Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor

Call Website Contact the organization

Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor
(3)

OPERASI NAZIRAN BSK SELANGOR SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78📅 20 Oktober 2026 (Selasa)📍 Shah Alam, SelangorDalam u...
22/10/2026

OPERASI NAZIRAN BSK SELANGOR SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-78

📅 20 Oktober 2026 (Selasa)
📍 Shah Alam, Selangor

Dalam usaha memperkukuh pematuhan terhadap peraturan pendaftaran negara, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor telah melaksanakan Operasi Naziran di tiga buah akademi memandu sekitar Shah Alam, Selangor. Operasi ini melibatkan enam (6) orang anggota yang diketuai oleh Cik Masliana binti Mansor, Ketua BPPPK JPN Selangor.

Operasi ini bertujuan memastikan penggunaan MyKad oleh pemilik yang sah serta pematuhan terhadap tatacara pengendalian MyKad, khususnya berkaitan penyimpanan dan penggunaan kad pengenalan sepanjang sesi latihan dan ujian memandu.

Sebanyak 13 keping MyKad telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesalahan dikesan. Pihak akademi memandu turut diberikan nasihat berkaitan tatacara pengendalian MyKad bagi memastikan kad pengenalan sentiasa berada dalam simpanan pemilik dan tidak disimpan oleh pihak yang tidak diberi kuasa.

Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JPN Selangor dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa serta memelihara keselamatan dokumen pengenalan diri.

JPN Selangor – Integriti Diperkasa, Perkhidmatan Terpelihara.



🌟 PROGRAM SEMARAK INTEGRITI PERINGKAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI SELANGOR TAHUN 2026 🌟📅 Tarikh: 21 Oktober ...
22/10/2026

🌟 PROGRAM SEMARAK INTEGRITI PERINGKAT JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI SELANGOR TAHUN 2026 🌟

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-78, Program Semarak Integriti Peringkat JPN Negeri Selangor Tahun 2026 telah berlangsung sebagai usaha memupuk nilai murni dan memperkukuh budaya kerja beretika dalam kalangan warga jabatan.

Program anjuran Unit Integriti, JPNM Putrajaya dengan kerjasama Unit Modal Insan, JPN Negeri Selangor ini melibatkan warga JPN Negeri Selangor, JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Unit Integriti JPNM Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Abdul Rahim, Pengarah JPN Negeri Selangor, yang menzahirkan komitmen jabatan dalam membudayakan amalan kerja beretika serta memperkukuh akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas.

Program turut menampilkan ceramah bertajuk “Tempat Kerja Sejahtera: Tanggungjawab Bersama” yang disampaikan oleh Encik Ahmad Faizal bin Awang, Pegawai Pencegahan dan Kesedaran Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nilai murni, disiplin dan pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja. Inisiatif ini diharapkan dapat membentuk warga kerja yang beramanah, bertanggungjawab dan berdisiplin, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Memperkukuh Nilai, Membina Kepercayaan, Memacu Kecemerlangan Perkhidmatan Awam.






22/10/2026
ℹ️ Makluman penutupan sementara Pejabat JPN Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Se...
21/10/2026

ℹ️ Makluman penutupan sementara Pejabat JPN Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor 2026.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dipanjangkan ke Unit Komunikasi Korporat (UKK) JPN Negeri Selangor.

📞 Telefon : 03-55107255 | 03-55117355
📧 Emel : [email protected]


🌊 DARI PESISIR PANTAI, KHIDMAT TERUS MENYANTUNI RAKYAT! 🚐📍 Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat | 18 Oktober 2026Perk...
20/10/2026

🌊 DARI PESISIR PANTAI, KHIDMAT TERUS MENYANTUNI RAKYAT! 🚐

📍 Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat | 18 Oktober 2026

Perkhidmatan awam bukan sekadar menunggu rakyat hadir ke kaunter, tetapi turut melangkah keluar untuk mendekati mereka. Berteraskan semangat inilah, Van MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor hadir memeriahkan Program MADANI Kita dengan membawa perkhidmatan terus ke tengah-tengah komuniti.

Bukan sekadar hadir, malah membawa manfaat yang nyata! Sebanyak 177 urusan dan khidmat telah direkodkan menerusi inisiatif ini, merangkumi:

📝 23 permohonan urusan kelahiran dan kematian
🪪 79 permohonan urusan kad pengenalan
🤝 75 khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan JPN kepada pengunjung

Di sebalik setiap permohonan, ada urusan kehidupan yang perlu diselesaikan. Di sebalik setiap khidmat nasihat, ada persoalan yang memerlukan jawapan. Inilah nilai sebenar perkhidmatan yang mendekati rakyat — bukan hanya menyampaikan kemudahan, tetapi turut membina keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

JPN Selangor merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga usaha mendekati masyarakat seperti ini terus menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang inklusif, responsif dan berimpak tinggi.

Kami bukan sekadar menunggu rakyat datang. Kami membawa perkhidmatan untuk mendekati rakyat.

JPN SELANGOR | MESRA, CEPAT DAN BETUL.





