PD Kg Hulu Chuchoh Selangor

Contact the organization

PD Kg Hulu Chuchoh Selangor Library My Second Home

Pagi-pagi Makan Durian
Makan bersama Buah Duku
Rajin-rajinlah Ke Perpustakaan

20 Oktober 2026Kuiz Hari Sukan Negara Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
20/10/2026

20 Oktober 2026

Kuiz Hari Sukan Negara

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

TERCEKIK AIR LIUR, BOLEH JADI BAHAYA KE?Pernah tak tiba-tiba terbatuk kuat, rasa seperti tercekik, padahal tak makan ata...
20/10/2026

TERCEKIK AIR LIUR, BOLEH JADI BAHAYA KE?

Pernah tak tiba-tiba terbatuk kuat, rasa seperti tercekik, padahal tak makan atau minum apa-apa?

Sebenarnya, kita juga boleh tersedak dengan air liur sendiri.

KENAPA IA BERLAKU?

Ketika menelan, saluran pernafasan akan dilindungi supaya air liur masuk ke saluran makanan, bukannya paru-paru.

Namun, apabila koordinasi menelan terganggu, air liur boleh memasuki saluran pernafasan. Keadaan ini dikenali sebagai aspiration.

Badan biasanya bertindak balas dengan batuk kuat untuk membersihkan saluran tersebut.

APA BAHAYANYA?

Batuk dan rasa tercekik – tindak balas untuk melindungi paru-paru.

Kesukaran bernafas – boleh berlaku jika saluran pernafasan terganggu dengan serius.

Aspiration pneumonia – jangkitan paru-paru yang boleh berlaku apabila air liur yang mengandungi bakteria memasuki paru-paru, terutama jika kejadian berulang.

SIAPA LEBIH BERISIKO?

Warga emas, pesakit strok, Parkinson, individu yang mengalami masalah menelan dan mereka yang mempunyai tahap kesedaran rendah.

APA PERLU BUAT?

Jika masih boleh bernafas dan batuk dengan kuat, duduk tegak dan teruskan batuk. Jangan paksa minum air ketika masih tersedak.

Jika tidak dapat bernafas, bibir menjadi kebiruan atau pengsan, hubungi 999 segera.

Jika kerap tersedak air liur, sukar menelan atau kerap mendapat jangkitan paru-paru, dapatkan pemeriksaan doktor.

PENTING: Sekali-sekala tersedak air liur biasanya tidak berbahaya. Tetapi jika kerap berlaku, ia mungkin petanda masalah menelan (dysphagia) yang memerlukan penilaian.

Sumber : Public Health Malaysia

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

Hawa perlu didinginkan, bahasa perlu dibetulkan!  Sumber : Dewan Bahasa Dan Pustaka Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
20/10/2026

Hawa perlu didinginkan, bahasa perlu dibetulkan!




Sumber : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

Dalam kesibukan mengejar dunia, jangan pernah lupa untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Sebanyak mana pun dosa ki...
20/10/2026

Dalam kesibukan mengejar dunia, jangan pernah lupa untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Sebanyak mana pun dosa kita, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang kembali bertaubat.

🤲 Jom amalkan Sayyidul Istighfar setiap pagi dan petang! Hayati maknanya, lafazkan dengan penuh pengharapan dan hadirkan hati ketika memohon keampunan-Nya. Jangan tunggu sehingga hati terasa berat untuk kembali kepada Allah.

Jadikan istighfar sebagai amalan harian. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, merahmati kehidupan kita dan mengurniakan pengakhiran yang baik.






Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

13/10/2026Kelas Kemas PKK :Membuat Pin Cushion Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
15/10/2026

13/10/2026

Kelas Kemas PKK :
Membuat Pin Cushion

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

06/10/2026Kelas Kemas PKK :Membuat Blueberry CheesetartPerpustakaan Desa Zon 4 Selangor
15/10/2026

06/10/2026

Kelas Kemas PKK :
Membuat Blueberry Cheesetart

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

14 Oktober 2026Kuiz Kepimpinan Dan Inovasi Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
14/10/2026

14 Oktober 2026

Kuiz Kepimpinan Dan Inovasi

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

“Doktor, perut saya sakit.”“Bahagian mana yang sakit?”“Sakit macam mana? Memulas, mencucuk atau pedih?”“Sejak bila sakit...
14/10/2026

“Doktor, perut saya sakit.”

