Kelab Sinar Gemilang

Contact the organization

Kelab Sinar Gemilang Kelab Sinar Gemilang Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌⁣⁣Pertandingan Memancing SejaTi MADANI Anjuran JPKK Berhala Gantang dengan Kerjasama Kelab Sinar Gemil...
03/09/2026

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌⁣
⁣
Pertandingan Memancing SejaTi MADANI Anjuran JPKK Berhala Gantang dengan Kerjasama Kelab Sinar Gemilang.⁣
⁣
Adalah dimaklumkan pertandingan memancing tersebut 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.⁣
⁣
Pihak Urus Setia 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐦𝐚𝐚𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 kepada pihak yang telah mendaftar penyertaan dan tunjuk minat untuk menyertai pertandingan ini.⁣
⁣
𝐏𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐲𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭.⁣
⁣
Urus Setia⁣
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐓𝐢 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐃 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈⁣⁣Temerloh, 2 September 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) Pejab...
02/09/2026

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐃 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟑 𝐇𝐀𝐑𝐈⁣
⁣
Temerloh, 2 September 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh terus memperkasa aspek kebajikan ahli melalui 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐡𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐰𝐚𝐝 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢.⁣
⁣
Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.⁣
⁣
Sumbangan telah 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐇. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐫 𝐑𝐢𝐳𝐚𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐥𝐢, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 (𝐊𝐒𝐆) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐫 𝐀𝐬𝐬𝐲𝐚𝐤𝐢𝐫𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐒𝐡𝐮𝐤𝐨𝐫, yang telah menerima rawatan dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.⁣
⁣
Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut ialah Timbalan Presiden I KSG, Puan Rosmelah Binti Awang serta AJK Biro Kebajikan KSG, Encik Muhamad Rudzwan Bin Khairuddin.⁣
⁣
Penyerahan sumbangan ini merupakan antara inisiatif KSG dalam menjaga kebajikan dan kebajikan sosial ahli, khususnya ketika berdepan dengan situasi yang memerlukan sokongan dan perhatian daripada kelab.⁣
⁣
Usaha sebegini diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada ahli yang sedang menjalani rawatan, selain memperkukuh semangat kebersamaan, keprihatinan dan ukhuwah dalam kalangan warga Kelab Sinar Gemilang.⁣
⁣
𝐊𝐒𝐆 – 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧, 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚, 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠.

PELANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT KELAB SINAR GEMILANG (KSG) PDT TEMERLOH YANG BAHARUTEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab...
19/08/2026

PELANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT KELAB SINAR GEMILANG (KSG) PDT TEMERLOH YANG BAHARU

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab Sinar Gemilang (KSG), Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Setiausaha Kehormat KSG yang baharu bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Dalam majlis tersebut, Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli telah menyampaikan surat pelantikan kepada Puan Nu Ainni binti Jaafar yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat KSG yang baharu, berkuat kuasa pada 14 Ogos 2026.

Pelantikan ini merupakan satu amanah penting dalam memastikan urusan pentadbiran, pengurusan serta penyelarasan aktiviti KSG dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Sebagai Setiausaha Kehormat yang baharu, Puan Nu Ainni diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen serta meneruskan usaha memperkukuh pengurusan KSG dan kebajikan ahli-ahlinya.

Pelantikan ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi peranan KSG sebagai sebuah kelab yang sentiasa mengutamakan semangat kekeluargaan, kebersamaan dan kebajikan dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Selamat menjalankan amanah dan tahniah diucapkan kepada Puan Nu Ainni binti Jaafar atas pelantikan sebagai Setiausaha Kehormat KSG yang baharu.

PERJUMPAAN PRESIDEN KSG BERSAMA PESERTA PROGRAM GREEN ESCAPE ADVENTURETEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab Sinar Gemil...
19/08/2026

PERJUMPAAN PRESIDEN KSG BERSAMA PESERTA PROGRAM GREEN ESCAPE ADVENTURE

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab Sinar Gemilang (KSG) Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah mengadakan Perjumpaan Presiden KSG Bersama-sama Peserta Program Green Escape Adventure bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, pada jam 9.00 pagi.

