Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

Directions Website Contact the organization

Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA University Archives Department, UiTM Library Shah Alam. Responsible in managing UiTM's records and archives.

Tujuh dekad perjalanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dirakam, dipelihara dan dihidupkan kembali menerusi Pameran Arki...
27/09/2026

Tujuh dekad perjalanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dirakam, dipelihara dan dihidupkan kembali menerusi Pameran Arkib Universiti bersempena Himpunan Mesra Alumni UiTM & Sambutan Evolusi 7 Dekad UiTM Bersama YAB Perdana Menteri, yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam pada 26 September 2026.

Pameran ini membawa pengunjung menelusuri perjalanan sejarah UiTM bermula daripada Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956, Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) sehingga berkembang menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti yang dikenali hari ini.

Setiap bahan arkib yang dipamerkan bukan sekadar dokumen, gambar atau catatan lama. Di sebaliknya tersimpan kisah manusia, aspirasi, perjuangan, pencapaian dan perubahan yang membentuk identiti sebuah institusi pendidikan yang telah memberi ruang dan peluang kepada jutaan insan.

Tujuh dekad bukan sekadar ukuran masa. Ia adalah perjalanan sebuah institusi yang terus berkembang, mengangkat pendidikan, memperluas peluang dan melahirkan generasi yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Arkib menyimpan sejarah.
Alumni menghidupkan memori.
Generasi masa hadapan meneruskan legasi.

Tujuh Dekad UiTM — Legasi Kita, Masa Depan Bersama.





23/09/2026
UiTM Hari Ini Dalam Sejarah : Pada 12 September 1966, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Abdul Razak bin Hussien telah menye...
13/09/2026

UiTM Hari Ini Dalam Sejarah : Pada 12 September 1966, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Abdul Razak bin Hussien telah menyempurnakan Upacara Perletakan Batu Asas Bangunan Tambahan Maktab MARA di Petaling Jaya.

Di antara ucapan beliau pada majlis tersebut adalah :

“The other connection between today's ceremony and a Federal Land Development Scheme is that today I am called upon to lay the foundation stone for a new College for the Bumiputera. In Land Development Schemes, I am called upon to plant the first tree, or sow the seeds of the first plant and so it is today in laying the foundation stone for this new MARA College, I feel that I am sowing the seeds of greater Bumiputera participation in the trade, industry, commerce and business of our country.”

Menjelang setahun kemudian, YAB. Tun Abdul Razak bin Hussein telah menyempurnakan Upacara Peletakan Batu Asas ITM Batu Tiga, Jalan Klang, Selangor pada 14 Oktober 1967, kini dikenali sebagai UiTM Shah Alam.




09/09/2026
Penerbitan Edisi Ogos 2026 kali ini membawakan peristiwa penting dan signifikan kepada ITM suatu masa dahulu.1. Koleksi ...
30/08/2026

Penerbitan Edisi Ogos 2026 kali ini membawakan peristiwa penting dan signifikan kepada ITM suatu masa dahulu.

1. Koleksi Khazanah Sejarah Universiti : Buku Panduan Siswa-Siswi Institiut Teknoloji MARA 1975/76

Menyingkap kembali lembaran sebuah penerbitan yang pernah menjadi panduan setiap mahasiswa dalam menempuh kehidupan kampus di Syah Alam. Di sebalik helaian-helaian ini merekodkan catatan awal kampus ITM – Bangunan Menara, Perpustakaan Pusat, Dewan Besar, Asrama I, Asrama II, Asrama III dan Asrama IV, serta bangunan Kajian Kejuruteraan, Kajian Hotel & Catering, Kajian Seni Gunaan dan Kajian Sains Gunaan yang menjadi mercu perkembangan ilmu pada era tersebut. Antara ejaan lama yang digunakan adalah Syah Alam, Institiut, Teknoloji dan yunit. Penerbitan ini bukan sekadar sebuah kalendar akademik, malah menghimpunkan pelbagai panduan penting kepada warga Institiut Teknoloji MARA. Antaranya ialah keterangan am mengenai kuliah, pentadbiran, kursus-kursus yang ditawarkan, sukatan pelajaran (syllabus), peraturan peperiksaan, bayaran peperiksaan, senarai jawatankuasa, persatuan dan kesatuan dalaman, peraturan di asrama serta tatatertib pelajar yang menjadi asas pembentukan sahsiah warga ITM.

2. UiTM Hari Ini Dalam Sejarah :Larian Obor Sukan SEA Games XV 1989
Acara Larian Obor Sukan SEA Games XV telah berlangsung dengan penuh semangat di Taman Tasik Shah Alam pada 19 Ogos 1989. Acara bersejarah ini menjadi simbol penyatuan, kesukanan dan perpaduan serantau sempena penganjuran Sukan SEA edisi ke-15 yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Ogos - 31 Ogos 1989. Kehadiran peserta dalam kalangan warga ITM serta sokongan masyarakat setempat memeriahkan suasana, sekali gus mencerminkan komitmen negara dalam menjayakan temasya sukan berprestij di peringkat Asia Tenggara.

