SKUAD Antidadah Sibu

Call Website Contact the organization

SKUAD Antidadah Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SKUAD Antidadah Sibu, Public & Government Service, d/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING, Sibu.

SKUAD Antidadah adalah 1 entiti kesukarelawanan AADK dalam Pencegahan Dadah.Peranannya ialah menyebarkan mesej antidadah kepada komuniti selaras dengan tuntutan Seksyen 6(g) Akta AADK 2004 iaitu mendidik komuniti menentang penyalahgunaan dadah berbahaya.

AADK SIBU, JK SKUAD ANTIDADAH ANJUR MAJLIS SEKALUNG BUDI Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) dan Jawatankuasa...
04/10/2026

AADK SIBU, JK SKUAD ANTIDADAH ANJUR MAJLIS SEKALUNG BUDI

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu (AADK) dan Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu (JK Sibu) telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Setulus Memori di Sibu baru-baru ini.

Majlis diadakan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti Ketua Daerah AADK, Azimah Marsid dan Spencer Egat David sepanjang berkhidmat bersama di AADK.

Majlis diceriakan dengan ucapan daripada Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselematan AADK, Mohamad Farizal Mohamad Buang yang turut mengalu-alukan kehadiran Azimah dan Spencer Egat.

AADK berbesar hati mengucapkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan Azimah serta Spencer kepada seluruh warga kerja.

Turut hadir pada majlis ialah rakan strategik AADK, Nur Syahirah Samsul serta Sylvia Lau Gin Si, wakil Pengerusi JK Sibu, Mohamad Mostapha Lasot, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Sibu, Jamilah Mohammad Dollah, warga kerja AADK dan barisan JK serta ahli SKUAD.

















SALAM TAKZIAH Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽSeluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan sa...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Hasmah binti Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilimpahkan kasih sayang dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarhamah akan terus dikenang sebagai seorang negarawan yang disegani, tokoh wanita yang berjiwa besar serta insan yang telah mencurahkan bakti dengan penuh keikhlasan kepada negara dan masyarakat.

AADK menyanjung tinggi segala jasa dan bakti Allahyarhamah kepada negara. Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

πŸ“Έ Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bah...
28/09/2026

πŸ“Έ Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bahagian Sibu anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) melalui Majlis Pembangunan Sosial dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pejabat Daerah Selangau pada 25 September sehingga 27 September 2026 (Jumaat-Ahad).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

πŸ“Rh. Catherine Anak Sada, Sungai Ngayah, Selangau
=======
πŸ”΅Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapitπŸ”΅

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! πŸ’ͺ🏻

















πŸ“Έ Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Karnival Pendidikan Madani Tahun 2026 anjur...
28/09/2026

πŸ“Έ Lensa aktiviti SKUAD K.A.M.I. (Kempen Antidadah Melalui Informasi) sempena Karnival Pendidikan Madani Tahun 2026 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sibu pada 26 September 2026 (Sabtu).

SKUAD K.A.M.I. - Gerakan penyampaian dan penyebaran kempen antidadah seperti penggunaan media sosial, walkabout, pameran, pocket talk serta edaran risalah.

πŸ“Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Thai Kwang, Sibu
=======
πŸ”΅Sebar Luas SKUAD Antidadah SibuKapitπŸ”΅

Sertai kami hari ini!! Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam komuniti. Mohon keahlian SKUAD Antidadah SibuKapit sekarang!! πŸ’ͺ🏻

















BILA V**E MASUK SEKOLAH, MASALAHNYA BUKAN SEKADAR NIKOTINV**e di sekolah bukan lagi sekadar cerita budak curi-curi mengh...
27/09/2026

BILA V**E MASUK SEKOLAH, MASALAHNYA BUKAN SEKADAR NIKOTIN

V**e di sekolah bukan lagi sekadar cerita budak curi-curi menghisap di tandas. Apabila ia mula beredar dalam kalangan pelajar, ia boleh membawa bersama satu lagi masalah yang lebih besar duit, hutang, peer pressure, rahsia dan perebutan kuasa.