Perjumpaan tersebut melibatkan seramai 80 orang peserta yang akan menyertai Program Green Escape Adventure yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2026 (Isnin) di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

Dalam perjumpaan tersebut, Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Khairur Rizal bin Ramli telah menyampaikan ucapan kepada para peserta serta memaklumkan bahawa penganjuran program ini merupakan salah satu bentuk penghargaan KSG kepada seluruh ahli atas sokongan, komitmen dan penglibatan mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab.

Program Green Escape Adventure turut dilihat sebagai peluang untuk ahli KSG berehat dan mengisi masa lapang dalam suasana alam semula jadi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli.

Perjumpaan kemudiannya diteruskan dengan taklimat program oleh Biro Pendidikan KSG yang memberikan penerangan terperinci berkaitan tentatif dan perjalanan aktiviti sepanjang program berlangsung. Taklimat tersebut turut memberi penekanan kepada persediaan peserta, aspek keselamatan serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan program berjalan lancar.

Penganjuran program seumpama ini memberikan pelbagai manfaat kepada ahli KSG, antaranya mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan semangat setiakawan, meningkatkan interaksi serta kerjasama antara ahli daripada pelbagai bahagian dan unit, selain memberi ruang kepada ahli untuk merehatkan minda dan mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti rekreasi di alam semula jadi.

Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk membentuk semangat kepimpinan, disiplin dan kerja berpasukan, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Diharapkan Program Green Escape Adventure dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada kesemua 80 peserta serta terus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kelab Sinar Gemilang (KSG).

KSG TERUS PRIHATIN, SUMBANGAN KEBAJIKAN DISAMPAIKAN KEPADA EMPAT AHLITEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab Sinar Gemila...
19/08/2026

KSG TERUS PRIHATIN, SUMBANGAN KEBAJIKAN DISAMPAIKAN KEPADA EMPAT AHLI

TEMERLOH, 17 Ogos 2026 (Isnin) – Kelab Sinar Gemilang (KSG) terus memperlihatkan keprihatinan terhadap kebajikan ahli menerusi Penyerahan Sumbangan Kebajikan di bawah Biro Kebajikan KSG yang telah diadakan pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato’ Khairur Rizal bin Ramli, kepada empat orang ahli KSG yang terdiri daripada beberapa kategori kebajikan.

Dua orang ahli menerima Sumbangan Ahli Bertukar, iaitu Puan Farduyati binti Abu Bakar yang bertukar ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Temerloh serta Puan Nur Umairah binti Nani yang bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Bera.

Sementara itu, Encik Wan Nurshaeful Adlan bin Wan Ishak turut menerima sumbangan di bawah kategori Ahli yang Mengalami Kecederaan/Kecemasan selepas beliau dimasukkan ke wad akibat demam denggi pada 26 Julai 2026.

Turut menerima sumbangan ialah Puan Siti Nur Aishah binti Ismail di bawah kategori Ahli yang Baru Berkahwin selepas melangsungkan perkahwinan pada 25 Julai 2026.

Penyampaian sumbangan ini merupakan salah satu usaha berterusan Biro Kebajikan KSG dalam menjaga kebajikan dan menghargai ahli, sama ada ketika berdepan situasi kecemasan, perubahan tempat bertugas mahupun dalam meraikan detik bahagia dalam kehidupan.

Inisiatif seumpama ini mencerminkan semangat kekeluargaan dan keprihatinan dalam kalangan warga KSG, di samping mengukuhkan hubungan silaturahim serta kebersamaan antara ahli kelab.

