27/05/2026
LAPORAN OPERASI KHIDMAT KHAS
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUBANG JAYA
Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan daripada pihak keselamatan Taylor's University mengenai seorang individu yang dilihat terjatuh/tenggelam di kawasan tasik universiti.
Satu keluaran jentera bersama 6 anggota dari BBP Subang Jaya telah digerakkan ke lokasi bersama Ketua Balai.
Setibanya di lokasi, komander operasi membuat size-up (penilaian keadaan) dan mendapati saksi awam mengesahkan titik terakhir (last seen) mangsa sebelum tenggelam.
Operasi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan melibatkan anggota penyelamat. Faktor kesukaran operasi adalah jarak penglihatan di dalam air yang agak terhad akibat dasar tasik yang berlumpur.
25/05/2026
PENGISIAN MAKLUMAT PENCALONAN PENGURUS KESELAMATAN KEBAKARAN (FSM) DAN PEGAWAI KESELAMATAN KEBAKARAN (FSO)
BAGI PREMIS DITETAPKAN
klik qr code atau link https://forms.gle/uqMZhAgyDfVBrpdD9 untuk mengemukakan maklumat pencalonan FSM dan FSO anda.
04/05/2026
Hari yang penuh bermakna buat si cilik!
Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026, kanak-kanak bukan sahaja melawat Balai Bomba Subang Jaya, malah sempat asah bakat dalam Pertandingan Melukis bertemakan 'Wira Merah Kita'.
Teruja tengok kreativiti masing-masing mewarna jentera bomba! π¨π Hasilnya memang luar biasa!
"
03/05/2026
Persahabatan Di Padang: YB Wong Chen vs Bomba Subang Jaya! π
Semangat kesukanan membara di Kompleks Sukan 3K MBSJ hari ini!
Satu perlawanan persahabatan yang cukup sengit namun penuh ukhuwah telah berlangsung di antara Pasukan YB Wong Chen menentang wira-wira merah kita, Pasukan Bomba Subang Jaya.
Bukan sekadar mengejar gol, perlawanan ini adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara pemimpin masyarakat dan barisan hadapan (frontliners) dalam suasana yang santai dan sihat.
Terima kasih kepada pasukan Bomba atas saingan hebat tadi! Terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat YB Wong Chen atas penganjuran dan sokongan penuh dalam menjayakan aktiviti sukan komuniti seperti ini.
SJ Echo
Teoh T.Hoong
Wong Chen
13/04/2026
Bulan 1 sampai bulan 4 punya celebration! Hari ini kita raikan hari lahir barisan pegawai BBP Subang Jaya dalam satu majlis ringkas tapi penuh bermakna.
Bukan selalu dapat kumpul sekali macam ni, tapi bila ada peluang, memang meriah! Hadiah mungkin tak seberapa, tapi ingatan sesama rakan setugas itu yang paling mahal. Terima kasih atas segala pengorbanan korang semua dalam menjaga keselamatan warga Subang Jaya. π¨βππ©βπ
13/04/2026
Di sebalik seragam tebal dan jentera merah ini, ada hati yang sentiasa rindu akan keluarga. Hari ini, kami raikan mereka yang sentiasa setia menunggu kami pulang dari setiap operasi.
Majlis Sambutan Hari Raya BBP Subang Jaya bukan sekadar makan-makan, tapi tanda penghargaan buat seluruh anggota dan ahli keluarga.
Terima kasih kepada semua anggota dan keluarga yang hadir menyerikan majlis. Walau dalam mood raya, kami tetap 'standby' demi keselamatan anda semua! π¨βππ©βππͺ
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin! πβ¨
09/04/2026
βSCAMMERβ
Untuk makluman, Jabatan ini TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang surat PERMOHONAN SEBUT HARGA PEMBEKALAN MOTOR UNTUK KERJA-KERJA OPERASI JABATAN.
Sekiranya mana-mana pihak menerima surat seperti ini dimohon untuk terus membuat laporan polis.
Sekian, terima kasih.
JBPM Negeri Selangor.