12/06/2026
KURSUS KEMAHIRAN KERJA KES KOMUNITI SIRI 1/2026 DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR.
Kursus Kemahiran Kerja Kes Komuniti Siri 1/2026 telah dilaksanakan pada 7 hingga 11 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian Komuniti, Penyelaras Komuniti JKM Negeri dan Penyelaras Komuniti JKM Daerah Seluruh Malaysia.
Kursus ini menampilkan penceramah-penceramah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam kemahiran kerja sosial.
Objektif kursus ini adalah seperti berikut:
1. Memahami model konsep utama dan peranan pekerja Komuniti
2. Menerangkan proses Kerja untuk melaksanakan Kerja Komuniti
3. Menjelaskan cara Kerja Komuniti.
Kursus Kemahiran kerja Kes Komuniti ini juga telah menjalankan Kerja Kes Lapangan di lokasi yang telah di tetapkan dan peserta kursus dapat pendedahan secara pratikal dalam situasi yang sebenar bersama Komuniti luar iaitu Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Kraftangan Kampung Sungai Sembilang, Pertubuhan Komuniti Kampung Seri Tiram Jaya Tanjung Karang, dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tanjung Karang Selangor.
Justeru itu, diharap melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam kursus ini dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran peserta agar dapat dipraktiskan di tempat kerja masing-masing.
โขโขโข
๐ธ๐
๐ผ
08/06/2026
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) melalui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Bumiputera) yang berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Gred G2 โ Kategori CE, Pengkhususan CE21 (Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam) serta Sijil Taraf Bumiputera oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang tempohnya tidak kurang 90 hari dari tarikh tutup iklan (hendaklah membawa sijil pendaftaran asal PKK & CIDB dan Tax Compliance Certificate (TCC) dan salinan semasa taklimat bagi menyertai sebut harga
08/06/2026
Institut Sosial Malaysia (ISM) telah menganjurkan Program ISM@Komuniti 2026 pada 6 Jun 2026 di Dewan Masyarakat Kampung Telaga Air, Kuching, Sarawak. Dirasmikan oleh YB Datoโ Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, program kemasyarakatan ini bertujuan untuk memberikan impak positif serta memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah disediakan, termasuk ceramah Kesihatan Mental Penjaga oleh Dr. Shazrina binti Ahmad Razali, Pocket Talk โInternet Selamat, Keluarga Sejahteraโ oleh pihak MCMC, dan Bicara Kesihatan Komuniti oleh Dr. Nur Syafinaz binti Adenan. Selain itu, Dr. Nur Shasa Ain daripada Eartistic Hearing and Balance Centre turut mengendalikan sesi khas mengenai kualiti hidup warga emas yang merangkumi panduan pengurusan vertigo, risiko jatuh, serta aktiviti pemeriksaan pendengaran dan keseimbangan secara percuma.
Bagi memeriahkan suasana, program turut diserikan dengan Pertandingan Memasak โRaso Asli Sarawakโ dan pertandingan mewarna komuniti. Acara ini turut dihadiri dan disokong oleh barisan tetamu kehormat termasuk Puan Norhaslinda binti Mohd Sibi (Pengarah ISM), Puan Hanani binti Sapit (Ketua Pengarah JPW), Encik Semawi bin Mohamad (Pengarah JKM Sarawak), serta Ketua Kampung Telaga Air, Tuan Zaini Haji Tanggek.
โขโขโข
๐ธ๐
๐ผ
06/06/2026
โ๏ธ Sertai Tinjauan Iniโ๏ธ
KPWKM kini sedang dalam proses menggubal Rang Undang-undang (RUU) Warga Emas sebagai langkah proaktif dalam mempersiapkan Malaysia menuju status Negara Tua menjelang tahun 2036.
Suara anda penting untuk kami mendapatkan input demi memastikan RUU ini bersifat inklusif dan memenuhi keperluan sebenar rakyat.
๐ฒ Imbas kod QR di poster untuk sertai tinjauan ini.
Facebook
https://www.facebook.com/share/1E5XmjDNDh/?mibextid=wwXIfr
Instagram
https://www.instagram.com/p/DZOuKU8xT6a/?igsh=MWo0azBoZmthZjZrdw==
X
https://x.com/kpwkm/status/2063107579400868045?s=46
===================
Jom ๐ฒ Follow, Like, Comment & Share semua platform media sosial KPWKM!
๐น Facebook ๐: https://www.facebook.com/kpwkm
๐น Instagram ๐ธ: https://www.instagram.com/kpwkm
๐น Twitter/X ๐ฆ: https://x.com/kpwkm
๐น TikTok ๐ต: https://www.tiktok.com/
๐น YouTube โถ๏ธ: https://youtube.com/
05/06/2026
LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026
4 Jun 2026 (Khamis) - Seramai 23 orang warga ISM telah menyertai lawatan ke PBAKL 2026 anjuran Pusat Sumber, ISM ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Inisiatif Unit Pusat Sumber melalui lawatan ini bertujuan memperkasakan budaya ilmu dan minat membaca dalam kalangan warga ISM. Melalui program ini, para peserta berpeluang meneroka penerbitan terbaharu, memperoleh bahan bacaan pada harga kompetitif, serta menjalinkan rangkaian profesional secara langsung dengan penggiat industri perbukuan tempatan dan antarabangsa.
โขโขโข
๐ธ๐
๐ผ
04/06/2026
๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
Institut Sosial Malaysia (ISM) kini membuka peluang kepada semua penyelidik dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk menghantar cadangan penyelidikan bagi Kajian ISM Tahun 2026.
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ก๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐ง: 4 JUN - 8 JUN 2026
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
๐๐ง๐๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ฐ๐๐ซ๐ข ๐๐ข๐ง ๐๐๐ณ๐๐ฅ๐ข
๐ ๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ง@๐ข๐ฌ๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/ ๐ฎ๐ฉ@๐ข๐ฌ๐ฆ.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ
๐ Pautan senarai kajian dan dokumen wajib boleh diakses melalui kod QR dalam poster.
โขโขโข
๐ธ๐
๐ผ
03/06/2026
E-SIJIL PROGRAM ISM BICARA SOSIAL 2/2026 "HEALING SAMPAI HILANG: ANTARA TREND DAN KEPERLUAN KESIHATAN MENTAL"
02/06/2026
Sebagaimana indahnya bunga teratai yang mekar dan cahaya tanglung yang menerangi kegelapan malam, begitulah juga harapan agar hidup anda sentiasa dilimpahi dengan cahaya kebijaksanaan, kasih sayang, dan kedamaian. Selamat Hari Wesak 2026!
โขโขโข
๐ธ๐
๐ผ