AADK Manjung PERAK

Call

AADK Manjung PERAK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Manjung PERAK, Government Organization, tingkat 2, bangunan persekutuan seri manjung, seri manjung.

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.YBrs. Dato’ KP, Pn TKPP,  Tuan TKPO, Tuan/ Puan, *TAKLIMAT ANTIDADAH & UJIAN SAR...
08/10/2026

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

YBrs. Dato’ KP, Pn TKPP, Tuan TKPO, Tuan/ Puan,

*TAKLIMAT ANTIDADAH & UJIAN SARINGAN AIR KENCING SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) 2026*

*Tarikh :* 07.10.2026 (Rabu)
*Masa :* 11.00 Pagi
*Tempat :* SMK PANGKOR
*Peserta :* 30 orang pelajar
*Peserta di urin :* 30 pelajar
*Keputusan:* 30 pelajar negatif.

*Aktiviti* :
1. Taklimat Antidadah dan tatacara pemberian sampel air kencing disampaikan oleh Puan Noranisah Binti Md Hairudin
2. Ujian saringan awalan air kencing ke atas 30 orang pelajar.
3. Sesi soal jawab.
4. Edaran risalah,Poster TELE-HELLO AADK

Sekian, terima kasih

𝘜𝘯𝘪𝘵 𝘗𝘦𝘯𝘤𝘦𝘨𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘦𝘥𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮
*AADK DAERAH MANJUNG*

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.YBhg. Dato’ KP, Puan TKPP, Tuan TKPO, Tuan / Puan, *PESANAN ANTIDADAH (PESADA)**...
08/10/2026

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera.

YBhg. Dato’ KP, Puan TKPP, Tuan TKPO, Tuan / Puan,

*PESANAN ANTIDADAH (PESADA)*

*Tarikh :* 07 Oktober 2026 (Rabu)
*Masa :* 10.00 Pagi
*Tempat:* Sekitar kawasan Jeti Pangkor & Pasir Bogak

*Aktiviti* :
1. ⁠Penyampaian informasi dan edaran risalah berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah.
2. Pesanan Antidadah (PESADA) - Walking Message bersama ahli Skuad Antidadah Daerah Manjung

Sekian, terima kasih.

Unit Pencegahan,
_*AADK Daerah Manjung*_

06/10/2026

Episod baharu Podcast Hero Sebenar kini kembali! Kali ini, kita bawakan khas Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Tuan Mahadzir Elias, bagi merungkai pendedahan eksklusif yang membuka mata kita tentang realiti ancaman dadah di lapangan hari ini.

Menerusi episod ini, beliau berkongsi pelbagai kisah benar daripada taktik licik sindiket yang menjadikan kanak-kanak sebagai marker, perbezaan bahaya dadah jalanan, sehinggalah cabaran sebenar yang dihadapi oleh pegawai AADK.

Pengalaman dan ilmu yang dikongsi ini amat bernilai untuk kita semua sebagai benteng pertahanan utama keluarga dan masyarakat.

🎬 Saksikan Episod Full Podcast Hero Sebenar SEKARANG di YouTube AADK TV!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Badan kita bukan barang kitar semula. Ramai yang sanggup berhabis duit beli aksesori kereta atau telefon yang paling tul...
05/10/2026

Badan kita bukan barang kitar semula. Ramai yang sanggup berhabis duit beli aksesori kereta atau telefon yang paling tulen, tapi bila bab penjagaan diri sendiri, kita sanggup masukkan 'bahan tiruan' (bahan terlarang) ke dalam badan.

Tahukah anda? Bahan terlarang ni ibarat kita masukkan minyak masak dalam enjin kereta lumba. Nampak macam boleh jalan sekejap, tapi akhirnya sistem dalaman terus hancur dan tak boleh dibaiki lagi! Hujung minggu dah habis, jom kita mulakan semula diri dengan pemakanan yang betul dan prinsip yang teguh.

Jangan biarkan hidup kita tertipu dengan pengaruh negatif!
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF PUSPEN KARAK, PERKASA INFRASTRUKTUR RAWATAN DAN PEMULIHANMenteri Dalam Negeri, YB Datuk Ser...
05/10/2026

PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF PUSPEN KARAK, PERKASA INFRASTRUKTUR RAWATAN DAN PEMULIHAN

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Membina dan Meroboh serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, Pahang.

