01/10/2026
๐ ZIARAH KASIH, MENYANTUNI MASYARAKAT & AHLI๐
โSesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya.โ
โ Riwayat al-Bukhari & Muslim
Alhamdulillah, gerak kerja Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial PAS Kawasan Bandar Tun Razak terus diperkasakan melalui program ziarah dan menyantuni masyarakat setempat.
Sepanjang minggu ini, beberapa kunjungan telah dilaksanakan dengan diketuai oleh YDP PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Tn Haji Md Shukor Aziz, bersama Naib YDP, Dr Hjh Rosni Adam, serta pasukan Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial yang diketuai oleh pengerusinya, Pn Khadijah Abd Rashid.
๐คฒ 1๏ธโฃ ZIARAH KASIH โ AL-MALAK BTR
Pada Isnin, 28 September 2026, team ziarah berkesempatan menziarahi Tuan Haji Salleh bin Jaafar, 83 tahun, yang menetap bersama anak dan cucu di kediaman beliau.
Tuan Haji Salleh merupakan mantan AJK Masjid Saidina Othman Ibn Affan dan pernah memberikan khidmat serta sumbangan dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan.
Al-Malak secara ringkasnya merujuk kepada golongan warga emas / mereka yang telah lanjut usia, yang wajar disantuni, dihormati dan diberi perhatian dari sudut kebajikan serta kesejahteraan mereka.
Ziarah ini menjadi ruang untuk bertanya khabar, mendengar keadaan beliau serta menyampaikan rasa kasih dan keprihatinan PAS kepada warga emas di Bandar Tun Razak.
Turut sama hadir ziarah Ketua Cawangan PAS Makmur Ikhlas, En Nor Azlan bersama AJKยฒ cawangan.
๐คฒ2๏ธโฃ ZIARAH KASIH AHLI PAS
Team kemudiannya menziarahi En. Sobri Md Saad di PPR Desa Tun Razak, yang baru kehilangan ibunda tercinta pada malam Jumaat minggu lalu.
Allahyarhamah Tumijah binti Abdullah, 81 tahun, telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya setelah melalui usia lanjut dan keuzuran.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga yang sedang berduka, YDP PAS Kawasan Bandar Tun Razak, Tuan Haji Md Shukor Aziz, turut menyampaikan sumbangan kepada En. Sobri dan keluarga.
๐น 3๏ธโฃ ZIARAH KASIH PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK PPR DESA TUN RAZAK
Selesai menziarahi En. Sobri, team ziarah meneruskan kunjungan ke kediaman Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak, Tuan Haji Anuar, di Blok 8.
Tuan Haji Anuar yang kini sedang melalui keadaan kurang upaya tetap menyambut kunjungan dengan penuh kemesraan dan wajah yang ceria.
Pertemuan yang sederhana ini cukup bermakna. Sembang santai, bertanya khabar dan mendengar perkembangan beliau menjadi pengikat silaturahim antara PAS dan masyarakat setempat.
YDP PAS Kawasan Bandar Tun Razak turut menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada PAS Kawasan kepada setiap individu dan keluarga yang diziarahi sebagai tanda prihatin dan kasih sayang.
Turut bersama dalam kunjungan kali ini ialah Ketua Cawangan PAS Desa Tun Razak, Sdr. Anuar Salahudin, bersama barisan AJK Cawangan PAS Desa Tun Razak.
๐ฟ ZIARAH ITU TANDA KITA HADIR
Ziarah bukan sekadar berkunjung.
Ia adalah tentang hadir ketika diperlukan, bertanya ketika ada yang diuji, mendengar ketika ada yang ingin berkongsi dan menghulurkan tangan ketika ada yang memerlukan.
Semoga usaha kecil ini menjadi amal yang diterima Allah SWT dan terus menyuburkan ukhuwah serta hubungan PAS bersama masyarakat Bandar Tun Razak.
"Ya Allah, berikanlah kesihatan, kekuatan dan kesejahteraan kepada mereka yang kami ziarahi. Rahmatilah yang telah pergi, peliharalah yang masih ada dan jadikanlah setiap langkah ziarah ini sebagai amal kebajikan di sisi-Mu."
Menyantuni Dengan Kasih, Berkhidmat Dengan Amanah. ๐ฟ
๐คLajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial
PAS Kawasan Bandar Tun Razak๐