Era Baru Pemuda Ledang

Era Baru Pemuda Ledang Politician page

15/10/2026
07/10/2026
30/09/2026
20/09/2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

𝗗𝗔𝗣 π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—π—”π——π—œ 𝗕𝗔𝗧𝗨 π—”π—£π—œ β€” π—π—”π—šπ—” 𝗣𝗔π—₯π—§π—œ π—¦π—˜π—‘π——π—œπ—₯π—œ, π—π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗖𝗨𝗕𝗔 π— π—˜π—‘π—šπ—”π—§π—¨π—₯ 𝗨𝗠𝗑𝗒

https://www.instagram.com/p/DdgflYPtvTR/?stkn=MXN0a2pzZDAzNGpwMw==

https://www.facebook.com/share/p/18TL5RTHFb/?mibextid=wwXIfr

1. Saya merujuk kepada kenyataan Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali yang bukan sahaja mendesak Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, malah dengan angkuhnya mahu Perdana Menteri melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta menentukan sendiri penggantinya daripada kalangan pemimpin UMNO.

2. Saya ingin bertanya: Sejak bila seorang pemimpin DAP diberikan mandat untuk menentukan siapa yang layak memimpin UMNO? Sejak bila p**a pelantikan dan kedudukan pemimpin UMNO perlu mendapat restu DAP?

3. Jangan melampaui batas. Kepimpinan UMNO ditentukan oleh ahli-ahli UMNO melalui Perlembagaan dan proses pemilihan parti. Ia bukan diputuskan dalam mesyuarat CEC DAP, bukan ditentukan melalui tekanan politik dan sama sekali bukan urusan seorang Naib Pengerusi DAP peringkat negeri.

4. Lebih menjengkelkan, beliau bukan sahaja mahu Presiden UMNO berundur, malah sudah sibuk menyusun nama pemimpin UMNO yang kononnya lebih sesuai menjadi pengganti. Ini bukan pandangan politik yang ikhlas. Ini cubaan terang-terangan untuk mencampuri, mengatur dan memecah-belahkan UMNO dari luar.

5. Jika benar beliau begitu gemar menyediakan senarai pengganti, hantarlah senarai itu kepada partinya sendiri. Mungkin DAP memerlukan penasihat tambahan untuk menyelesaikan masalah dalamannya. Namun, jangan sesekali menghantarnya ke Menara Dato’ Onn. UMNO tidak pernah membuka tender kepada DAP untuk memilih Presidennya.

6. Hakikatnya, isu ini bermula dari dalam rumah DAP sendiri. Sheikh Umar sendiri mengakui bahawa ramai ahli CEC DAP pada awalnya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Jika rumah sendiri masih berserabut, kemaskanlah dahulu. Jangan cuba menyapu masalah sendiri ke halaman UMNO, kemudian berpura-pura menjadi penjaga kebersihan politik negara.

7. Berhubung dakwaan bahawa Presiden UMNO telah memalukan Perdana Menteri, saya tegaskan bahawa Presiden UMNO berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO, di hadapan perwakilan UMNO, mengenai kepentingan dan masa depan UMNO. Itulah tanggungjawab seorang Presiden kepada kira-kira 3.2 juta ahli partiβ€”bukannya satu kesalahan yang memerlukan keizinan DAP.

8. Dalam ucapan yang sama, Presiden UMNO turut menegaskan dengan jelas bahawa UMNO akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal. Mungkin bahagian itu tidak dibaca oleh Senator berkenaan, atau sengaja diketepikan kerana fakta tersebut meruntuhkan naratif politik yang cuba dijualnya.

9. UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai sebuah parti yang mempunyai maruah, pendirian dan suaraβ€”bukan sebagai penumpang yang perlu diam, tunduk dan mengangguk kepada setiap kehendak DAP. Kerajaan Perpaduan dibina atas semangat permuafakatan dan saling menghormati, bukannya dominasi mana-mana parti terhadap parti yang lain.

10. Menyuarakan kebimbangan rakyat terhadap pelaksanaan sesuatu dasar bukanlah perbuatan menentang kerajaan. Itulah tanggungjawab seorang pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat. Jangan kerana tidak selesa ditegur, semua pandangan berbeza mahu dilabel sebagai pengkhianatan.

