Pemuda PAS Lumut

Call

Pemuda PAS Lumut Informasi terkini tentang gerakan dan aktiviti Pemuda PAS Kawasan Lumut.

01/09/2026
ayuh sama-sama kita memeriahkan program pada malam ini ๐Ÿ˜Š
30/08/2026

ayuh sama-sama kita memeriahkan program pada malam ini ๐Ÿ˜Š

โ€œYB, ADA TAK GERAI JUALAN MALAM ESOK?โ€

Ada yang tanya saya,

โ€œYB, semasa program Semarak Kemerdekaan & Manjung Berselawat, ada tak gerai jualan?โ€

Jawapannya: ADA!

Malam 30 Ogos nanti, kita bukan sahaja nak meriahkan suasana dengan selawat dan sambutan kemerdekaan, tetapi kita juga nak bantu dan sokong usahawan tempatan Manjung dan sekitarnya

Sebanyak 30 usahawan terpilih akan membuka gerai masing-masing.

Ada yang jual...

๐Ÿฅค Air dan minuman
๐Ÿœ Koteiw dan makanan
๐Ÿงธ Mainan anak-anak
๐Ÿ” Pelbagai makanan dan juadah
๐Ÿ›๏ธ Dan macam-macam lagi!

Jadi kalau datang malam esok, jangan sekadar datang tengok. Jom kita support mereka sekali! ๐Ÿ’ช

Beli air satu.
Beli makanan satu.
Anak-anak nak mainan, tengok dulu... kalau harga ngam, ayah jangan buat-buat tengok langit!๐Ÿ˜‚

Sambil kita makan dan membeli, kita bantu rezeki peniaga-peniaga kecil yang mencari nafkah untuk keluarga.

Dan paling penting...

๐Ÿคฒ Kita berselawat ramai-ramai
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kita sambut kemerdekaan bersama
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Kita bawa keluarga
๐Ÿ›๏ธ Kita sokong usahawan

๐Ÿ“… 30 Ogos 2026
โฐ Bermula 7.00 malam
๐Ÿ“ Padang Stesen Bas Manjung

Ajak kawan-kawan. Ajak jiran. Bawa satu keluarga.

Malam itu kita nak padang penuh, selawat bergema dan gerai peniaga pun meriah!

Kalau anda datang nanti, jangan lupa singgah gerai peniaga tempatan.

Kadang-kadang dengan kita beli secawan air RM3 pun, kita sudah membantu menambah rezeki sebuah keluarga.

Manjung Berselawat, Manjung berniaga, Manjung kita sokong bersama!

๐Ÿ‘‰ Share post ini. Biar 30 usahawan kita malam esok dapat pelanggan seramai mungkin!




30/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh bersama-sama memeriahkan Program Semarak Kemerdekaan bersama YB Haji Rosli! ๐ŸŽ‰Pelbagai aktiviti menarik menanti. ...
28/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ayuh bersama-sama memeriahkan Program Semarak Kemerdekaan bersama YB Haji Rosli! ๐ŸŽ‰

Pelbagai aktiviti menarik menanti. Jom hadir beramai-ramai! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

MANJUNG, KITA BERSATU DALAM SELAWAT!

Mohon bantu saya war-warkan kepada warga Manjung, Lekir dan kawasan sekitarnya.

30 Ogos 2026 kita ada dua pengisian istimewa, pagi kita beriadah dan berselawat, malam p**a kita berkumpul menyambut kemerdekaan dan menghidupkan suasana dengan selawat.

PAGI โ€” BRISK WALK SAMBIL BERSELAWAT

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ 7.30 pagi
๐Ÿ“ International School Manjung

Jom bawa keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Kita berjalan santai, berselawat bersama dan breakfast ramai-ramai selepas itu.

Tak perlu jadi atlet.
Tak perlu jalan laju.

Yang penting kita hadir, bergerak dan berselawat bersama.

MALAM โ€” SEMARAK MERDEKA & MANJUNG BERSELAWAT

๐Ÿ•– Bermula 7.00 malam
๐Ÿ“ Padang Bus Stand Manjung

Kita berkumpul bersama untuk:

๐Ÿ•Œ Solat Maghrib berjemaah (bawa tikar)
๐Ÿคฒ Tahlil Perdana
๐Ÿ•Œ Solat Isyak berjemaah
โค๏ธ Manjung Berselawat
๐ŸŽถ Qasidah & pengisian Islamik
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kemudian bersama-sama menanti detik bersejarah kemerdekaan

Bayangkan satu padang...

