Media Pemuda Tanah Merah

Website Contact the organization

Media Pemuda Tanah Merah Media Rasmi Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah

12/10/2026
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UNPemuda UMNO Bahagian Tanah Merah merakamkan ucapan takziah yang setulusnya atas pemerg...
28/09/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah merakamkan ucapan takziah yang setulusnya atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Kami amat menghargai jasa, sumbangan dan bakti Allahyarhamah sepanjang hayatnya kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pemergian seorang tokoh yang begitu banyak menabur jasa pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga segala amal kebajikan Allahyarhamah diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

SELAMAT PULANG, DS NAJIB. πŸ‡²πŸ‡ΎDengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datu...
19/09/2026

SELAMAT PULANG, DS NAJIB. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengampunan bersyarat dan dibenarkan menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Buat keluarga yang sekian lama menanti, sahabat yang tidak pernah melupakan, dan mereka yang terus menitipkan doa, semoga kepulangan ini membawa sinar baharu.

PAU 2026 telah melabuhkan tirainya.Semangatnya kami bawa pulang. Intipati Ucapan Dasar Presiden kami terjemahkan dalam g...
15/09/2026

PAU 2026 telah melabuhkan tirainya.

Semangatnya kami bawa pulang. Intipati Ucapan Dasar Presiden kami terjemahkan dalam gerak kerja.

Pemuda UMNO Tanah Merah tekad melangkah bersama, memperkukuh perjuangan dan melakar masa depan bangsa.

The future is not merely inherited. It is shaped by what we do today.

Ayuh bawa keluarga, rakan-rakan dan seluruh komuniti untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Pia...
14/07/2026

Ayuh bawa keluarga, rakan-rakan dan seluruh komuniti untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Dunia FIFA 2026 secara BIG LED SCREEN dalam suasana penuh gempak di Dataran Mahsari, Bandar Tanah Merah.

πŸ—“ Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•› Bermula Jam: 12.00 Pagi
πŸ“ Tempat: Dataran Mahsari, Bandar Tanah Merah

πŸŽ‰ Pelbagai aktiviti sampingan menarik menanti pengunjung, antaranya:
β›³ Mini Golf
⚽ Mini Penalti Kick Challenge
🎯 Serta pelbagai aktiviti santai yang sesuai untuk seisi keluarga.

🎁 CABUTAN BERTUAH MENARIK!
Hadir dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat seperti:
πŸ“Ί TV LED
πŸ”Œ Barangan Elektrik
🎁 Hamper Eksklusif..serta pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda!

βœ… MASUK ADALAH PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan Piala Dunia bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana penuh semangat, sorakan dan keceriaan.

Anjuran:
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Dengan Kerjasama:
Yayasan Mahsari

πŸ“£ Jumpa anda di Dataran Mahsari bermula jam 12.00 pagi!
Bersama Kita Hebat, Rasakan Kegemilangan! πŸ‡«πŸ‡·πŸ†šπŸ‡ͺπŸ‡Έβš½

TAHNIAH PEMANIS. TAHNIAH BANGSA JOHOR! πŸ’™Alhamdulillah, perjuangan ini telah sampai ke penghujungnya. Kemenangan telah ka...
12/07/2026

TAHNIAH PEMANIS. TAHNIAH BANGSA JOHOR! πŸ’™

Alhamdulillah, perjuangan ini telah sampai ke penghujungnya. Kemenangan telah kami tinggalkan di bumi Pemanis. Kini tiba masanya untuk memegang amanah rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab, menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, serta membalas kepercayaan yang telah diberikan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada YB Anuar Abd Manap atas kemenangan yang diperoleh. Kami yakin rakyat Pemanis benar-benar menyayangi YB dan meletakkan harapan yang besar agar Pemanis terus maju di bawah kepimpinan yang prihatin dan berjiwa rakyat.

Jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional Sekijang, khususnya keluarga besar BN N03 Pemanis, yang telah bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen. Setiap titisan keringat, setiap langkah dan setiap pengorbanan kalian akan sentiasa kami kenang.

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan dan keterbatasan sepanjang kami bersama membantu pasukan. Andai ada tutur kata yang terkasar atau layanan yang tidak sempurna, kami memohon seribu kemaafan.

Perjuangan ini mungkin telah berakhir, namun silaturahim tidak akan terputus. Insya-Allah, ada masa dan ketika, kita akan bersua kembali dalam medan perjuangan yang lain.

Tahniah Pemanis!
Tahniah Bangsa Johor! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™

π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—› π— π—”π—–π—›π—”π—‘π—š 𝗗𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π— π—˜π—₯𝗔𝗛

Sekalung Ucapan Terima Kasih Kepada Keluarga Angkat Dun Pemanis dari Kelantan Daerah Machang Dan Tanah Merah yang berhempas pulas bersama jentera mereka membantu calon barisan nasional N03 Pemanis sehingga titisan keringat terakhir.

Alhamdulillah kita menang bergaya dengan majoriti 8380 Undi, Tanpa Usaha dari Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Pemuda dan Puteri Serta Jentera dari Kelantan ini siapalah kami di Dun Pemanis ini, Jasamu akan kami kenang.

Terima Kasih Tok Jazlan Ahmad Jazlan Yaakub , Terima Kasih Cikgu Nan Wan Mohd Adnan Bin Wan Aziz Wan Mohd Adnan WanAziz , Ketua Bahagian Tanah Merah , Ybhg Dato Wan Rakemi, Kak Azah, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan senua Jentera Kelantan yang tidak dinyatakan namanya.

Insya Allah jika takdir dapat menyatukan kita bekerjasama lagi, kita akan terus jadi satu pasukan yang mantap pada pemilihan akan datang.

Hidup Kelantan !! Maju Johor !! Padu Pemanis

05/07/2026
19/06/2026

πŸ”₯ Anak muda turun ke padang, kami turun memberi sokongan.

Bola sepak menyatukan, persahabatan menguatkan.

Tahniah anak muda Kampung Alor Pasir ⚽️πŸ’ͺ

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRANSetinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir diucapkan kepada Saudara Zuhairi Z...
18/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN

Setinggi-tinggi ucapan selamat hari lahir diucapkan kepada Saudara Zuhairi Zakaria
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yang berkat serta terus diberikan kekuatan dalam memimpin dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.

Terima kasih atas komitmen, pengorbanan dan kepimpinan yang sentiasa mendekati rakyat khususnya anak muda di Tanah Merah.

Semoga terus cemerlang memimpin, berbakti dan membawa suara anak muda ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Hari Lahir, KP Zuhairi Jery ! πŸŽ‚πŸŽˆ





Address

PT 644-1, KOMPLEKS PERNIAGAAN HUMAIRA, Jalan HUMAIRA 1
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Pemuda Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Media Pemuda Tanah Merah:

Shortcuts

Share