3. Memori Korporat : Lawatan Rasmi Menteri Besar Perlis ke Institut Teknologi MARA Cawangan Perlis 1980

Pada 16 Mac 1980, Dato’ Jaafar Hassan, Menteri Besar Perlis ketika itu, telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Institut Teknologi MARA Cawangan Perlis yang terletak di Arau. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan institusi pendidikan tinggi di negeri Perlis di samping memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dan pihak pengurusan kampus. Ketibaan beliau disambut oleh barisan pengurusan, para pensyarah serta kakitangan dalam suasana penuh mesra dan hormat. Sepanjang lawatan tersebut, beliau dibawa meninjau sekitar kampus bagi melihat kemudahan akademik, bangunan pentadbiran serta suasana pembelajaran para pelajar. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk menilai sendiri tahap kemajuan institusi serta memahami keperluan semasa dalam usaha memantapkan lagi pembangunan pendidikan tinggi di negeri ini. Selain itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan menikmati jamuan makan tengah hari bersama staf akademik dan pentadbiran. Majlis jamuan tersebut berlangsung dalam suasana santai dan harmoni, sekali gus membuka ruang kepada perbincangan serta pertukaran pandangan mengenai peranan institusi pendidikan dalam pembangunan negeri Perlis.

Layari lebih banyak cerita dan sejarah di Memori UiTM.





Lawatan ke Bahagian Arkib Universiti pada 26 Ogos 2026 oleh sahabat saudara Edwin Tri Januarsyah dan Siti Zainia Faridha...
27/08/2026

Lawatan ke Bahagian Arkib Universiti pada 26 Ogos 2026 oleh sahabat saudara Edwin Tri Januarsyah dan Siti Zainia Faridha dari State Islamic University Sunan Kalijaga, Yogyakarta telah membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pengurusan, pemeliharaan serta pendokumentasian bahan sejarah.

Lawatan ini memberikan impak positif melalui pertukaran pandangan yang berlangsung berpotensi menjadi asas kepada kerjasama strategik dalam bidang arkib, sejarah, dokumentasi dan pemeliharaan warisan, sekali gus memperkukuh usaha melestarikan khazanah ilmu serta membina hubungan institusi antara Malaysia dan Indonesia.





27/08/2026

DARI 25 PENUNTUT, LAHIR SEBUAH UNIVERSITI UNTUK ANAK BANGSA

Ada tarikh yang tercatat dalam kalendar, dan ada tarikh yang kekal terpahat dalam sejarah.

26 Ogos 1999 menjadi antara detik penting dalam perjalanan panjang sebuah institusi yang bermula dengan hanya 25 orang penuntut.

Pada hari bersejarah itu, Institut Teknologi MARA (ITM) diumumkan sebagai sebuah universiti dan dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, di Stadium Malawati, Shah Alam.

Namun, perjalanan menuju detik tersebut telah bermula jauh lebih awal.

Segalanya bermula pada 1956 melalui penubuhan Dewan Latihan RIDA, sebuah institusi kecil yang membuka ruang pendidikan kepada 25 orang penuntut. Daripada langkah sederhana itu, institusi ini terus berkembang menjadi Maktab MARA pada 1965, kemudian **Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.

Tahun demi tahun menyaksikan ITM terus diperkasakan. Pada 1970, ITM diberikan kuasa autonomi. Kelulusan Akta ITM di Parlimen pada 1976 p**a memperkukuh kedudukannya di bawah Kementerian Pendidikan, sebelum pindaan Akta ITM pada 1996 membuka laluan kepada status universiti.

Akhirnya, pada tahun 1999, satu lembaran baharu sejarah tercipta.

ITM menjadi UiTM.

Ia bukan sekadar perubahan nama atau status. Pengisytiharan tersebut menjadi simbol sebuah perjalanan pendidikan yang terus berkembang, daripada sebuah dewan latihan kepada sebuah universiti yang menyediakan pendidikan, infrastruktur dan teknologi kepada generasi penuntut.

Daripada 25 penuntut pada tahun 1956, sebuah legasi telah dibina.

Hari ini, apabila kita menyebut nama Universiti Teknologi MARA, kita turut mengenang setiap langkah, perjuangan dan aspirasi yang membentuk perjalanan institusi ini.

Dari Dewan Latihan RIDA, ke Maktab MARA, ITM dan akhirnya UiTM sebuah perjalanan panjang dalam membina masa depan anak bangsa.

Selamat memperingati detik bersejarah pengisytiharan Institut Teknologi MARA sebagai Universiti Teknologi MARA.

Menyingkap sejarah, menghargai legasi, meneruskan aspirasi.







Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM telah menerima kunjungan Puan Faddliza Mohd Zaki dari Fakulti Sains...
24/08/2026

Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM telah menerima kunjungan Puan Faddliza Mohd Zaki dari Fakulti Sains Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau pada 24 Ogos 2026.

Lawatan ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pihak fakulti dan organisasi penempatan latihan industri, khususnya dalam memastikan pelaksanaan latihan industri pelajar berjalan dengan lancar serta memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Sesi ini turut membuka ruang untuk perkongsian berkaitan perkembangan, pengalaman dan pendedahan pelajar sepanjang menjalani latihan industri di Bahagian Arkib Universiti.





21/08/2026

Address

Jalan Bernas 1/10
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA:

Shortcuts

Share