15/11/2020
https://youtu.be/P2dr3QCgRws
BOOMPARK@Puchong menghitung hari untuk pembukaannya yang tertangguh kesan dari PKPB yang melanda negara sehingga 6 Disember 2020. Semoga semua urusan dipermudahkan dan Projek Boompark dapat memacu ekonomi peniaga-peniaga kecil B40 dalam situasi pandemik yg melumpuhkan ekonomi dan menyebabkan banyak kehilangan punca pendapatan untuk menampung keluarga dan diri.
BOOMPARK@Puchong - Menghitung Hari PKPB
26/10/2020
Pembukaan Pasar Malam dan Pasar Pagi Norma Baru di kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya bermula 16 JUN 2018. Pelancaran dibuat oleh YB Ng Sze Han, Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor
J3PMPSJ PEMBUKAAN PASAR NORMA BAHARU MPSJ (PKPP 2020)
12/10/2020
Alhamdulilah.. selesai sudah membuat pembentangan untuk projek pembangunan Boom Park di Medan Selera Puchong Utama. Semoga dipermudahkan semua urusan
17/09/2020
J3P MPSJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada senua yg telah menjayakan Program Majlis Kesyukuran, Bacaan Yasin & Tahlil Pembukaan Gerai J3P di Medan Selera Taman Puchong Utama sempena Hari Malaysia 2020. Majlis telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang gemilang dan tidak terduga sama sekali.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dr Sti Mariah bt Mahmud (Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Serdang), Tuan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Tn Hj Mohd Zulkurnain Bin Che Ali, Tn Mohan Singh dan Mr Thomas (Ahli Majlis dan Exco J3P MPSJ), Tn Ar Kamarul Hisham, Tn Fauzan, Tn Fitri (Ahli Majlis Mpsj), En Firdaus (Best Marketing), wakil-wakil Jabatan MBSJ serta tetamu jemputan lain yang turut hadir memeriahkan majlis yang patuh pada segala SOP PKPP. Terima kasih juga kepada anggota polis dari Balai Bandar Bukit Puchong di bawah pimpinan Tuan ASP Samsuddin dan akhir sekali kepada Pengerusi Masjid As Salam, Ustaz Muhammad Nor Salami yang telah memimpin Solat Maghrib Berjemaah dan Tahlil.
Sekalung Tahniah secara peribadi diucapkan kepada mereka yg telah berusaha keras untuk menjayakan program ini :
En Firdaus Afrizal - Presiden Kelab
En Firdaus Eppy - Timb Presiden Kelab
Pn Juwita - Ketua J3P Induk
En Zamri (MZ) - Timb Ketua J3P Induk
En Zaidey - Floor Manager 1
En Asri Newbie - Floor Manager 2
En Ismail - Asst Floor Manager
En Badrul Munir - Asst Floor Manager
Pn F***y, Pn Junaini, Pn Ila, Pn Juraidah- Secretariat Team
Hj Omar - Bilal
En Azmi (Mie RM2), En Gibson, Abg Man, Heras & Friend - Team Logistik
Heras Printing - Co Organizer
17/09/2020
Program Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin sempena pembukaan Gerai J3P di Medan Selera Puchong Utama sempena Hari Malaysia 2020
17/09/2020
Semoga semua persiapan untuk majlis malam ini berjalan dgn lancar dan dipermudahkan Allah swt. Terima kasih atas sokongan kuat dari Heras Printing dan Heras Friend
10/09/2020
Alhamdulilah, baru selesai perbincangan jam 12.45 mlm tadi untuk mengadakan Majlis Kesyukuran &. Bacaan Yasin Medan Selera Puchong Utama sempena sambutan Hari Malaysia. Tqvm semua Ajk yg jadir dan memberikan komitmen yg tinggi walaupun dalam keadaan hujan yang lebat dan kesesakan lalu lintas yang teruk akibat banjir kilat.