Warga Manjung, Lekir dan sekitarnya duduk bersama.

Ayah bersama anak.
Mak bersama keluarga.
Jiran bertemu jiran.
Kawan bertemu kawan.

Dan apabila selawat bergema, kita semua mengangkat suara yang sama.

Kemerdekaan bukan sekadar laungan. Kita syukuri kemerdekaan dengan kebersamaan.

Kita isi malam dengan ibadah.
Kita hidupkan suasana dengan selawat.

Sebab itu saya mohon satu perkara daripada sahabat semua...

TOLONG SHARE POST INI.

Mungkin ada seorang kawan kita di Lekir yang belum tahu. Mungkin ada keluarga di Manjung yang sedang mencari program untuk dibawa anak-anak.

Mungkin ada jiran kita yang mahu hadir tetapi belum menerima maklumat.

Jangan simpan untuk diri sendiri. Bantu sebarkan.

๐Ÿ“ฒ Share dalam group taman.
๐Ÿ“ฒ Share kepada geng surau.
๐Ÿ“ฒ Tag sahabat-sahabat.

30 Ogos ini kita jumpa.

๐Ÿšถ Pagi kita berjalan.
๐Ÿคฒ Pagi kita berselawat.
๐Ÿฝ๏ธ Pagi kita breakfast bersama.

๐ŸŒ™ Malam kita solat berjemaah.
๐Ÿคฒ Kita bertahlil.
โค๏ธ Kita berselawat.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Dan bersama-sama kita menanti detik kemerdekaan.

Manjung, Lekir dan sekitarnya... ayuh kita penuhkan tempat ini!

Biar Manjung bergema bukan hanya dengan laungan Merdeka, tetapi dengan selawat yang datang daripada hati kita bersama.



11/08/2026

โ˜•๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sembang santai ada, muzik ada, selawat pun ada.

Sempena Ambang Merdeka dan bulan kelahiran Rasulullah SAW, jom kita raikan dengan cara yang lebih bermakna.

Bukan sekadar memeriahkan suasana, tetapi juga mengisi jiwa dengan nasihat dan peringatan yang baik.

Datang sebagai tetamu, p**ang dengan ilmu dan keberkatan.

Mohh komeee...

11/08/2026

KONVOI MERDEKA MANJUNG โ€” SAMBUT MERDEKA CARA KITA!

Korang ada motor? Ada lesen? Minat konvoi?

Kalau tiga-tiga adaโ€ฆ jangan duduk rumah! ๐Ÿ˜‚

Sempena Semarak Kemerdekaan & Manjung Berselawat 2026, kita bawakan satu aktiviti khas untuk anak muda โ€” Konvoi Merdeka! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ๏ธ Kita berkumpul di International School Manjung
๐Ÿ๏ธ Lepas tu kita bergerak bersama menuju Tanjung Kepah
๐ŸŒŠ Sampai sana, kita gotong-royong membersihkan kawasan tepi pantai
๐ŸŒด Sambil tu kita layan suasana kampung, angin pantai dan pemandangan yang mungkin selama ni kita lalu je, tapi tak pernah betul-betul nikmati.

Sambut merdeka cara kita!

Bukan sekadar p**as minyak.
Bukan sekadar ambil gambar motor berbaris.

Tetapi kita ride bersama, kenal kawan baru, jaga kebersihan dan buat sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat.

Dan yang paling best...

SEMUA JENIS MOTOSIKAL BOLEH JOIN!

Tak kisah motor kapcai, scooter, motor besar atau motor yang bunyi ekzosnya lebih garang daripada tuannya.

Asalkan ada motosikal, ada lesen yang sah dan nak bersama-sama menyambut kemerdekaan, anda dialu-alukan!

๐Ÿ‘Š Ajak geng motor.
๐Ÿ‘Š Ajak kawan-kawan.
๐Ÿ‘Š Ajak satu group WhatsApp terus turun!

Biar orang nampak...