Baru-baru ini, polis memaklumkan mereka menerima maklumat bahawa seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang meninggal dunia di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah didakwa dipukul kerana disyaki menghisap v**e.

Namun penting untuk ditegaskan bahawa dakwaan berkaitan v**e itu masih dalam siasatan dan belum disahkan. Polis juga masih menyiasat sama ada terdapat unsur buli, manakala laporan berkaitan punca kematian masih belum lengkap.

Siasatan awal sebelum ini mendapati seorang pelajar Tingkatan Empat dipercayai menegur dan β€œmenghukum” mangsa kerana dikatakan melanggar peraturan sekolah. Seorang pelajar turut direman bagi membantu siasatan.

Jadi kita tidak boleh mengatakan bahawa v**e menjadi punca kejadian ini.

Tetapi kes ini membuka satu persoalan yang lebih besar.

Bagaimana v**e boleh menjadi sebahagian daripada masalah buli di sekolah?

Bayangkan apabila v**e mula beredar secara senyap dalam komuniti sekolah atau asrama. Ada yang membawa masuk, ada yang menjual, ada yang membeli, ada yang meminjam, ada yang berhutang dan mungkin ada yang menjadi orang tengah.

Apabila sesuatu barang dilarang tetapi masih mempunyai permintaan, satu bentuk β€œunderground economy” boleh terbentuk dalam kalangan pelajar.

Di sinilah keadaan boleh menjadi lebih rumit.

Pelajar yang mempunyai akses kepada bekalan mungkin mempunyai pengaruh terhadap pelajar lain. Junior mungkin diminta membeli, menyimpan atau menjadi orang tengah. Ada p**a yang mencuba kerana mahu diterima dalam kump**an tertentu.

Kemudian datang p**a soal duit.

Bila ada jual beli, boleh ada hutang. Bila ada hutang, boleh berlaku desakan untuk membayar. Bila seseorang tahu siapa yang menggunakan atau menyimpan v**e, rahsia itu juga boleh digunakan sebagai tekanan.

β€œKau ikut aku, kalau tak aku report.”

Daripada perkara yang kelihatan kecil, boleh terbentuk satu hubungan kuasa antara pelajar.

Lebih membimbangkan jika budaya senior, β€œotai” atau ketua kump**an mula membuatkan seseorang merasakan dia mempunyai hak untuk mengawal atau menghukum pelajar lain.

Jika seorang pelajar melakukan kesalahan disiplin sekalipun, kesalahan itu sepatutnya dilaporkan kepada pihak sekolah.

Bukan diselesaikan dengan tumbukan.

Bukan dengan tendangan.

Dan bukan dengan β€œhukuman” sesama pelajar.

Menariknya, hubungan antara v**e dan buli memang pernah diperhatikan dalam kajian.

Satu kajian melibatkan 49,543 pelajar di Kanada mendapati pelajar yang menjadi mangsa buli lebih berkemungkinan menggunakan e-cigarette.

Semakin kerap pengalaman buli dilaporkan, semakin tinggi juga penggunaan e-cigarette yang dilaporkan.

Satu lagi kajian melibatkan 16,476 pelajar di Jerman turut menemukan hubungan antara pengalaman menjadi mangsa buli dengan penggunaan e-cigarette.

Namun kajian-kajian ini tidak membuktikan bahawa v**e menyebabkan seseorang menjadi pembuli atau bahawa buli menyebabkan seseorang mula v**e.

Hubungannya jauh lebih kompleks.

Ada remaja yang mungkin mula v**e kerana mahu fit in.

Ada yang mungkin menggunakannya sebagai cara untuk cope dengan tekanan.

Ada p**a yang terdedah kepada konflik kerana v**e sudah menjadi barang yang mempunyai nilai dalam kelompok sosial mereka.

