05/06/2026
Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2026
Makanan yang dibazirkan bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang memerlukan, malah turut memberi kesan kepada alam sekitar melalui pembaziran sumber dan peningkatan pelepasan karbon.
Pada tahun 2025, Yayasan Food Bank Malaysia telah berjaya menyelamatkan sebanyak 222,012.61 kilogram lebihan makanan daripada menjadi sisa. Makanan ini kemudiannya diagihkan semula kepada komuniti yang memerlukan, menghasilkan lebih 634,321 hidangan dan memberi manfaat kepada ribuan keluarga di seluruh negara.
Usaha penyelamatan makanan ini juga membantu mengelakkan pelepasan kira-kira 555 tan CO₂e ke atmosfera, bersamaan impak alam sekitar seperti mengeluarkan 121 buah kereta daripada jalan raya selama setahun.
Setiap makanan yang diselamatkan bukan sekadar mengisi perut yang lapar, tetapi turut membantu melindungi bumi yang kita warisi bersama.
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama mengurangkan pembaziran makanan dan menyokong usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar.
🌱 Berpakat Bantu Masyarakat
Sustainability
ESG
YFBM
BerpakatBantuMasyarakat
31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan dan kekuatan dalam terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, perpaduan serta kemakmuran.
Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada
Yayasan Food Bank Malaysia
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.
Marilah kita terus menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki demi masyarakat yang lebih prihatin dan saling membantu.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada,
Yayasan Food Bank Malaysia
19/05/2026
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗜𝗪𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗢𝗗 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗭𝗔𝗜𝗗 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗧𝗛𝗔𝗕𝗜𝗧, 𝗣𝗣𝗥 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗧𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞
19 Mei 2026 — Kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Bagi siri kali ini, seramai 150 penerima telah disantuni dalam program yang berlangsung di Masjid Zaid Ibnu Thabit, PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan komuniti setempat. Program turut disertai dengan sesi saringan kesihatan dari Klinik As Salam, gimik penyerahan bantuan kepada penerima serta lawatan ke rumah penerima bagi menyantuni mereka dengan lebih dekat.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Zolkafli bin Suhor, Pengerusi Masjid Zaid Ibnu Thabit, Puan Nik Noor Syafawati binti Nik Mohamed Nasir, Ketua Penyelaras Pusat Agihan Zakat Bandar Tun Razak, Puan Nurul Izzah, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Klinik As Salam HQ, Puan Haslina Hashim, wakil dari Institut Kemahiran Baitumal-MAIWP serta Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Ketua Pegawai Operasi YFBM bersama warga kerja YFBM dan ahli jawatankuasa masjid.
Turut bersama menjayakan program ini ialah para sukarelawan termasuk 17 pelajar-pelajar Institut Kemahiran Baitulmal-MAIWP yang membantu melancarkan perjalanan program sepanjang berlangsung.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, para sukarelawan, dan komuniti setempat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.
kpmaiwp
Berpakat Bantu Masyarakat.
17/05/2026
𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 : 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗢𝗛, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 📍
15 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyalurkan bantuan makanan Ready to Eat (RTE) kepada mangsa-mangsa banjir kilat di Kampung Orang Asli Sungai Buloh, Selangor yang terjejas akibat hujan lebat dan limpahan air secara mendadak.
Bantuan ini diberikan sebagai respon segera bagi membantu penduduk yang terkesan, khususnya dalam memastikan bekalan makanan asas dapat disalurkan dengan cepat ketika berdepan situasi kecemasan. YFBM akan terus komited dalam menyantuni komuniti yang memerlukan serta memastikan bantuan sampai pada waktu yang paling diperlukan.
Anda juga boleh menyokong misi kami dengan menyumbang terus kepada YFBM:
MAYBANK
566010630584
Yayasan Food Bank Malaysia
RUJ: BANJIR
17/05/2026
𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 : 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗡𝗚📍
15 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyalurkan bantuan makanan Ready to Eat (RTE) kepada mangsa-mangsa banjir kilat di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Selangor yang terjejas akibat hujan lebat dan limpahan air secara tiba-tiba.
Bantuan ini dihulurkan sebagai respon kecemasan bagi meringankan beban penduduk yang terkesan, terutamanya dalam memenuhi keperluan makanan segera ketika situasi bencana berlaku. YFBM komited untuk terus memastikan bantuan asas sampai kepada mereka yang memerlukan pada waktu yang paling genting.
Berpakat Bantu Masyarakat
Anda juga boleh menyokong misi kami dengan menyumbang terus kepada YFBM:
MAYBANK
566010630584
Yayasan Food Bank Malaysia
RUJ: BANJIR