Majlis penyerahan ini menjadi satu lagi pencapaian penting dalam usaha kerajaan menaik taraf infrastruktur PUSPEN Karak bagi memastikan penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang lebih baik kepada masyarakat.

Projek ini turut mencerminkan keutamaan kerajaan dalam menyediakan infrastruktur yang mampu menyokong penyampaian perkhidmatan secara lebih berkesan, sekali gus memperkukuh ekosistem rawatan dan pemulihan dadah negara.

Sebagai simbolik penyerahan projek, majlis menyaksikan sesi menandatangani Sijil Penyerahan Projek antara Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang yang disaksikan oleh Menteri Kerja Raya dan Menteri Dalam Negeri.

Majlis turut disempurnakan dengan sesi pertukaran dokumen dan penyerahan replika kunci sebagai simbolik lengkapnya penyerahan Projek Membina dan Meroboh serta Menaik Taraf PUSPEN Karak.

Penyerahan ini menandakan satu lagi titik penting dan permulaan era baharu buat PUSPEN Karak dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah negara.

Turut hadir Ahli Parlimen Bentong, YB Puan Young Syefura Othman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid; Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh dan pengurusan tertinggi AADK.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah







AWARD DAY TEAM PROGRAMME MALAYSIA: MENGHARGAI USAHA, MENYEMARAK SEMANGAT PERUBAHANAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ter...
30/09/2026

AWARD DAY TEAM PROGRAMME MALAYSIA: MENGHARGAI USAHA, MENYEMARAK SEMANGAT PERUBAHAN

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus memberikan sokongan terhadap usaha pemulihan dan pembangunan diri klien melalui penyertaan dalam Award Day Team Programme Malaysia anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang berlangsung di Lagoon 1, Sunway Resort Hotel, hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menjadi wadah bagi mengiktiraf pencapaian peserta yang telah menunjukkan kesungguhan dalam membina semula kehidupan, merancang masa depan serta mempersiapkan diri untuk kembali bersama keluarga dan masyarakat.

Dalam majlis tersebut, seorang bekas penghuni PUSPEN Dengkil telah menerima Perseverance Award sebagai pengiktirafan terhadap ketekunan, kesungguhan dan daya juang yang ditunjukkan sepanjang menjalani proses pemulihan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil, yang hadir mewakili AADK, turut menerima Appreciation Token Award bagi pihak agensi sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sokongan berterusan AADK dalam menjayakan usaha pemulihan serta pembangunan peserta.

Penganjuran program ini bertujuan mengiktiraf pencapaian peserta dalam aspek pembangunan diri, perancangan masa depan dan kerjaya, di samping memupuk ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran kehidupan selepas tamat tempoh pemulihan serta mengurangkan risiko relaps.

AADK merakamkan penghargaan kepada Selangor Youth Community (SAY) atas penganjuran program yang menyediakan ruang dan pengiktirafan kepada peserta untuk terus membina keyakinan diri, merancang masa depan serta kembali menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

Dalam majlis itu, kumpulan Iris Band daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi turut membuat persembahan nyanyian.

Turut hadir memeriahkan majlis Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Dr. Rafidi Jusoh; serta Pengarah Negeri dan Pengarah-Pengarah PUSPEN di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





PERSIDANGAN PENGURUS SUMBER MANUSIA KDN PERKUKUH TADBIR URUS DAN PENGURUSAN MODAL INSANKementerian Dalam Negeri (KDN) me...
30/09/2026

PERSIDANGAN PENGURUS SUMBER MANUSIA KDN PERKUKUH TADBIR URUS DAN PENGURUSAN MODAL INSAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan komitmen memperkukuh pengurusan sumber manusia menerusi Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Puan Ainah Mohd Soon, itu dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KDN dengan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan platform strategik yang menghimpunkan pengurus sumber manusia KDN bersama jabatan dan agensi di bawahnya bagi membincangkan isu semasa serta memperkukuh tadbir urus pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.

Persidangan ini memberi penekanan kepada aspek pembangunan bakat dan kompetensi, pengukuhan perjawatan, pelaksanaan latihan, pusingan kerja serta kesejahteraan organisasi sebagai antara elemen penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia yang lebih cekap, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan semasa.

Selain itu, HRMC turut menjadi wadah perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam kalangan pengurus sumber manusia KDN dan agensi di bawahnya, termasuk berkaitan pengurusan modal insan serta strategi memperkukuh kapasiti dan keupayaan warga kerja.

