Wendey Agong Baruh

Wendey Agong Baruh KETUA CABANG KEADILAN SIPITANG. AHLI MAJLIS DAERAH SIPITANG. PENGERUSI FELCRA SUNDAR AWAT-AWAT PLANTATION SDN BHD.

(๐‘ซ๐’Š๐’Œ๐’†๐’๐’…๐’‚๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ถ๐’๐’†๐’‰ ๐‘ป๐’†๐’‚๐’Ž ๐‘ด๐’†๐’…๐’Š๐’‚ ๐‘ป๐’ ๐‘พ๐’†๐’๐’…๐’†๐’š ๐‘จ๐’ˆ๐’๐’๐’ˆ ๐‘ฉ๐’‚๐’“๐’–๐’‰)

09/10/2026

YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh telah menghadiri Perjumpaan Bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, bertempat d...
08/10/2026

YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh telah menghadiri Perjumpaan Bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, bertempat di Le Mรฉridien, Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan ini turut menjadi kesempatan bermakna untuk bertemu rakan-rakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah.

Semoga semangat muafakat dan kebersamaan ini terus menjadi kekuatan dalam memperjuangkan aspirasi rakyat, memperkukuh kesepaduan organisasi serta memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.



Menjelang Belanjawan 2027 pada Jumaat ini, ini antara aspirasi dan harapan yang saya titipkan untuk Sabah. Bukan sekadar...
07/10/2026

Menjelang Belanjawan 2027 pada Jumaat ini, ini antara aspirasi dan harapan yang saya titipkan untuk Sabah.

Bukan sekadar angka dalam belanjawan, tetapi perkara yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat.

Kalau anda p**a, apa harapan anda untuk Sabah dalam Belanjawan 2027?

Mana tahu ada yang membacaโ€ฆ boleh terus masuk bajet. ๐Ÿ˜„

๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฒ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎKetua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wende...
05/10/2026

๐‘บ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฒ๐‘น๐‘ฐ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘บ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ซ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ

Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh, bersama Jurutera Pejabat Daerah Sipitang turun meninjau tapak Projek Naik Taraf Jalan Konkrit di Kampung Mendulong, Sipitang.

Projek ini melibatkan laluan yang digunakan oleh penduduk Kampung Mendulong untuk menuju ke jambatan gantung serta rangkaian jalan di kawasan sekitarnya.

Laluan ini amat penting kepada penduduk setempat, khususnya bagi memudahkan mereka ke kawasan kebun yang terletak di seberang sungai serta membawa keluar hasil pertanian. Dengan adanya jalan konkrit yang lebih baik, urusan harian penduduk diharapkan menjadi lebih mudah, selamat dan selesa.

Kerja-kerja pelaksanaan projek ini dijadualkan bermula esok.

Inilah pendekatan politik khidmat yang mahu terus dibawa, hadir bersama masyarakat, mendengar suara mereka, memahami keperluan di lapangan dan berusaha membawa setiap permasalahan kepada saluran yang sewajarnya.

Bagi kami, khidmat kepada masyarakat bukan sekadar melalui kata-kata. Ia adalah tentang kehadiran, keprihatinan dan tindakan.

Semoga pelaksanaan projek naik taraf jalan konkrit ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Mendulong, khususnya dalam memudahkan pergerakan penduduk ke kawasan kebun serta urusan membawa keluar hasil pertanian. Diharapkan projek ini juga dapat menyediakan kemudahan perhubungan yang lebih baik, selamat dan selesa untuk kegunaan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi dan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, serta semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasikan projek ini demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.




Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Sdr. Presley Kurus bersama Sdr. Danil Gour, JKKK, telah hadir lawatan tapak ber...
01/10/2026

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Sdr. Presley Kurus bersama Sdr. Danil Gour, JKKK, telah hadir lawatan tapak bersama jurutera Pejabat Daerah Sipitang sebagai persediaan sebelum pelaksanaan kerja menaik taraf jalan konkrit yang akan memberi manfaat kepada penduduk Kg. Kelangsat dan Kg. Kelangsat Binuang.

Sebelum ini, penduduk tidak mempunyai akses jalan yang sempurna dan terpaksa berjalan kaki dari jalan utama untuk ke kawasan berkenaan. Laluan jalan baharu yang bakal dibina adalah sepanjang hampir 700 meter dan dijangka dapat menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk, khususnya bagi memudahkan urusan ke kawasan perkuburan.