Anak muda Manjung bukan hanya pandai konvoi. Anak muda Manjung juga pandai berbakti.

๐Ÿ“… 30 Ogos 2026
๐Ÿ“ International School Manjung โžก๏ธ Tanjung Kepah
Masa : 10.30 pagi

Kita ride. Kita gotong-royong. Kita kenal kampung. Kita cipta kenangan.

Sambut Merdeka Cara Kita!

Tag geng motor yang kalau dengar perkataan "KONVOI"... belum habis baca poster dah start panaskan motor! ๐Ÿ˜‚




๐ŸŽฎ KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGENDS ๐ŸŽฎ ๐Ÿ† PIALA ADUN PASIR PANJANG 2026 ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ Adakah squad anda benar-benar layak digelar yang...
09/07/2026

๐ŸŽฎ KEJOHANAN E-SPORT MOBILE LEGENDS ๐ŸŽฎ

๐Ÿ† PIALA ADUN PASIR PANJANG 2026 ๐Ÿ†

๐Ÿ”ฅ Adakah squad anda benar-benar layak digelar yang TERBAIK?

Kini tiba masanya untuk membuktikan kehebatan pasukan anda dalam Kejohanan E-Sport Mobile Legends Piala ADUN Pasir Panjang 2026!

๐Ÿ“… Tarikh. : 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ“Tempat : Dewan Komuniti Taman Samudera

๐Ÿ‘ฅ Penyertaan

๐Ÿ’ต Yuran Penyertaan: RM100 bagi setiap pasukan
โš ๏ธ Terhad kepada 16 pasukan sahaja!
(First Come, First Served)

๐Ÿ† Hadiah Wang Tunai

๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ RM700
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ RM500
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ RM300
๐Ÿ… Tempat Keempat - RM200

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG

Jangan tunggu sehingga slot penuh!

๐Ÿ‘‰ Borang Pendaftaran:
https://forms.gle/D7KdGY1uwJsMsWE7A

๐Ÿšจ Hanya 16 pasukan terawal yang membuat pendaftaran dan pengesahan penyertaan akan diterima.

๐Ÿ“ข Tag squad anda sekarang dan kongsikan kepada rakan-rakan Mobile Legends!

---

Anjuran:
๐Ÿข Pusat Khidmat DUN Pasir Panjang

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448HSemoga tahun baharu hijrah ini menjadi titik perubahan ke arah ketaatan, kesatuan dan perjuanga...
16/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga tahun baharu hijrah ini menjadi titik perubahan ke arah ketaatan, kesatuan dan perjuangan yang lebih diberkati.

ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุขู…ูุฑููƒูู…ู’ ุจูุฎูŽู…ู’ุณู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู…ูŽุฑูŽู†ููŠ ุจูู‡ูู†ู‘ูŽุŒ ุงู„ุณู‘ูŽู…ู’ุนู ูˆูŽุงู„ุทู‘ูŽุงุนูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูˆูŽุงู„ู‡ูุฌู’ุฑูŽุฉู

Maksudnya: โ€œdan aku perintahkan kalian dengan lima perkara yang Allah perintahkan aku dengannya. Mendengar, mematuhi, berjihad dan hijrahโ€ฆโ€
Riwayat al-Tirmizi

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H.

INGATAN KASIH SAYANG.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pada hari ini, terdapat dua amalan penting yang wajar ki...
16/06/2026

INGATAN KASIH SAYANG.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada hari ini, terdapat dua amalan penting yang wajar kita sama-sama ambil perhatian sempena peralihan tahun Hijrah:

๐Ÿคฒ Doa Akhir Tahun
Dibaca pada penghujung tahun selepas Asar sebagai tanda kesyukuran dan muhasabah atas perjalanan hidup sepanjang tahun yang lalu.

๐Ÿคฒ Doa Awal Tahun
Dibaca selepas masuknya tahun baharu Hijrah dengan harapan dan doa agar tahun yang mendatang dipenuhi keberkatan, rahmat serta petunjuk daripada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk menghidupkan amalan ini serta mendoakan kesejahteraan ummah, agama, bangsa dan negara.

"Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, mengampuni segala kekhilafan, dan mengurniakan keberkatan dalam kehidupan kita pada tahun yang baharu."

Address

Sitiawan

Telephone

+6056641951

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share