MEKAR KOMUNITI JPN SELANGOR SEMPENA PROGRAM MADANI KITA 202617 Oktober 2026 | Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota DamansaraJ...
20/10/2026

MEKAR KOMUNITI JPN SELANGOR SEMPENA PROGRAM MADANI KITA 2026

17 Oktober 2026 | Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor terus komited dalam memperluas akses perkhidmatan kepada masyarakat menerusi penyertaan Van MEKAR JPN Selangor sempena Program MADANI Kita.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak 28 permohonan melibatkan urusan kelahiran dan kematian serta 80 permohonan berkaitan urusan kad pengenalan telah diterima. Selain itu, sebanyak 60 khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan JPN turut diberikan kepada para pengunjung.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan JPN Selangor dalam menyampaikan perkhidmatan yang cekap, mesra pelanggan dan mudah diakses, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta kesejahteraan rakyat.

JPN Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

JPN Selangor – Mesra, Cepat dan Betul.





💙 PENGHARGAAN PELANGGAN, INSPIRASI KECEMERLANGAN 💙👏 Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Puan Norlin...
20/10/2026

💙 PENGHARGAAN PELANGGAN, INSPIRASI KECEMERLANGAN 💙

👏 Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Puan Norlinda binti Supian, warga kerja Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor, atas pengiktirafan istimewa menerusi maklum balas positif daripada pelanggan.

Penghargaan ini diberikan atas layanan cemerlang yang ditunjukkan oleh Puan Norlinda, khususnya dalam urusan pendaftaran lewat kelahiran. Kejelasan maklumat, ketelitian serta profesionalisme beliau ketika memberikan penerangan telah meninggalkan kesan positif kepada pelanggan.

💙 Sesungguhnya, setiap layanan yang baik mencerminkan komitmen dan keikhlasan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kepercayaan dan kepuasan pelanggan merupakan cerminan kepada usaha berterusan warga kerja JPN dalam memastikan setiap urusan dilaksanakan dengan cekap, mesra dan berintegriti.

✨ Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat kepada Puan Norlinda dan seluruh warga kerja JPN Negeri Selangor untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta menyemarakkan budaya kerja yang profesional, prihatin dan berorientasikan pelanggan.

Kerana setiap penghargaan adalah bukti bahawa usaha yang ikhlas sentiasa memberi makna. Teruskan berkhidmat dengan cemerlang!






SEMINAR NASAB KEBANGSAAN 2026 | DINAMIKA CABARAN KELUARGA KOSMOPOLITAN📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)📍 The Everly Hotel, Putra...
19/10/2026

SEMINAR NASAB KEBANGSAAN 2026 | DINAMIKA CABARAN KELUARGA KOSMOPOLITAN

📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 The Everly Hotel, Putrajaya

Seminar Nasab Kebangsaan 2026 telah berlangsung dengan jayanya bagi membincangkan isu nasab, anak angkat, anak tidak sah taraf serta masa depan mereka.

Program ini turut menampilkan Pn. Norazlina Nasir, Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor, sebagai salah seorang panel jemputan yang berkongsi kepakaran dan pandangan berkaitan bidang pendaftaran.

Majlis turut diserikan dengan ucaptama oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

JPN Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta usaha menjayakan seminar ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua panel jemputan atas perkongsian ilmu, kepakaran dan pandangan yang bermanfaat sepanjang program berlangsung.

Semoga seminar ini terus menjadi platform perkongsian ilmu dan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu nasab serta cabaran kekeluargaan masa kini.




MEKAR IHSAN JPN NEGERI SELANGOR | KOMITMEN MENYANTUNI RAKYAT, MEMUDAHKAN URUSANJabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri S...
19/10/2026

MEKAR IHSAN JPN NEGERI SELANGOR | KOMITMEN MENYANTUNI RAKYAT, MEMUDAHKAN URUSAN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor terus komited memastikan perkhidmatan pendaftaran dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan bantuan khas. ❤️

Pada 17 dan 18 Oktober 2026 (Sabtu dan Ahad), perkhidmatan MEKAR Ihsan JPN Negeri Selangor telah berjaya memproses sebanyak empat (4) permohonan melibatkan urusan gantian kad pengenalan hilang dan rosak serta permohonan My12 bagi pemohon yang sakit terlantar, warga emas dan Orang Kelainan Upaya.

📍 Lokasi perkhidmatan:
▪️ Petaling Jaya
▪️ Selayang
▪️ Shah Alam
▪️ Sekinchan

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan dedikasi JPN Negeri Selangor dalam mendekati masyarakat, khususnya mereka yang menghadapi kekangan pergerakan, agar urusan dokumentasi pengenalan diri dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan lancar.

“JPN Kekal Komited Menyantuni Rakyat Walau Di Mana Jua Berada.” 🤝

Ikuti media sosial rasmi JPN Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan program kami.

🔎 PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI JPN NEGERI SELANGOR 🔍Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor telah menerim...
19/10/2026

🔎 PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI JPN NEGERI SELANGOR 🔍

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada pasukan Audit Dalaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melaksanakan Program Pengauditan Pengurusan Kewangan.

Program yang berlangsung selama lima hari ini bertujuan untuk menilai, memantau, dan memastikan pengurusan kewangan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik, telus, serta mematuhi segala peraturan dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

🗓 Tarikh: 12 Oktober 2026 hingga 16 Oktober 2026
⏰ Masa: 9:30 Pagi – 5:00 Petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat, Aras 7, JPN Negeri Selangor

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Audit Dalaman KDN atas komitmen dan bimbingan yang diberikan sepanjang sesi pengauditan ini. Semoga segala maklum balas dan saranan yang diperoleh dapat terus meningkatkan kecemerlangan dan integriti pengurusan kewangan di JPN Negeri Selangor.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor:

Shortcuts

Share