Sebab itu kita perlu berhenti melihat v**e di sekolah sekadar sebagai masalah β€œbudak nak cuba merokok”.

Apabila v**e mula masuk ke sekolah, yang ikut masuk mungkin bukan nikotin sahaja.

Ada duit.
Ada hutang.
Ada peer pressure.
Ada rahsia.
Ada hierarki.
Ada kuasa.

Dan apabila kuasa itu disalahgunakan, di situlah risiko ugutan, paksaan, konflik dan buli boleh bermula.

Bukan semua pelajar yang v**e adalah pembuli. Bukan semua kejadian buli p**a berpunca daripada v**e.

Tetapi apabila sesuatu barang terlarang mempunyai nilai dalam komuniti tertutup seperti sekolah dan asrama, kita tidak boleh sekadar bertanya:

β€œSiapa yang v**e?”

Kita juga perlu bertanya siapa yang membawa masuk, siapa yang membekalkan, siapa yang menjual, siapa yang berhutang, siapa yang mengawal dan paling penting β€” adakah sesiapa yang sedang dipaksa atau diugut?

V**e di sekolah bukan sekadar isu nikotin dan paru-paru.

Ia juga boleh menjadi isu disiplin, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita.

SKUAD ANTIDADAH SIBU PERKASAKAN KESEDARAN KOMUNITI BEBAS DADAH September 21, 2026 SIBU - Seramai lebih 20 orang terdiri ...
21/09/2026

SKUAD ANTIDADAH SIBU PERKASAKAN KESEDARAN KOMUNITI BEBAS DADAH

September 21, 2026

SIBU - Seramai lebih 20 orang terdiri daripada Jawatankuasa serta ahli SKUAD Antidadah Sibu (SKUAD) telah menyertai Program Kesejahteraan Komuniti Bebas Dadah (Program) bertemakan β€œBersama Kita Cegah, Komuniti Sejahtera” di Dewan Hornbill, Universiti Teknologi Sarawak, pada Sabtu.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Masyarakat, Temenggong Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Haji Mohammad.

Penyertaan SKUAD dalam program itu bertujuan untuk memperkasakan peranan ahli serta memperkukuh sinergi antara sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan komuniti tempatan dalam menentang penyalahgunaan dadah dan bahan berbahaya.

Program anjuran Jawatankuasa Ketua Masyarakat Ketua Kaum Melayu/Melanau dengan kerjasama One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Substans, Pejabat Daerah Sibu dan AADK Daerah Sibu itu telah berjaya melibatkan seramai lebih 150 orang peserta.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya sesi ceramah daripada AADK, Unit Pakar Psikiatri Hospital Sibu dan Jabatan Penjara Malaysia, di samping pameran kesedaran serta ruang jualan.

Turut hadir ialah Pengerusi Pengelola Program, Pemanca Sharifah Ainee Haji Sayeed Alwie, wakil Residen Bahagian Sibu, Diana Toh Kah Yien, wakil Pegawai Daerah Sibu, Sylvia Lau Gin Si, Ketua Daerah AADK Daerah Sibu, Mohamad Farizal Mohamad Buang serta wakil Pengerusi SKUAD, Nick Anderson Nihet.

















TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KD AADK DAERAH SIBU Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu (JK) mengucapkan setinggi-tinggi t...
16/09/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KD AADK DAERAH SIBU

Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu (JK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohamad Farizal Bin Mohamad Buang atas pelantikan sebagai Ketua Daerah (KD) serta penempatan baharu di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu berkuat kuasa pada 15 September 2026.

Semoga pelantikan baharu ini, bersama pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi dalam memperkukuh agenda penguatkuasaan & keselamatan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah negara.

Semoga Allah SWT memberkati pelantikan ini dan memberikan kekuatan serta hidayah kepada Tuan dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini.

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam membawa AADK Daerah Sibu ke tahap kejayaan yang lebih gemilang.