Antara fokus yang diketengahkan dalam persidangan adalah perkongsian berkaitan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi, usaha membina tadbir urus yang berintegriti serta inisiatif membendung budaya salah laku atau Culture of Misconduct and Corruption (CMC) dalam organisasi.

Persidangan ini diharap dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pengurus sumber manusia KDN dan agensi di bawahnya, selaras dengan usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasa modal insan Kementerian Dalam Negeri.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan AADK, Tuan Lai Lung Kwang.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)




🎙️ KOPI O & INTEGRITI: BERSAMA AADK PERKASAKAN PENJAWAT AWAMIPOH, 30 September 2026 – Radio Majlis Bandaraya Ipoh (Radio...
30/09/2026

🎙️ KOPI O & INTEGRITI: BERSAMA AADK PERKASAKAN PENJAWAT AWAM

IPOH, 30 September 2026 – Radio Majlis Bandaraya Ipoh (Radio MBI) hari ini meneruskan usaha menyampaikan informasi berkaitan pencegahan dadah dan integriti penjawat awam menerusi Temubual Eksklusif bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak.

Temubual yang berlangsung selama satu jam itu membawakan topik “Kopi O & Integriti: Bersama AADK Perkasakan Penjawat Awam”, dengan fokus kepada aspek perundangan, prosedur serta tanggungjawab jabatan sekiranya berlaku penglibatan penjawat awam dalam penyalahgunaan dadah.

Antara perkara yang dikupas termasuk undang-undang berkaitan penjawat awam, prosedur pelaksanaan ujian air kencing serta peranan jabatan dalam menangani isu sekiranya seseorang penjawat awam didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Perkongsian berinformasi tersebut disampaikan oleh Ketua Cawangan Pencegahan AADK Negeri Perak, Encik Mohamed Zaharen bin Ibrahim, sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta kefahaman penjawat awam terhadap kepentingan integriti dan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada ancaman dadah.

Sekian.

30/09/2026

Kelesuan Minda: Jangan Biarkan Tekanan Menghancurkan Masa Depan!
Kadang-kadang, rintangan hidup terasa terlalu berat sehingga kita rasa sesak. Apabila tekanan melampau, ada yang tersilap langkah dengan mencari 'ketenangan palsu' melalui bahan terlarang.
Ingat, minda kita perlukan rehat yang tulus, bukannya gangguan kimia yang merosakkan saraf. Kita perlu bersama dalam menjaga kesihatan jiwa.
Cara Pulihkan Tenaga Minda Secara Sihat:
📱 Jauhi Gajet Sejenak: Beri ruang untuk mata dan fikiran berehat daripada dunia digital.
⚽️ Hobi Yang Menenangkan: Beriadah di luar, melukis, atau sekadar berbual dengan teman yang positif.
👫 Dapatkan Sokongan: Jangan simpan beban sendirian. Luahkan pada mereka yang sudi mendengar.
Jangan biarkan tekanan hidup memadamkan cahaya masa depan kita. Berehatlah seketika, tetapi jangan sesekali menyerah kalah.
Apa cara kegemaran anda untuk mengurangkan tekanan? Jom kongsi di ruangan komen!
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.


Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang y...
29/09/2026

Hebat sungguh kuasa hujung jari zaman sekarang. Sekali kita 'tekan' dan 'hantar', kita rasa puas dapat menghukum orang yang kita rasa bersalah. Kita sangka kita sedang menegakkan kebenaran, tapi sedarkah kita? Kita sebenarnya sedang berkongsi dosa membunuh semangat sesama manusia.

Apabila seseorang tersilap langkah, kita beramai-ramai 'menguburkan' mereka dengan maki hamun. Adakah itu sifat kita sebagai manusia yang beradab?

Ingat, setiap perkataan yang kita taip itu akan dihisab. Jangan sampai satu hari nanti, kita tersedar yang 'hiburan' kita di media sosial telah menyebabkan seseorang kehilangan keinginan untuk hidup. Pulihkanlah komuniti kita bermula dengan lisan dan tulisan yang baik.

Agak-agak anda, adakah anda menggunakan media sosial untuk memberi kekuatan kepada orang lain, atau anda lebih selesa menjadi 'hakim' yang tidak bergaji di ruangan komen?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Tingkat 2, Bangunan Persekutuan Seri Manjung
Seri Manjung
32040

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056887867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Manjung PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share