, sehinggalah isu bebanan harga minyak telah menghimpit kehidupan harian mereka. Anak muda sudah muak menanggung derita ekonomi akibat dasar-dasar yang canggung dan tidak berkesan. Sokongan kepada PN dan BN di Negeri Sembilan adalah signal jelas bahawa perubahan polisi ekonomi yang lebih pro-rakyat perlu dilaksanakan segera.

Kesimpulan

PRN Negeri Sembilan kali ini adalah medan terbaik untuk anak muda menghantar mesej tegas kepada pemerintah. Pilihan di tangan generasi muda hari ini akan menentukan sama ada negara terus berada dalam ketidakpastian atau kembali ke trek kestabilan demi masa depan yang lebih terjamin.

𝐅𝐚𝐢𝐳 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐝
𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚

09/08/2026
14/07/2026

Innalillahi wainna ilaihir rajiun (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون)

On behalf of the Opposition Members of Parliament of Malaysia, I extend our deepest condolences to His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, the Royal Family, the Government, and the people of the State of Qatar during this time of profound mourning.

His Highness the Father Amir was a visionary statesman who played a pivotal role in building the modern State of Qatar. His wisdom, foresight, and steadfast leadership transformed Qatar into a nation of global prominence, while his enduring contributions to the Muslim Ummah, his commitment to advancing dialogue and diplomacy, and his efforts in promoting peace and stability will continue to inspire generations.

May Allah SWT envelop the late Father Amir in His infinite mercy, forgive his shortcomings, and grant him the highest station in Jannatul Firdaus.

14/07/2026

Makan tengah hari bersama seorang tokoh yang terkenal dengan ketegasan, kelantangan dan kepimpinan berprinsip, Tan Sri Rafidah Aziz, yang digelar The Iron Lady, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

14/07/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐅𝐔𝐋
𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍
𝐏𝐀𝐑𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐌𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔

1. Pada Isnin 13 Julai 2026, peguam saya telah memfailkan satu writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam terhadap Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia.

2. Pada 3 Disember 2025 lalu, peguam saya telah menghantar satu surat kepada Tun Faisal susulan kenyataan fitnah yang dia keluarkan terhadap saya dalam satu podcast "The Tiger Show" pada 31 Oktober 2025.

3. Dalam surat pertama saya bertarikh 3 Disember 2025 itu, antara lainnya saya menuntut supaya Tun Faisal menarik balik, memohon maaf dan membayar gantirugi RM10 juta atas kesalahan memfitnah saya.

4. Pada 12 Januari 2026, peguam Tun Faisal telah membalas surat saya dan menyatakan bahawa Tun Faisal enggan memenuhi tuntutan saya.

5. Pada 2 Mac 2026, peguam saya membalas surat tersebut dan meminta Tun Faisal mencadangkan bentuk penyelesaian yang dia mahu tawarkan.

6. Setelah empat bulan menunggu, masih tiada balasan dari Tun Faisal. Maka saya mengarahkan peguam saya mengeluarkan satu surat akhir bertarikh 7 Julai 2026 meminta cadangan penyelesaian yang substantif daripada dia.

7. Oleh kerana sehingga hari ini dia tidak membalas atau memberi apa-apa cadangan, saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan tindakan mahkamah yang tegas di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam.

8. Dalam kenyataan fitnah yang berniat jahat oleh Tun Faisal, beliau memberi implikasi bahawa saya menerima projek Jana Wibawa kerana Tan Sri Muhyiddin yang memberikan projek itu kepada saya.

9. Fitnah ini bukan saja palsu dan mencemarkan nama baik saya, tetapi juga memberi implikasi bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang penyalahguna kuasa.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wawasan Negara Bahagian Larut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share