Syabas dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Mohamad Farizal.

Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Jawatankuasa dan seluruh ahli SKUAD Antidadah Sibu & Kapit

















SELAMAT MAJU JAYA Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu (JK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada...
16/09/2026

SELAMAT MAJU JAYA

Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu (JK) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Azimah Binti Marsid atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Daerah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu.

JK turut mengucapkan selamat maju jaya atas pertukaran dan perkhidmatan baharu di AADK Daerah Kuching.

Jasamu dalam memperkasa usaha penguatkuasaan & keselamatan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah di bahagian Sibu dan Kapit ini amat dihargai.

Semoga kerjasama yang dicurahkan selama tempoh berkhidmat akan menjadi kenangan manis buat kita semua.

Seluruh ahli SKUAD Antidadah Sibu & Kapit mendoakan agar Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kejayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.

Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Jawatankuasa dan seluruh ahli SKUAD Antidadah Sibu & Kapit

"Terima kasih Puan atas segala bimbingan, kepimpinan dan sokongan yang diberikan di bawah pimpinan anda. Visi dan ketegasan anda telah banyak membentuk saya menjadi seorang ahli Sukatelawan AADK yang lebih baik. Selamat maju jaya di dalam fasa tempat baharu kerjaya anda" - Nick Anderson Nihet (Ahli Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu)

















SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh ...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun memperingati detik bersejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk sebuah persekutuan baharu.

Detik bersejarah ini menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan sejahtera.

Justeru, semangat pembentukan Malaysia yang berteraskan persefahaman ini hendaklah terus dipelihara sebagai kekuatan utama negara dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Dalam konteks bidang pencegahan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang ditubuhkan sejak 04 Julai 2011, SKUAD Antidadah merupakan entiti kesukarelawanan yang membantu kerajaan melaksanakan aktiviti serta program antidadah.

SKUAD Antidadah berperanan mempromosikan gaya hidup sihat sekali gus mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya demi kesejahteraan masyarakat.

Dalam masa yang sama, SKUAD Antidadah menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu dan memainkan peranan masing-masing dalam membina komuniti yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Jadikan semangat Hari Malaysia sebagai kekuatan untuk kita terus melangkah bersama membina negara yang lebih selamat dan sejahtera daripada ancaman dadah.

Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Jawatankuasa dan seluruh ahli SKUAD Antidadah Sibu & Kapit


















πŸ•Œ GOTONG-ROYONG MEMBERSIH MASJID AL-QADIM SIBU πŸ‡²πŸ‡ΎSempena cuti Hari Malaysia, jom kita luangkan sedikit masa bersama kelu...
15/09/2026

πŸ•Œ GOTONG-ROYONG MEMBERSIH MASJID AL-QADIM SIBU πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena cuti Hari Malaysia, jom kita luangkan sedikit masa bersama keluarga dan sahabat untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat β€” bergotong-royong membersih dan menceriakan Rumah Allah. 🀲✨

πŸ“… 16 September 2026 | Rabu
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Masjid Al-Qadim Sibu

Daripada hanya mengisi masa cuti, ayuh kita hadiahkan sedikit masa, tenaga dan kudrat untuk masjid kita. Insya-Allah, setiap usaha kecil yang dilakukan dengan ikhlas menjadi amal kebajikan dan membawa keberkatan.

πŸ’š Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
🧹 Sila bawa peralatan membersih sendiri.
🍱 Sesiapa yang ingin bersedekah jamuan amat dialu-alukan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jom manfaatkan cuti Hari Malaysia dengan berbakti kepada Rumah Allah!

Masjid Kita β€’ Tanggungjawab Kita
Bersih β€’ Indah β€’ Berkat

Address

D/a AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, TINGKAT BAWAH, WISMA PERSEKUTUAN SIBU BLOK 1, Jalan FONG MING
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+60 84-325 811

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD Antidadah Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SKUAD Antidadah Sibu:

Shortcuts

Share