11. Jika setiap pemimpin yang menyuarakan keresahan rakyat mesti meletakkan jawatan, maka banyak kerusi dalam kerajaan perlu dikosongkanβ€”termasuk beberapa kerusi yang sedang diduduki oleh pemimpin DAP sendiri.

12. Lebih serius, tindakan menyenaraikan pemimpin UMNO yang kononnya β€œlebih komited” dan layak menggantikan Presiden merupakan taktik pecah dan perintah yang amat mudah dibaca. Jangan cuba melagakan pemimpin UMNO sesama sendiri. Mereka yang disebut itu berdiri di atas landasan, perjuangan dan kepimpinan parti yang sama.

13. UMNO bukan anak syarikat DAP. UMNO juga tidak memerlukan β€œremote control” daripada mana-mana pemimpin DAP. Kerjasama dalam kerajaan tidak memberikan lesen kepada DAP untuk menceroboh urusan dalaman rakan politiknya.

14. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berdiri teguh di belakang Presiden UMNO dan kepimpinan parti. Jangan salah tafsir kesabaran UMNO sebagai kelemahan. Kami menghormati rakan dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi penghormatan mestilah berbalas dan sempadan mestilah dijaga.

15. Kepada Senator Sheikh Umar, nasihat saya mudah: jaga rumah sendiri sebelum mahu mengubah susunan perabot di rumah orang lain. Jangan menjadi batu api dalam Kerajaan Perpaduan semata-mata untuk meraih perhatian politik.

16. Rakyat sedang berhadapan dengan tekanan kos sara hidup, peluang pekerjaan belia, isu perumahan serta cabaran ekonomi. Itulah perkara yang sepatutnya diberikan perhatianβ€”bukannya sibuk menentukan siapa patut memimpin UMNO dan siapa patut menduduki jawatan dalam kerajaan.

Cukuplah mencampuri urusan UMNO. Jangan uji kesabaran akar umbi kami.

YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

19/09/2026

ADAKAH PENGAMPUNAN YANG DITERIMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM JUGA TIDAK BERMORAL DAN TIDAK BERETIKA?

1. Saya ingin merujuk kenyataan YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, berhubung keputusan terkini Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang bersidang pada Jumaat, 18 September 2026, membabitkan bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

2. YB Hassan menyifatkan hukuman yang lebih ringan yang diterima Dato' Sri Najib sebagai satu keputusan yang tidak bermoral dan tidak beretika.

3. Saya ingin mengingatkan YB Hassan bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-10, Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, juga merupakan seorang 'convicted', pesalah jenayah dan tidak menjalani hukuman penuh. Sebagai seorang pesalah jenayah, beliau turut menerima manfaat hasil pengampunan daripada Lembaga Pengampunan pada 2018.

4. Sistem kehakiman yang sama, Perlembagaan Persekutuan yang sama, dan prinsip Keluhuran Undang-Undang (Rule of Law) yang sama. Namun ia dinilai secara berbeza bergantung kepada siapa yang menerimanya.

5. Ketekalan prinsip tidak boleh bergantung kepada keselesaan politik semasa.

6. Persoalannya mudah: jika seseorang pesalah yang menerima ihsan dan belas kasihan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dianggap tidak beretika dan tidak bermoral, maka prinsip yang sama wajar terpakai kepada semua - termasuk pengampunan yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 sendiri.

7. Lebih-lebih lagi jenayah yang disabitkan ke atas Perdana Menteri ke-10 adalah jenayah songsang. Melainkan YB Hassan anggap jenayah songsang itu sebagai perbuatan yang bermoral dan beretika.

8. Sehingga YB Hassan berani mengaplikasikan piawaian moralnya secara saksama kepada pemimpin partinya sendiri, kenyataan beliau terhadap Dato' Sri Najib hanya membuktikan satu perkara: ini bukan soal moral dan etika, tetapi semata-mata kepentingan politik berselindung di sebalik retorik prinsip.

9. Ini bukan lagi soal prinsip - ini soal 'ikut sedap tekak'.

NOOR AZLEEN BIN AMBROS
Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO Johor
19 September 2026, 8.00 pagi.

Address

Tangkak

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Era Baru Pemuda Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share