Malaysian Stem Cell Registry

Call Website Contact the organization

Malaysian Stem Cell Registry Walk In

Institute for Medical Research,
Blok C, Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam MSCR telah ditubuhkan pada bulan Disember, 2000.

MSCR @ Daftar Sel Stem Malaysia ialah pangkalan data / daftar sukarelawan yang sudi menderma sel stem mereka kepada pesakit yang memerlukan. Ia adalah projek bersama Institut Penyelidikan Perubatan (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Majlis Kanser Nasional. Pada masa ini, hanya terdapat 27,300 sukarelawan berdaftar. Di Malaysia, pemindahan sel stem biasanya dijalankan bagi pesakit yang mengalami leukemia, anemia atau talasemia. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 3000 kanak-kanak disahkan menghidap leukemia dan angka ini bertambah setiap tahun. Setakat ini, terdapat lebih daripada 500 pemindahan sel stem dijalankan di Malaysia. Kebiasaannya, pemindahan sel stem darah dijalankan dalam kalangan adik beradik. Namun, dalam sesetengah kes apabila tiada keserasian, pendermaan sel stem darah dalam kalangan bukan adik beradik terpaksa dijalankan. Peluang untuk mencari penderma sepadan bukan dalam kalangan adik beradik adalah sangat tipis berdasarkan kepada jumlah yang mendaftar. Dengan kata lain, semakin ramai sukarelawan yang mendaftar, semakin tinggi peluang untuk mencari penderma yang sepadan. Kebanyakan negara mempunyai `registry' masing-masing. Malah, dianggarkan lebih daripada 7 juta orang di seluruh dunia merupakan penderma berdaftar. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk mencari penderma yang sepadan di dalam kumpulan etnik sendiri. Maka disebabkan itu MSCR ditubuhkan.

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga MSCR. Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Aidiladha ini teru...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga MSCR. Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Aidiladha ini terus menyemai harapan, kehidupan dan peluang baharu buat mereka yang memerlukan melalui derma sel stem. 🀍✨

Setiap hari, kita bekerja bukan sekadar untuk diri sendiri β€” tetapi untuk memberi harapan kepada orang lain.Di Malaysian...
01/05/2026

Setiap hari, kita bekerja bukan sekadar untuk diri sendiri β€” tetapi untuk memberi harapan kepada orang lain.
Di Malaysian Stem Cell Registry, kami melihat sendiri bagaimana usaha dan dedikasi mampu menyelamatkan nyawa.
Hari ini, kami hargai setiap langkah anda.
Kerana setiap usaha… ada maknanya. ❀️

Selamat Hari Pekerja ~

07/01/2026
πŸŽ‰ Majlis Sambutan Jubli Perak MSCR | 30 Oktober 2025πŸ“ Auditorium Perdana NIHTerima kasih kepada semua yang hadir dan men...
03/11/2025

πŸŽ‰ Majlis Sambutan Jubli Perak MSCR | 30 Oktober 2025
πŸ“ Auditorium Perdana NIH
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Majlis Sambutan Jubli Perak Malaysia Stem Cell Registry (MSCR) yang beroperasi di Pusat Penyelidikan Alergi & Imunologi (AIRC), Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan NegaraπŸ’–.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong perjalanan MSCR sejak penubuhannya sehingga ke hari ini.
Kerjasama padu dan sokongan berterusan daripada rakan-rakan strategik amat kami hargai, khususnya daripada:
1. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
2. Pusat Darah Negara (PDN)
3. Jabatan Hematologi, Hospital Ampang
4. Jabatan Pediatrik, Hospital Tunku Azizah
5. Pusat Sumber Transplan Nasional (NSTC)
6. Bahagian Kesihatan Digital (MySejahtera)
7. Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia
πŸŒ… Forum Komuniti Prihatin membuka tirai dengan perkongsian menyentuh hati daripada penderma dan penerima sel stem darah dikendalikan oleh YBrs. Dr Masita Arip (Ketua MSCR) bersama panel hebat:
πŸ‘©β€βš•οΈ Dr Sharifah Shahnaz Syed Abd Kadir (Pakar Klinikal Hematologi, Hospital Ampang)
πŸ™‹β€β™€οΈ Puan Sarina Muslim (Penderma sel stem darah MSCR)
πŸ™‹β€β™‚οΈ Encik Muhammad Afif Zulfiqar Muhammad (Penerima rawatan sel stem darah)
πŸŽ–οΈ Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, dengan peluncuran Jubli Perak MSCR & inisiatif baharu bersama MySejahtera dan penyampaian sijil penghargaan kepada:
πŸ… 3 ahli panel forum
πŸ… 12 penderma MSCR sepadan
πŸ… 7 petugas kesihatan mewakili organisasi
πŸ’‰ Lebih 45,000 sukarelawan MSCR
❀️ 22 penderma sepadan MSCR telah menderma sel stem darah
🌱 25 tahun membina komuniti prihatin
❀️Teruskan menyebar kasih dan harapan melalui pendermaan sel stem darah.

🌟 Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Ms. Carren Teh Sui Lin atas sokongan b...
31/10/2025

🌟 Setinggi-tinggi penghargaan buat Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Ms. Carren Teh Sui Lin atas sokongan beliau terhadap misi kemanusiaan MSCR! πŸ’–

Pagi ini, beliau telah mendaftar sebagai ahli Daftar Sel Stem Malaysia (MSCR) di pejabat beliau β€” satu langkah bermakna ke arah membina komuniti yang lebih prihatin dan penyayang. 🩸🌱

Jom ikut jejak langkah beliau!
πŸ’» Daftar sebagai ahli MSCR di: [https://mscr.moh.gov.my/eng/index.php/daftar](https://mscr.moh.gov.my/eng/index.php/daftar)

30/10/2025
30/10/2025

Address

Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH No. 1, Jalan Setia Murni U13/52 Seksyen U13, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+60333628384

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysian Stem Cell Registry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysian Stem Cell Registry:

Shortcuts

Share