“Bahagian mana yang sakit?”

“Sakit macam mana? Memulas, mencucuk atau pedih?”

“Sejak bila sakit? Ada muntah atau demam?”

Kadang-kadang kita rasa macam doktor tanya terlalu banyak soalan. Dah sakit perut, kena jawab macam-macam p**a.

Sebenarnya, setiap jawapan itu penting.

Perut kita menempatkan pelbagai organ. Lokasi sakit boleh membantu doktor mengenal pasti kemungkinan puncanya.

Contohnya:

1. Sakit ulu hati (tengah atas)

Mungkin berkaitan gastritis, ulser perut, refluks asid atau keradangan pankreas (pankreatitis).

2. Sakit kanan atas perut

Doktor mungkin mempertimbangkan masalah batu karang hempedu, keradangan pundi hempedu atau penyakit hati.

Ada pesakit yang mengalami sakit selepas makan, terutama makanan berlemak.

3. Sakit kiri atas perut

Boleh berkaitan masalah perut, pankreas atau limpa.

4. Sakit sekitar pusat

Antara kemungkinan ialah jangkitan saluran penghadaman atau masalah usus.

Menariknya, apendisitis juga boleh bermula dengan sakit sekitar pusat sebelum beralih ke bahagian kanan bawah perut.

5. Sakit kanan bawah perut

Antara keadaan penting yang doktor perlu pertimbangkan ialah apendisitis.

Namun, batu dalam saluran kencing dan masalah ovari juga boleh menyebabkan sakit di kawasan ini.

6. Sakit kiri bawah perut

Boleh berkaitan sembelit, divertikulitis (keradangan kantung kecil pada usus besar) atau masalah ovari.

7. Sakit bawah tengah perut

Mungkin berpunca daripada jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing atau senggugut.

8. Sakit di sisi perut hingga ke belakang

Doktor akan turut mempertimbangkan masalah buah pinggang, termasuk batu karang dan jangkitan buah pinggang.


Tetapi lokasi sakit sahaja tidak cukup untuk menentukan diagnosis.

Doktor juga perlu tahu bagaimana sakit itu bermula, sama ada semakin kuat atau datang dan pergi, serta sama ada terdapat gejala lain.

Contohnya, sakit perut bersama demam, muntah, cirit-birit, pedih ketika kencing atau perubahan haid boleh memberikan petunjuk yang berbeza.

Pemeriksaan fizikal dan kadangkala ujian darah, air kencing atau imbasan diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Bila perlu dapatkan rawatan segera?

Jangan tunggu jika sakit perut berlaku secara tiba-tiba dan sangat kuat, semakin teruk, perut menjadi keras atau sangat sakit apabila disentuh, muntah berterusan, muntah darah, najis berdarah atau pengsan.

Sakit perut bersama sesak nafas atau sakit dada juga memerlukan perhatian segera. Begitu juga sakit perut yang kuat jika sedang atau mungkin hamil, terutama apabila disertai pendarahan.

Jadi, apabila doktor bertanya banyak soalan tentang sakit perut anda, bukan kerana mahu menyusahkan.

Setiap jawapan membantu doktor membezakan antara masalah yang mungkin ringan dengan keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Gambar ini ialah panduan umum untuk memahami lokasi sakit perut dan kemungkinan puncanya, bukan alat untuk membuat diagnosis sendiri.

Sumber : Public Health Malaysia

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

RESEPI atau RESIPI?   Sumber : Dewan Bahasa Dan Pustaka Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
14/10/2026

RESEPI atau RESIPI?




Sumber : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

8 Oktober 2026Kuiz Bulan Bahasa : Simp**an Bahasa (Siri 2)Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor
08/10/2026

8 Oktober 2026

Kuiz Bulan Bahasa : Simp**an Bahasa (Siri 2)

Perpustakaan Desa Zon 4 Selangor

Address

Perpustakaan Desa Kg. Hulu Chuchoh

43950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Hulu Chuchoh Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PD Kg Hulu Chuchoh Selangor:

Shortcuts

Share

Category