Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan

Call Contact the organization

Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan Halaman ini dibuka bagi memudahkan sebarang penyebaran maklumat dan pertanyaan berkaitan organisasi ini.

Moga dapat membantu seluruh penduduk di Daerah Teluk Intan, Perak.

Pegawai Tadbir Agama serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan merakamkan ucapan takziah kep...
19/10/2026

Pegawai Tadbir Agama serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham AF Ustaz Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Razak , Penolong Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk kariah Masjid An-Naim, Taman Seri Setia.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Pegawai Tadbir Agama
serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan

ZIARAH MAHABBAH | PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM TELUK INTAN6 Oktober 2026, Teluk Intan - Alhamdulillah, Ziarah Mahabba...
06/10/2026

ZIARAH MAHABBAH | PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM TELUK INTAN

6 Oktober 2026, Teluk Intan - Alhamdulillah, Ziarah Mahabbah ke beberapa tempat sekitar Teluk Intan telah dilaksanakan dengan penuh rasa prihatin dan kasih sayang.

Dalam ziarah ini, pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mereka yang diziarahi sebagai tanda keprihatinan dan usaha mengeratkan silaturahim bersama masyarakat.

Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat dan sedikit keceriaan kepada para penerima.


02/10/2026
02/10/2026

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) NEGERI PERAK 2026 DAERAH HILIR PERAK

Tarikh - 2 Oktober 2026
Hari - Jumaat
Masa - 9.00 pagi

Peringatan :
Para ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan keputusan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) Negeri Perak di sekolah anak-anak bermula jam 3.00 petang.

Sekian, terima kasih.


Pegawai Tadbir Agama serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan merakamkan ucapan takziah kep...
28/09/2026

Pegawai Tadbir Agama serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:
Pegawai Tadbir Agama
serta seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan

19/09/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Tanggal 16 September menjadi lambang penyatuan dan semangat kebersamaan seluru...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Tanggal 16 September menjadi lambang penyatuan dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita terus menyemai rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi bersama.

🌺 Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati 🌺

Ikhlas daripada,
Pegawai Tadbir Agama dan seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan









PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKALSeorang pelajar praktikal yang menjalani Latihan Industri (LI) di Pejabat Pentadbiran Agama ...
11/09/2026

PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

Seorang pelajar praktikal yang menjalani Latihan Industri (LI) di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan telah berjaya menamatkan sesi latihannya.

1) Nur Shazwani
- Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tempoh Praktikal : Jun - September 2026

Semoga beliau mendapat manfaat, keberkatan dan pengalaman yang berguna ketika menjalani praktikal di PPAITI dan dapat mengamalkannya apabila mendapat pekerjaan di luar nanti.

Terima kasih atas segala kerjasama yang diberi dalam membantu semua Unit di Pejabat Agama .

Selamat maju jaya. 😊

Ikhlas daripada:
Pegawai Tadbir Agama dan seluruh warga kerja Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan

TAKLIMAT JAWATANKUASA KARIAH SESI 2026–2029 MUKIM DURIAN SEBATANG8 September 2026, Teluk Intan – Pejabat Pentadbiran Aga...
10/09/2026

TAKLIMAT JAWATANKUASA KARIAH SESI 2026–2029 MUKIM DURIAN SEBATANG

8 September 2026, Teluk Intan – Pejabat Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan telah menganjurkan Taklimat Jawatankuasa Kariah Sesi 2026–2029 bagi Mukim Durian Sebatang Daerah Teluk Intan bertempat di Masjid As-Sa’adah, Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Haji Firdaus bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPk. Seterusnya, majlis diserahkan kepada Al-Fadhil Dr. Ahmad Muzammil bin Mohamed Shapawi, Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan, untuk meneruskan sesi bengkel bersama ahli-ahli Jawatankuasa Kariah masjid dan surau Mukim Durian Sebatang.

Antara perkara yang diberi penekanan sepanjang bengkel ialah tugas dan tanggungjawab setiap ahli Jawatankuasa Kariah, pemilihan biro-biro dalam kalangan ahli jawatankuasa, tatacara pengurusan kewangan masjid, pengurusan tanah perkuburan Islam, serta tatacara permohonan bagi penyampaian syarahan agama oleh ustaz jemputan yang belum mempunyai tauliah mengajar di Negeri Perak.

Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh kefahaman dan keupayaan ahli Jawatankuasa Kariah dalam melaksanakan amanah serta memastikan pengurusan masjid dan surau dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azhar bin Haji Jamaluddin serta ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Mukim Durian Sebatang.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan ucapan penutup oleh Al-Fadhil Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan.

Semoga taklimat dan bengkel ini dapat menjadi platform dalam memperkukuh kerjasama serta meningkatkan keupayaan Jawatankuasa Kariah dalam memperkasa pengurusan institusi masjid dan surau di daerah Teluk Intan.





Address

Jalan Raja Muda Musa
Teluk Intan
36000

Telephone

+6056221078

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan:

Shortcuts

Share