Usaha mendapatkan kemudahan ini telah dibawa oleh Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh, kepada Kementerian Ekonomi sehingga mendapat kelulusan untuk dilaksanakan.

Inisiatif ini bukan sekadar hadir untuk melihat dan mendengar permasalahan penduduk, tetapi diteruskan dengan tindakan sehingga membawa kepada hasil dan penyelesaian yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Perkembangan kerja-kerja menaik taraf jalan ini akan dikongsikan dari semasa ke semasa melalui media sosial Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh.

Semoga kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada penduduk Kg. Kelangsat dan Kg. Kelangsat Binuang, di samping memudahkan urusan harian mereka. Semoga usaha pembangunan seperti ini terus memberi manfaat kepada masyarakat Sipitang dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada Kementerian Ekonomi serta Kerajaan MADANI pimpinan YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim atas perhatian dan usaha dalam menyediakan kemudahan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.




Salam takziah buat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri ...
28/09/2026

Salam takziah buat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Semoga segala jasa, bakti dan sumbangan Allahyarhamah kepada masyarakat dan negara sentiasa dikenang.

GAMBAR: Astro AWANI

YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh, Ahli Majlis Daerah Sipitang, hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan B...
23/09/2026

YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh, Ahli Majlis Daerah Sipitang, hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Bangunan Majlis Daerah Sipitang bersama barisan ahli jawatankuasa serta agensi berkaitan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Abd. Karim A.M. Zahari, Pegawai Daerah Sipitang, dan turut dihadiri oleh Puan Kamariah binti Ismail, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Sipitang, serta ahli-ahli jawatankuasa dan wakil agensi berkaitan.

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam meneliti dan mempertimbangkan pelan pembangunan serta pelan bangunan bagi memastikan kemajuan daerah Sipitang dirancang dan dilaksanakan secara teratur serta tersusun.

Seiring dengan perkembangan Sipitang yang semakin pesat, pelan-pelan yang mendapat kelulusan diharapkan dapat direalisasikan dengan baik, sekali gus menyumbang kepada kemajuan daerah dan kesejahteraan masyarakat.

Bagi YBhg. Tuan Wendey, kemajuan Sipitang perlu bergerak seiring dengan perancangan yang baik agar setiap pembangunan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta membuka lebih banyak ruang dan peluang pada masa hadapan.

Perancangan yang baik menjadi asas kepada pembangunan yang mampan. Semoga Sipitang terus melangkah maju demi kesejahteraan seluruh masyarakat.



Posting YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh bersama YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim tiga hari lalu telah menerima lebih 200K view...
22/09/2026

Posting YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh bersama YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim tiga hari lalu telah menerima lebih 200K viewers dan lebih 1K like.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti dan memberikan respons terhadap perkongsian tersebut.

Kali ini kami kongsikan beberapa lagi momen pertemuan YBhg. Tuan Wendey bersama YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim yang sempat dirakam sebelum ini.

Di sebalik setiap gambar, tersimpan sebuah perjalanan yang panjang.

Perjalanan itu bukan sentiasa mudah. Ada pasang surut, ada cabaran dan ada pengalaman yang mendewasakan. Namun, perjalanan tersebut terus dilalui dengan semangat, persahabatan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan.

2006 menyaksikan langkah awal beliau apabila mula terlibat dalam program-program di peringkat akar umbi.

2008 menjadi tahun beliau secara rasmi menyertai parti KEADILAN dan meneruskan penglibatan dalam gerak kerja masyarakat serta organisasi.

2014 p**a membuka satu lagi lembaran apabila beliau menerajui Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sipitang. Dari sinilah lebih banyak program melibatkan golongan muda digerakkan, sambil beliau terus menimba pengalaman dan belajar daripada pimpinan yang lebih senior.

2018 menjadi satu lagi titik penting dalam perjalanan tersebut apabila beliau memenangi pemilihan parti dan diberikan amanah sebagai Ketua Cabang KEADILAN Sipitang pada usia 26 tahun.

Amanah itu diteruskan selepas pemilihan parti pada tahun 2022, sebelum beliau sekali lagi meneruskan kepimpinan Cabang Sipitang bagi penggal 2025/2028.

