Amanah Subang

Amanah Subang

Share

Kami ialah Parti Amanah Negara Kawasan Subang di bawah Parlimen P.104 Subang, Selangor Darul Ehsan.

24/09/2025
PM Anwar Umum Harga Minyak Turun 30 September ini | SelangorToday 24/09/2025

PM Anwar Umum Harga Minyak Turun 30 September ini | SelangorToday KUALA LUMPUR, 22 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter bermula 30 September ini, memberi kelegaan besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau, rakyat hanya perlu menggunakan MyKad di kaunter da...

16/09/2025

16 September 2016 - 2025
Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-10 Parti Amanah Negara.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, tanggal 16 September 2025, genap 10 tahun usia Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sepanjang satu dekad ini, AMANAH terus teguh membawa misi besar, mengangkat Islam sebagai "Rahmat Sekelian Alam", Islam yang progresif, peduli, serta menjadi obor harapan buat rakyat Malaysia.

AMANAH lahir daripada tekad untuk membina politik yang bersih, adil, dan inklusif. Kita mahu menonjolkan bahawa Islam bukan sahaja agama ibadah, tetapi juga panduan dalam membela rakyat, menegakkan keadilan, dan membina negara bangsa yang lebih baik.

Saya bangga dengan semua pimpinan dan ahli yang sentiasa istiqamah bersama AMANAH, walau pelbagai cabaran datang dan pergi.

Dari parti kecil yang pernah dipandang enteng, kini AMANAH berdiri teguh sebagai salah satu tonggak dalam Kerajaan Perpaduan.

Marilah kita jadikan ulang tahun ke-10 ini sebagai pemangkin semangat baharu. Kita terus melangkah dengan yakin, menonjolkan AMANAH sebagai wadah "Islam Rahmat Sekelian Alam", progresif, peduli dan sentiasa dekat dengan rakyat.

MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara

Photos from Amanah Subang's post 12/03/2025

Majlis Sumbangan Cek kpd 6 Masjid dan 18 Surau dalam DUN Subang Jaya oleh YB Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 dgn jumlah sumbangan sebanyak RM30K.

Majlis diteruskan dgn Berbuka Puasa bersama tetamu drp bbrp rumah ibadat lain spt kuil, tokong n gereja sekitar Subang Jaya. YB berbesar hati menyumbang tambahan RM10K khas utk Majlis Berbuka Puasa pd 10 Ramadhan ni❤️

02/03/2025

Selamat Menyambut Ramadhan 1446H.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, keampunan, dan rahmat kepada kita semua.

Segala doa dan usaha kita diterima serta diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Selamat berpuasa & semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna!

5 MUTIARA AMANAH DALAM KERAJAAN PH 1.0 | SelangorToday 02/03/2025

5 mutiara AMANAH

5 MUTIARA AMANAH DALAM KERAJAAN PH 1.0 | SelangorToday Parti AMANAH Negara merupakan parti yang paling banyak mendapat manfaat politik atas kerjasama yang dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum 2018. Keberanian bekas pemimpin PAS menubuhkan sebuah parti baru dan menyertai pakatan politik yang ditinggalkan oleh PAS merupakan satu langkah bijak memandangkan....

02/03/2025

Salam Ramadan Al Mubarak

Ar. Kamarul Hisham Bin Hj Yeop Hashim

Ketua AMANAH Kawasan Subang
Setiausaha AMANAH Negeri Selangor
Ahli Majlis Zon 4 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

02/03/2025

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1446H 2025M.

Khairol Basri bin M. Arif

Naib Ketua 1 AMANAH Kawasan Subang
Ahli Majlis Zon 8 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Want your business to be the top-listed Government Service in Subang Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Subang Jaya