PPD LMS

Contact the organization

PPD LMS PEJABAT PENDIDIDKAN DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

πŸ† WISHING YOU ALL THE BEST! πŸ†SMK King Edward VII – Representing Perak at the National Level! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Heartiest congratulation...
12/10/2026

πŸ† WISHING YOU ALL THE BEST! πŸ†

SMK King Edward VII – Representing Perak at the National Level! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Heartiest congratulations and best wishes to the team from SMK King Edward VII, Taiping, as they proudly represent the state of Perak at the Impromptu Speech Competition for Form 6 Students, National Level 2026.

πŸ“ Venue : Putrajaya International Convention Centre (PICC)
πŸ“… Date : 12–15 October 2026

May this prestigious competition be an opportunity for our talented students to showcase their confidence, eloquence, critical thinking skills, and ability to express their ideas effectively. May they rise to the challenge, perform with excellence, and make Perak proud on the national stage.

Remember, every word spoken with confidence is a step towards success. Give it your very best, believe in yourselves, and let your voices inspire others!

Wishing the entire team the very best of luck. May success be yours, and may this experience become a memorable milestone in your journey towards greater achievements. 🌟

Go SMK King Edward VII! Go Perak! β€οΈπŸ–€πŸ’›







πŸ“šβœ¨ SELAMAT MENDUDUKI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2026 βœ¨πŸ“šSeluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matan...
12/10/2026

πŸ“šβœ¨ SELAMAT MENDUDUKI SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2026 βœ¨πŸ“š

Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2026 kepada semua calon SMA dan SABK di daerah Larut Matang dan Selama.

πŸ“… Tarikh: 12 Oktober hingga 2 November 2026

Semoga semua calon diberikan ketenangan hati, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ilham dan kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan peperiksaan.

Teruskan usaha dengan penuh keyakinan, fokus dan tawakal kepada Allah SWT. Semoga segala ilmu yang dipelajari membuahkan kejayaan yang cemerlang serta menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Usaha, doa dan tawakal menjadi kunci kejayaan. Semoga kejayaan milik anda semua dan dipermudahkan perjalanan menuntut ilmu demi masa depan yang gemilang. 🀲🏻🌟

Ikhlas daripada:
YBrs. Encik Mohd Izam bin Mohd Ramly
Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Selamat menduduki peperiksaan STAM 2026. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!


MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAKMAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH ...
11/10/2026

MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI NEGERI PERAK SEPERTI BIASA SUSULAN PERKEMBANGAN SEMASA KEADAAN JEREBU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

YBhg. Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Perak akan beroperasi seperti biasa mulai 12 Oktober 2026 (Isnin) berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di semua stesen pemantauan negeri Perak setakat jam 2.00 petang, 11 Oktober 2026 telah menunjukan bacaan IPU terkawal di bawah paras 150.

Sehubungan dengan itu,

i. Semua sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM negeri Perak hendaklah beroperasi seperti biasa.

ii. Pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan perkembangan keadaan jerebu melalui data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

iii. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta seluruh warga pendidikan hendaklah terus diberikan keutamaan.

iv. Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Ibu bapa dan penjaga dimohon untuk merujuk kepada saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi sekolah dan sebarang perubahan arahan susulan keadaan jerebu.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

ENCIK ZULKAFLI BIN MOHAMED MOKHTAR, P.M.P.
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Following

✨ TERIMA KASIH ATAS PENGUMUMAN BAJET 2027 ✨Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Perd...
10/10/2026

✨ TERIMA KASIH ATAS PENGUMUMAN BAJET 2027 ✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pengumuman Bajet 2027, khususnya komitmen berterusan dalam memperkukuh sektor pendidikan negara.

Pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan langkah penting dalam membina masa depan negara yang lebih gemilang, melahirkan generasi berilmu, berkemahiran, berdaya saing serta mampu menghadapi cabaran masa hadapan.

Semoga segala inisiatif dan peruntukan yang diumumkan dapat terus memperkasa sistem pendidikan negara, meningkatkan kualiti pembelajaran serta memberikan manfaat kepada seluruh warga pendidikan, khususnya para guru dan murid di seluruh Malaysia.

Pendidikan Berkualiti, Generasi MADANI, Negara Sejahtera.πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada,

MOHD IZAM BIN MOHD RAMLY
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama





09/10/2026

PEMAKLUMAN | PENUNDAAN TARIKH PELAKSANAAN UJIAN SPEAKING (800/2) MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SESI 3 TAHUN 2026 SELURUH NEGARA

09/10/2026

KEMASUKAN TAHUN 1 2027: KPM SIAP SIAGA PASTIKAN KESEDIAAN SEKOLAH

KPM komited memastikan prasarana diperkukuh, guru disediakan dan kesiapsiagaan sekolah terus dipertingkat demi memastikan sesi persekolahan 2027 dapat berlangsung dengan lancar.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







09/10/2026
πŸŒ™ MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT πŸŒ™Bagi Calon Peperiksaan Awam Sesi 2026 SPM | STPM | STAMSekolah-sekolah Kementeria...
07/10/2026

πŸŒ™ MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT πŸŒ™
Bagi Calon Peperiksaan Awam Sesi 2026 SPM | STPM | STAM
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan peringkat Daerah Larut Matang dan Selama.

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, satu Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat akan diadakan sebagai usaha memohon keberkatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan buat anak-anak calon yang bakal menduduki peperiksaan.

πŸ“… Jumaat, 9 Oktober 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 2.00 petang
πŸ“ Masjid Daerah Taiping

Ibu bapa / penjaga dijemput hadir bersama-sama anak bagi menyemarakkan doa dan sokongan buat calon-calon peperiksaan.

Semoga segala usaha, doa dan tawakal menjadi asbab kejayaan anak-anak kita. Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan hati, kekuatan jiwa dan memperoleh keputusan yang cemerlang. 🀲✨

β€œUsaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, kejayaan menanti.”







✨ TAKLIMAT MODUL MyPERFORMANCE HRMIS ✨Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan Taklimat Modul ...
01/10/2026

✨ TAKLIMAT MODUL MyPERFORMANCE HRMIS ✨

Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama telah mengadakan Taklimat Modul MyPerformance HRMIS kepada Pentadbir MyPerformance dan Pegawai Penilai Pertama Tahun 2026**.

πŸ“… Tarikh: 30 September 2026
⏰ Masa: 2.00 petang
πŸ“ Tempat: SJKC Hua Lian 1

Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan serta pengurusan MyPerformance melalui sistem HRMIS, di samping memastikan para pentadbir dan pegawai penilai dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih teratur, tepat dan berkesan.

Semoga perkongsian dan penerangan yang diberikan dapat membantu memperkukuh kefahaman serta melancarkan pengurusan MyPerformance Tahun 2026 di peringkat PPD Larut Matang dan Selama.





Address

Jalan TAMING SARI
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPD LMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PPD LMS:

Shortcuts

Share