Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ

Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ

Share

Jabatan Pembangunan Masyarakat merupakan salah satu jabatan di bawah pentadbiran MBSJ

31/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan ini membawa kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian kepada seluruh komuniti.

Ikhlas daripada
Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja MBSJ.

27/05/2026

Di sebalik takbir yang bergema, tersirat makna pengorbanan, keikhlasan dan kasih sesama insan. Kita diajar bahawa setiap pengorbanan yang lahir daripada hati yang tulus pasti membawa keberkatan yang tidak ternilai.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli Majlis serta seluruh warga kerja MBSJ.

‘MBSJ Gemilang Bersama’





22/05/2026

Video Perpisahan Khas buat Kakitangan JPM yang telah bertukar ke Jabatan lain. Semoga Encik Mohd Amirul Suhaimi, Encik Delfiatri dan Puan Hambiah dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik di jabatan baru. Semoga terus sukses di sana.

Jasamu Tetap Di kenang


Photos from Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ's post 22/05/2026

Sekalung Penghargaan Buat Kakitangan yang telah berpindah ke jabatan lain. JPM mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha, kerjaya & sumbangan anda semua kepada Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ. Semoga terus sukses di Jabatan baru.

16/05/2026

‘Guru Bitara Nadi Negara’

Guru bukan sekadar pendidik, tetapi insan yang membina jiwa, menyemai harapan dan mencorakkan masa depan negara dengan penuh dedikasi.

Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai dalam melahirkan generasi cemerlang dan berdaya saing demi kemajuan negara.

Selamat Menyambut Hari Guru 2026

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli Majlis serta seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Subang Jaya.

‘MBSJ Gemilang Bersama’





14/05/2026

Kini segalanya lebih mudah dengan Aplikasi Gemilang MBSJ!

Tak perlu lagi beratur di kaunter, pelbagai urusan bersama MBSJ kini boleh dilakukan secara dalam talian dengan lebih pantas, mudah dan efisien.

Antara fungsi terkini yang disediakan:
🔹 Log masuk menggunakan MyDigital ID & Yahoo Mail
🔹 Semakan amaran banjir dan aras air sekitar kawasan MBSJ
🔹 Saluran aduan melalui WhatsApp Jabatan dan SISPAA
🔹 Carian lokasi stesen pengecasan kenderaan EV

Menariknya, lebih banyak kemudahan bakal diperkenalkan:
📌 Tempahan Gymnasium Kompleks 3K MBSJ
📌 Permohonan Lesen Anjing

Semua urusan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja termasuk semakan, tempahan serta pembayaran melalui Kad Kredit, FPX dan Touch ‘n Go eWallet.

Muat turun Aplikasi Gemilang MBSJ sekarang di Google Play Store dan Apple App Store untuk pengalaman perkhidmatan digital yang lebih pantas dan mudah

09/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2026

“Seteguh Kasih Ibu” pada lembut tutur katanya, tersimpan kekuatan yang membentuk jiwa, menyemai nilai dan menerangi perjalanan hidup anak-anak.

Terima kasih Ibu, atas setiap pengorbanan dan kasih sayang yang tiada bandingan.

Ikhlas daripada Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar, Ahli Majlis serta seluruh Warga Kerja Majlis Bandaraya Subang Jaya



06/05/2026

MAKLUMAN | PENUTUPAN STADIUM MBSJ SERDANG JAYA

Dimaklumkan bahawa kemudahan awam Stadium MBSJ Serdang Jaya akan ditutup kepada orang awam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja naik taraf bermula 01 Mei 2026 sehingga 30 September 2026.

Sila rujuk visual yang disertakan untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8949 1269 (Stadium Serdang Jaya) / 03-8944 2186 (Kompleks 3K Serdang Jaya).

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

“MBSJ Gemilang Bersama”




06/05/2026

MAKLUMAN | PENUTUPAN STADIUM MBSJ SERDANG JAYA

Dimaklumkan bahawa kemudahan awam Stadium MBSJ Serdang Jaya akan ditutup kepada orang awam bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja naik taraf bermula 01 Mei 2026 sehingga 30 September 2026.

Sila rujuk visual yang disertakan untuk maklumat dan keterangan lanjut.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8949 1269 (Stadium Serdang Jaya) / 03-8944 2186 (Kompleks 3K Serdang Jaya).

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

“MBSJ Gemilang Bersama”

Want your business to be the top-listed Government Service in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

KOMPLEKS 3C
Subang Jaya
47500