Kini, perjalanan beliau menerajui KEADILAN Cabang Sipitang sudah menghampiri 8 tahun.

Daripada gerak kerja akar umbi, menggerakkan program anak muda dan menimba pengalaman bersama pimpinan terdahulu, sehinggalah memikul amanah memimpin sebuah cabang, semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan yang dibina sedikit demi sedikit.

Hampir dua dekad telah berlalu sejak langkah awal di akar umbi pada 2006.

Bukan perjalanan sehari. Bukan juga perjalanan tanpa cabaran.

Setiap fasa membawa pengalaman, setiap cabaran membawa pelajaran, dan setiap insan yang pernah berjalan bersama menjadi sebahagian daripada cerita perjalanan ini.

Gambar-gambar bersama YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim yang kami kongsikan hari ini bukan sekadar koleksi gambar. Ia menjadi sebahagian daripada catatan perjalanan seorang anak Sipitang yang bermula dengan gerak kerja di peringkat akar umbi dan terus memikul amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Perjalanan masih panjang. Banyak lagi yang perlu diperjuangkan, banyak lagi yang perlu diusahakan dan banyak lagi amanah yang perlu dilaksanakan.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang pernah bersama sejak awal, mereka yang masih bersama hingga hari ini, serta semua yang pernah menyumbangkan tenaga, masa dan buah fikiran sepanjang perjalanan ini.

Setiap sokongan, teguran dan pandangan amat dihargai. Semuanya menjadi sebahagian daripada pengalaman yang mendewasakan dan menguatkan semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

Yang baik kita teruskan. Yang kurang kita perbaiki. Yang belum selesai kita usahakan. Yang penting, terus bekerja dan terus berkhidmat.

Kerana akhirnya, khidmat kepada masyarakat bukan sekadar tentang apa yang dikatakan, tetapi tentang kesungguhan untuk melaksanakan amanah, memenuhi keperluan dan memastikan setiap usaha membawa manfaat yang nyata kepada masyarakat.

Masih banyak yang perlu dilakukan dan masih banyak suara yang perlu didengari. Selagi diberikan ruang dan kesempatan, usaha ini akan diteruskan dengan sebaik-baiknya.

Biar perjalanan dan hasil kerja menjadi catatan. Biar masa menjadi saksi. Biar masyarakat membuat penilaian.

Perjalanan diteruskan. Terus bekerja, terus berkhidmat.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Muaz Humaizi Bin Zamlan dari Kampung Guruh-Guruh, Sipitang atas kejayaan m...
22/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Muaz Humaizi Bin Zamlan dari Kampung Guruh-Guruh, Sipitang atas kejayaan menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan.

Pagi tadi, sebelum beliau bertolak ke Sarawak, Tuan Wendey Agong Baruh sempat mengadakan pertemuan bersama Muaz serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu keperluan pengajian beliau. Terima kasih diucapkan kepada Sdr. Rosli Ag Damit yang turut hadir bersama pada pagi tadi.

Semoga peluang yang diperoleh ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu, membina pengalaman dan mengejar cita-cita demi masa depan yang lebih gemilang.

Jauh perjalanan meninggalkan kampung halaman, namun bawalah bersama doa dan harapan keluarga serta masyarakat yang sentiasa mengiringi setiap langkah.

Selamat menuntut ilmu, Muaz Humaizi. Kejarlah cita-cita setinggi mungkin. Semoga suatu hari nanti kembali dengan ilmu, pengalaman dan kejayaan yang membanggakan keluarga serta masyarakat.




Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh telah menyampaikan sumbangan 20 ekor ayam bagi membantu me...
21/09/2026

Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, YBhg. Tuan Wendey Agong Baruh telah menyampaikan sumbangan 20 ekor ayam bagi membantu menjayakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Ustaz Jabali bin Haji Jubal di Kampung Tanah Merah, Sipitang.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada awal Ogos yang lalu. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan urusan persiapan keluarga serta menjadi tanda ingatan, kasih dan kebersamaan dalam mengenang Allahyarham.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota KEADILAN Cabang Sipitang yang telah membantu menyelaras penyampaian sumbangan ini.

Semoga Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang dirancang pada hujung minggu ini dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.



Address

Sindumin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wendey Agong Baruh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share