SESI PEMBENTANGAN CADANGAN SKIM TAKAFUL KELOMPOK UNTUK AHLI KSG DALAM MESYUARAT AJK KSG BIL. 4/202629 Julai 2026 | Pejab...
30/07/2026

SESI PEMBENTANGAN CADANGAN SKIM TAKAFUL KELOMPOK UNTUK AHLI KSG DALAM MESYUARAT AJK KSG BIL. 4/2026

29 Julai 2026 | Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Satu sesi pembentangan cadangan Skim Takaful Kelompok untuk Ahli Kelab Sinar Gemilang (KSG) telah diadakan sempena Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Sinar Gemilang (KSG) Bilangan 4/2026 yang berlangsung di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pembentangan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan cadangan skim perlindungan yang mampu meningkatkan kebajikan ahli KSG melalui penyediaan manfaat takaful yang lebih komprehensif dan bersesuaian dengan keperluan ahli kelab.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh wakil Agrobank, diketuai oleh Pengurus Cawangan Agrobank Kuantan Encik Samion bin Awang , yang memberikan penerangan mengenai beberapa produk takaful yang ditawarkan serta kesesuaiannya untuk dilaksanakan kepada ahli-ahli KSG. Turut hadir ialah Puan Roslinawati Binti Chok, Pengurus Cawangan Agrobank Temerloh.

Dalam pembentangan tersebut, wakil Agrobank turut memperkenalkan beberapa pilihan produk yang menawarkan pelbagai manfaat perlindungan termasuk kebajikan ahli dan keluarga, tertakluk kepada pakej yang dipilih sekiranya skim tersebut dilaksanakan pada masa hadapan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Presiden Kelab Sinar Gemilang (KSG), mengambil maklum terhadap cadangan yang dibentangkan dan bersetuju supaya penelitian lanjut dibuat sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan demi memastikan skim yang dipilih benar-benar memberi nilai tambah kepada seluruh ahli kelab.

Satu sesi pembentangan kepada semua ahli KSG akan dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberi penerangan yang lebih terperinci mengenai manfaat Skim Takaful yang ditawarkan. Langkah ini diambil bagi membolehkan setiap ahli memperoleh maklumat yang jelas sebelum sebarang pelaksanaan dibuat.

Semoga usaha ini dapat memperkukuh aspek kebajikan warga Kelab Sinar Gemilang serta memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada ahli dan keluarga mereka.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KELAB SINAR GEMILANG (KSG) BILANGAN 4/2026TEMERLOH, 29 Julai 2026 – Mesyuarat Ahli Jawatanku...
30/07/2026

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KELAB SINAR GEMILANG (KSG) BILANGAN 4/2026

TEMERLOH, 29 Julai 2026 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Sinar Gemilang (KSG) Bilangan 4/2026 telah diadakan pada 29 Julai 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Presiden Kelab Sinar Gemilang (KSG) bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan perancangan aktiviti serta kebajikan ahli kelab untuk bulan Ogos dan September 2026.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan Program Team Building untuk ahli KSG yang akan dianjurkan oleh Biro Pendidikan sebagai usaha memperkukuhkan semangat kerjasama, meningkatkan motivasi dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Mesyuarat turut membincangkan cadangan sumbangan Kelab Sinar Gemilang kepada Kontinjen PDT Temerloh yang akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2026, yang diselaraskan oleh Biro Kebudayaan, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada warga kerja yang akan mewakili jabatan dalam sambutan berkenaan.

Selain itu, melalui Biro Kebajikan, satu pembentangan cadangan Skim Takaful Kelompok untuk Ahli KSG yang bertujuan meningkatkan perlindungan kebajikan ahli melalui penyediaan manfaat takaful yang lebih komprehensif telah dilaksanakan. Pegawai daripada Agro Bank telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang produk takaful yang ditawarkan oleh mereka.

Mesyuarat turut membincangkan beberapa cadangan aktiviti lain yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ogos dan September bagi memastikan setiap program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada ahli serta mengukuhkan budaya kerja berpasukan, kebajikan dan kesejahteraan warga PDT Temerloh.

