FAMA Daerah Muallim

Call Contact the organization

FAMA Daerah Muallim LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
No.113A (1st Fl) Bandar Behrang 2020,
Jln Wawasan Dagangan 1,
Tanjong Malim,
35900 Perak.

01/10/2026

๐ŸŽ‰ 61 TAHUN FAMA โ€” TERUS MENYANTUNI, MEMPERKASA DAN MENCIPTA NILAI

30 September 2026 menandai 61 tahun penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah agensi yang terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh rantaian pemasaran agromakanan negara.

Enam dekad lebih perjalanan FAMA menjadi bukti komitmen berterusan dalam menyantuni petani, usahawan dan pemain industri, memperluas akses pasaran serta memastikan hasil agromakanan tempatan mempunyai nilai dan daya saing yang lebih tinggi.

Berteraskan semangat , FAMA akan terus melangkah ke hadapan dengan memperkukuh ekosistem pemasaran, memperkasa komuniti agromakanan dan mencipta nilai demi keterjaminan makanan negara.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-61 FAMA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

61 tahun berkhidmat, menyantuni dan mencipta nilai untuk Malaysia.









๐ŸŽณ๐ŸŒธ ๐๐Ž๐–๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐€๐‘๐Ž๐๐† ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐“๐Ž๐ ๐‚๐ˆ๐“๐˜ & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐’๐€๐‡๐€๐ ๐ŸŒธ๐ŸŽณ๐Ÿ“… 28 September 2026- Telah berlangsung dengan penuh kemer...
29/09/2026

๐ŸŽณ๐ŸŒธ ๐๐Ž๐–๐‹๐ˆ๐๐† ๐’๐€๐‘๐Ž๐๐† ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐“๐€๐๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐“๐Ž๐ ๐‚๐ˆ๐“๐˜ & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐’๐€๐‡๐€๐ ๐ŸŒธ๐ŸŽณ

๐Ÿ“… 28 September 2026- Telah berlangsung dengan penuh kemeriahan Permainan Bowling Sarong antara Peserta Pasar Tani Proton City yang diadakan selepas waktu pejabat sebagai salah satu aktiviti santai bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara para peserta bersama warga kerja FAMA Daerah Muallim. ๐Ÿคโœจ

Lebih bermakna, aktiviti ini turut diadakan bersempena Majlis Perpisahan Pengurus Pasar Tani Daerah Muallim, Encik Akmal Faiz bin Mohammad Fauzi, warga kerja FAMA Daerah Muallim, yang akan meneruskan khidmat dan berpindah ke FAMA Selayang.

Majlis dan aktiviti santai ini menjadi satu kenangan manis buat warga FAMA Daerah Muallim serta para peserta Pasar Tani Proton City sebelum Encik Akmal Faiz memulakan perjalanan baharu dalam kerjaya beliau. ๐ŸŒท

Menariknya, pertandingan kali ini tampil dengan tema โ€œSarongโ€, dan ternyata para peserta cukup sporting dalam menggayakan sarung dengan pelbagai gaya klasik yang mencuit hati! ๐Ÿ˜†๐ŸŽณ Sarong bukan sekadar dipakai, malah menjadi sebahagian daripada kemeriahan dan keceriaan sepanjang permainan berlangsung.

Turut hadir memeriahkan aktiviti ialah Encik Muhamad Helmi bin Suid, Pegawai FAMA Daerah Muallim, serta Encik Roslan bin Ariffin, Pengerusi Pasar Tani Proton City, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. ๐Ÿ†๐ŸŽ

Aktiviti yang berlangsung dalam suasana santai ini bukan sahaja menceriakan petang para peserta, malah menjadi ruang untuk merehatkan minda dan mengeratkan lagi hubungan antara peserta Pasar Tani Proton City dan warga kerja FAMA Daerah Muallim di luar urusan kerja rasmi. โค๏ธ

Gelak tawa, semangat kesukanan dan sporting para peserta menjadikan aktiviti ini lebih bermakna, apatah lagi ia menjadi sebahagian daripada kenangan bersama sebelum perpisahan. ๐ŸŽณ๐Ÿฅน

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Encik Akmal Faiz bin Mohammad Fauzi sepanjang menguruskan Pasar Tani Proton City. โœจ
Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan Pasar Tani Proton City terus maju, meriah serta menjadi pilihan komuniti setempat pada masa akan datang. ๐ŸŒฑ๐Ÿ›๏ธ

"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ & ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„: ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰"
Dato Zolkafly Harun
FAMA Malaysia
FAMA Daerah Kampar
FAMA Daerah Larut Matang Selama & Kerian, Perak
FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak
Fama Daerah Manjung Laman Rasmi
FAMA Daerah Batang Padang
FAMA Perak Tengah
Fama Daerah Hilir Perak
FAMA Daerah Bagan Datuk
Fama Daerah Kinta
Fama Daerah Muallim
RTC Perak














29/09/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa serta menempatkan beliau dalam kalangan para aulia, syuhada dan salihin.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja FAMA




17/09/2026
25 ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด, ๐‘ด๐‘ถ๐‘ฏ ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ฏ!16 September ni, moh ke Pasar Tani Tanjong Malim! Kita sambut Ulang T...
14/09/2026

25 ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด, ๐‘ด๐‘ถ๐‘ฏ ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ฏ!

