20/10/2026
19.10.2026 || ISNIN || PERTEMUAN KHAS KETUA UMNO BAHAGIAN TANAH MERAH BERSAMA JENTERA UMNO BAHAGIAN TANAH MERAH.
Menyahut seruan Malaysia Biru yang diilhamkan oleh Presiden UMNO, YAB Datoβ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, satu pertemuan khas telah diadakan antara Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, bersama barisan kepimpinan dan jentera UMNO Bahagian Tanah Merah.
Pertemuan ini menjadi medan penting dalam memperkukuh kesatuan, memperkemas gerak kerja organisasi serta menyatukan tekad seluruh jentera parti bagi memastikan perjuangan UMNO terus diperkasakan hingga ke akar umbi.
Malaysia Biru bukan sekadar laungan, tetapi satu tekad perjuangan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, memperkukuh kestabilan politik dan membina masa depan negara yang lebih gemilang.
UMNO Tanah Merah akan terus mara dengan semangat kebersamaan, kesetiaan dan iltizam yang tinggi demi memastikan Gelombang Biru terus berkembang dan mendapat tempat di hati rakyat.