Melalui mesyuarat ini, Kelab Sinar Gemilang terus komited merancang pelbagai program yang mampu meningkatkan penglibatan ahli, memperkukuhkan semangat kekitaan serta menyokong pembangunan modal insan dalam kalangan warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

PENYERAHAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI KELAB SINAR GEMILANGTEMERLOH, 8 Jun 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG),...
23/06/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KEPADA AHLI KELAB SINAR GEMILANG

TEMERLOH, 8 Jun 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG), Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah mengadakan majlis ringkas penyerahan Sumbangan Khairat Kematian kepada Puan Hanisah binti Mohd Sukri di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda simpati dan sokongan kepada Puan Hanisah yang telah kehilangan ayahandanya yang meninggal dunia di Mekah pada 3 Jun 2026 ketika menunaikan ibadah haji.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh *Puan Rosmelah binti Awang, Presiden I Kelab Sinar Gemilang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli, serta Biro Kebajikan KSG, Encik Muhamad Rudzwan bin Khairuddin.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kelab Sinar Gemilang dalam menjaga kebajikan ahlinya, khususnya ketika berdepan saat-saat sukar dan ujian kehidupan.

YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli dan seluruh warga KSG turut merakamkan ucapan takziah kepada Puan Hanisah dan keluarga atas kehilangan yang dialami serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga serta menjadi tanda sokongan dan keprihatinan warga KSG terhadap ahli-ahlinya yang ditimpa musibah.

PELANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT KELAB SINAR GEMILANG (KSG) PDT TEMERLOH YANG BAHARUTEMERLOH, 22 Jun 2026 – Kelab Sinar Ge...
23/06/2026

PELANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT KELAB SINAR GEMILANG (KSG) PDT TEMERLOH YANG BAHARU

TEMERLOH, 22 Jun 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah mengadakan majlis ringkas penyerahan surat pelantikan Setiausaha Kehormat KSG yang baharu sejurus selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KSG Bilangan 2/2026.

Dalam majlis tersebut, Presiden KSG merangkap Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Khairur Rizal bin Ramli telah menyampaikan surat pelantikan kepada Encik Muhamad Hanis bin Hanapiah yang dilantik sebagai Setiausaha Kehormat KSG yang baharu.

Pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Puan Nur Hasliza binti Harun yang telah bertukar tempat bertugas. Encik Muhamad Hanis diharap dapat meneruskan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran KSG serta memainkan peranan penting dalam menggerakkan aktiviti dan kebajikan ahli-ahli kelab.

Pada majlis yang sama, YH. Dato' Khairur Rizal bersama barisan Ahli Jawatankuasa KSG turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Nur Hasliza binti Harun atas segala jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat KSG.

Beliau telah banyak menyumbang kepada kelancaran pengurusan kelab serta menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahli KSG. Seluruh warga KSG mendoakan agar Puan Nur Hasliza terus cemerlang dan berjaya dalam menjalankan amanah di tempat bertugas yang baharu.

Majlis berakhir dalam suasana penuh mesra dan penghargaan, mencerminkan semangat kekeluargaan yang sentiasa menjadi tunjang kepada Kelab Sinar Gemilang PDT Temerloh.

Ceramah Ibadah Qurban Anjuran Kelab Sinar Gemilang (KSG)TEMERLOH, 15 Mei 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) melalui Biro ...
15/05/2026

Ceramah Ibadah Qurban Anjuran Kelab Sinar Gemilang (KSG)

TEMERLOH, 15 Mei 2026 – Kelab Sinar Gemilang (KSG) melalui Biro Keagamaan telah menganjurkan satu Ceramah Ibadah Qurban pada Jumaat, 15 Mei 2026 jam 8.15 pagi bertempat di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadli bin Johari, Pembantu Hal Ehwal Islam Pembangunan Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga kerja berkaitan konsep, hukum serta pelaksanaan ibadah qurban menurut syariat Islam, khususnya sebagai persediaan menjelang sambutan Aidiladha.

Selain itu, ceramah ini turut menjadi medium dalam memperkukuhkan penghayatan nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh
Temerloh
28000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sinar Gemilang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sinar Gemilang:

Shortcuts

Share