16 September ni, moh ke Pasar Tani Tanjong Malim! Kita sambut Ulang Tahun Ke-25 sekali dengan Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 16 September 2026 (Rabu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Berhadapan Sarang Art Hub, Tanjong Malim

Macam-macam ada! ๐Ÿ”ฅ
๐ŸŽ‚ Pertandingan Menghias Kek
๐ŸŽฃ Pertandingan Memancing
๐ŸŽฏ Fun Shoot Gel Blaster
๐Ÿ† Anugerah & hadiah menarik
โฑ๏ธ Pelancaran Kad Perakam Waktu โ€” pertama di Pasar Tani!
๐Ÿฝ๏ธ Jamuan ringan pun ado!

Moh kome, bawak anak bini, kawan-kawan, jiran sebelah sekali! ๐Ÿ˜‚
Datang awal, jangan lambatโ€ฆ kang melepas!

25 tahun bukan sehari dua, kome semua sebahagian daripada perjalanan kami.

16 September ni kita jumpo di Pasar Tani Tanjong Malim! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ ๐….๐€.๐Œ.๐„. ๐“๐€๐‡๐”๐ 2026 ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ๐’๐‹๐ˆ๐Œ ๐‘๐ˆ๐•๐„๐‘, 13 ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2026 - Karnival Muallim F.A.M.E. T...
14/09/2026

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ ๐….๐€.๐Œ.๐„. ๐“๐€๐‡๐”๐ 2026 ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ

๐’๐‹๐ˆ๐Œ ๐‘๐ˆ๐•๐„๐‘, 13 ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ 2026 - Karnival Muallim F.A.M.E. Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah selama dua hari pada 12 dan 13 September 2026 bertempat di Kolej Vokasional Slim River. Program anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Muallim ini menghimpunkan pelbagai pengisian menarik berbentuk kemasyarakatan, kerohanian, pendidikan serta aktiviti santai yang melibatkan masyarakat setempat.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, yang mewakili YAB Menteri Besar Perak.

FAMA Daerah Muallim turut mengambil bahagian dalam karnival ini sebagai pempamer bagi memperkenalkan peranan, fungsi serta inisiatif FAMA kepada masyarakat setempat. Selain memberi informasi berkaitan usaha FAMA dalam memperkasakan sektor pemasaran hasil pertanian, FAMA Daerah Muallim turut membawa serta produk AgroMAS untuk diperkenalkan dan dipasarkan kepada pengunjung.

Penyertaan ini diharap dapat terus mendekatkan FAMA dengan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan FAMA dalam membantu memperkukuh rantaian pemasaran agromakanan dan memastikan produk hasil pertanian tempatan dapat dinikmati oleh masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, semua agensi, komuniti serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival Muallim F.A.M.E. Tahun 2026.

Teruskan mengikuti Facebook FAMA Daerah Muallim untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan program, aktiviti serta lokasi FAMA Daerah Muallim yang seterusnya.

"๐™„๐™‰๐™๐™€๐™‚๐™๐™„๐™๐™„ & ๐™„๐™‰๐™†๐™‡๐™๐™Ž๐™„๐™‘๐™„๐™๐™„: ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐˜พ๐™ ๐™†๐™€๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐˜ผ๐™‰"
Dato Zolkafly Harun
FAMA Malaysia
FAMA Daerah Kampar
FAMA Daerah Larut Matang Selama & Kerian, Perak
FAMA Kuala Kangsar dan Hulu Perak
Fama Daerah Manjung Laman Rasmi
FAMA Daerah Batang Padang
FAMA Perak Tengah
Fama Daerah Hilir Perak
FAMA Daerah Bagan Datuk
Fama Daerah Kinta
Fama Daerah Muallim
Rtc Perak













28/08/2026
26/08/2026

Address

No. 113-A Tingkat Atas, Jalan Wawasan Dagangan 1, Bandar Behrang 2020
Tanjung Malim
35800

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60360331299

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FAMA Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FAMA Daerah Muallim:

Shortcuts

Share